Tuesday, November 30, 2010

Maaf ler...

Assalammuaikum to all my beloved reader, sama ada yang blogwalking, yang silent reader, pengkritik, peminat dan apo2 yolah...hahaha, maafkan nonor, coz of tak sempat nak mengupdated perkembangan terkini lagi sensasi, disebabkan ada beberapa masalah dengan housemate yang sudah menyongklap duit nonor, nanti akan nonor story kan entry yang akan datang insyaallah...walaupun telah diangkat sebagai DUTA APO2 YOLAH NEXT TOP ICON 1, tapi untuk menjalankan tugas sebagai duta selama sebulan itu tidaklah menjadi masalah, cuma nonor minta maaf, sebab sesudah menang, nonor terus menyepi di tepi perigi sambil menyanyi dek kerana tekanan emosi...T_T, bukann sobab atau masalah diri, tapi masalah orang yang buatkan nonor FOBIA...sobab dah 3 kali nonor kena macam tu...T_T
Jadi buat masa ini entry pendek ini yang menghiasi diruangan ini, supaya follower dan yang link nonor tak remove nonor dari ingatan patella mereka..eehhh silap, dari hati dan kepala/otak mereka T_T, stay tuned with nonor and i will be back with alots of story, yang penting, bukan game show TAPI ianya adalah REALITY SHOW beb!! yang buat nonor FOBIA dan berhati-hati..T_T.

Motif letak pic dengan rambut ala2 alfro dek terpegang seterika dengan tangan basah adalah sobab tension dengan masalah roomate sekor nih.. aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii T_T
But i tetap vouge uollss, hahaa, apo2 yolah...inibelognonor suka nonor ler.;D

  
Mutiara Kata : Jangan mudah percaya kata-kata orang dan terus membuat spekulasi sendiri, orang yang berfikiran positif, matang dan bijak tidak mudah melatah!!

Friday, November 26, 2010

Finally...!!



Hye my reader out there, sungguh saya tidak sangka yang saya telah menjuarai carta muzik-muzik kali ni, ooopppsssss...hahaha..finally saya menang bagi katagori APO2 YOLAH NEXT TOP ICON
yang pertama!! pada mereka jikalau mahu tahu lebih lanjut, sila layari http://anaknegori.blogspot.com/
Terima kasih atas sokongan anda!!
so, stay tuned with NONOR ya?!! love uolls out there!!


P/S : TQ to my beloved friend Om, yang awalnya mengajak saya menyertai contest tersebut, to all peserta and my pesaing terdekat MS HAS, TQ so much, entry u juga hebat!! ;D tak lupa pengelola dan penerbit Apo2 yolah next top icon, paling saya terkejut muka saya dimakeupkan and was so funny i got sijil tur..hahaha, apa2 yolah janji den menang dah...!!! ;D


Tatasusila & Kesusilaan



Assallammualaikum...DJ nonor in the house keudara lagi ;D malam ni tenangnyer rasa dihati, dah lepas mandi...tambah dingin sebab hujan..sambil dengar lagu jiwang sambil hirup japanese green tea suam-suam..arrhhh...so nice, petang tadi hujan lebat sangat, so lepak jap makan-makan, minum-minum dok teringat pula invitation wedding day kat Perak, cuti dah pun diambil..tak sabar nak cuti, boleh releks kan minda mencari ketenangan, jauh dari hirok pikuk kota dan hirok pikuk cerita/umpatan tidak benar dari orang tertentu..eerrmmm..terasa kekadang teringin nak jadi burung, boleh hidup bebas terbang tinggi keserata tempat, tapi kalau jadi burung kena lastik sia-sia pulak, ;D tambah kalau bulu cun, wahhhh..;D apapun sebaik-baik kejadian menjadi MANUSIA adalah kurniaan tuhan yang terbaik, apa pun yang berlaku dalam kehidupan ini mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu, just ignore what people wanna say!! TEMAN ada berkata,

" Kadangkala Allah sembunyikan matahari, ALLAH datangkan petir dan kilat..kita akan menangis dan tertanya-tanya kemanakah hilangnyer sinar, tapi rupa-rupanya ALLAH berikan kita pelangi yang indah..."

Jauh gila tersasar yang aku nak cerita sebenarnya..;D disebabkan ada beberapa invitation wedding yang tak dapat aku pergi tempoh hari tu aku minta maaf lah ye?kekangan waktu dan jarak KM adalah masalah utama aku, so kepada invition yang aku tak dapat hadir tu aku nak ucapkan maaf dan terima kasih, semoga ikatan perkahwinan kekal selamanya, insyaallah..amin. Dalam hidup kita ni tatasusila amatlah penting dimana pun kita berada sebenarnya...sebagai contoh sila baca dan scroll ke bawah :

Sekiranya anda ingin melihat saudara hatta adik beradik anda melangsungkan akad nikah di Masjid, kalau boleh tak usahlah bawa budak kecil,
* melainkan nikah dirumah * 
lihat sahaja photo diatas, mereka bising berlari sana sini, dan menangis kena pula anak yang hiper aktif...so, faktor mak bapak memainkan peranan adalah utama, lagi pun macam menganggu konsentrasi si bakal pengantin lelaki, kang baik-baik akad nikah patut nama bakal bini, terus tersasul akad nikah nama bakal mak mertua!! huh jawab!!! ;D

Yang kedua selepas tatasusila adalah kesusilaan, walaupun masjid tak disediakan kerusi, tapi duduk tu biarlah molek, bukan apa, bakal menantu bayar mahal photographer ni, tetiba tengok bapak mertua posing macam pic atas ni, orang tengah dok tengok anak dia akad nikah, dia cam berangan lak nak nikah lagi, kalau sakit tu lain ceritalah...allah.....!! ;D

Selagi aku hidup dalam cinta..
Tiada kuasa mampu menghalangnya..
HENTIKAN kata-kata bertulangkan FITNAH..
dan kisahku yang masih panjang..
Menambahkan berat yang MENGATA..
Lantas ku PENDAM kuputuskan..
BIARLAH RAHSIA....!!


Notabukukaki : Menolong orang hendaklah dengan niat yang ikhlas BUKAN dengan niat yang sebaliknya !!

Wednesday, November 24, 2010

Bangunan Sultan Abdul Samad

Dimulakan dengan Bismillah, disudahi nanti lah...sebab entry saya baru nak bermula ni oit!! orang kata, apa-apa kena mula dengan nama Bismillah, supaya dihindari dari serangan umpatan mak bedah, annoying siot..!! kalau tak silap beberapa bulan yang lepas aku dan TEMAN ada ke Bangunan Sultan Abdul Samad bagi menghayati makna lampu-lampu neon dan percikan cahaya bewarna pink, woit!!! ingatkan nak menghayati sejarah, apa kejadahnyer ni Nonor oit? hish, kau kena belajar Sejarah balik beb, bukannya berdating, sambil usha balak handsome buat KL drift!! wah..hampeh tul generasi sekarang nih, insaf sudah...dengar cerita subjek sejarah disekolah wajib lulus exam!! baguslah supaya semangat jati diri sebagai rakyat Malaysia tu membara sikit!! wah..terus semangat patriotik sekejap!! ;D

Sebenarnya, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Katanya, Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894, lama tur...Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham, suddenly tahu sejarah lak ;D


Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Almost 5 years kat Kuala Lumpur ni, jujur cakap naik Twin Tower, and KL tower, tu pun tak jejak sampai keatas lagi, setakat lepak berpicnic  kat taman KLCC je memanjang tu adalah, selain bershopping bagai... tapi tak sudah berangan nak panjat Eiffel Tower, France de amor lah apa lah kononnyer nih, pijak dulu mercu tanda negara sendiri baru lah jejak mercu tanda orang lain, tapi kalau dah rezeki terpijak Eiffel Tower dulu nak wat cam ne ye tak?hahaha, ok lah apa pun layan sat pic yang saya sempat snap kat Bangunan Sultan Abdul Samad ni..walaupun dah banyak kali pegi..T_T kesian!! baru nak amik pic!!

Disebabkan hangout malam, cahaya lampu bewarna pink lah yang
ditunggu-tunggu, sebab nampak cam cool beb.

Nice kan the colour? pada aku lah, tak tahu lah orang lain..


Nak gak mamat ni interframe,
konon-konon Sultan Abdul Samad building de amor..;D

Orang suruh amik pic nampak sekali bangunan tapi....sedih..T_T,
pakcik-pakcik..cam ne nak amik pic kat Eiffel Tower nanti?..T_T hish..!!

Again...Failed!! kalau cam ni reject ar pi Eiffel Tower!! hampeh!!

 
Akhir kata alhamdulillah...sayangilah negara kita Malaysia dengan mercu tandanyer yang tersendiri, ;D peace..!!

Quality image from My BB tak berapa cun sangat!!

P/s : Uolls nak tahu tak? sekarang i dah ada secret vampire yg pepagi hari  dok gigih buka blog saya, teruja membaca blog saya tur, wah..tak sangka, dah macam reality show Kim kardashian pula life saya, !!
terima kasih lah ye buat hidup i glamour!!? ;D

Credit info dari Bangunan Sultan Abdul Samad

Thursday, November 18, 2010

Why i will be Apo2 Yolah Next Top Icon?

Special entry to ATOK, TQ coz of akhirnya saya telah berjaya masuk ke peringkat akhir untuk Apo2 Yolah Next top icon, for more info, please clik at http://anaknegori.blogspot.com/


Saya bermula dengan pic ini, dan saya akhiri dengan Pic ini juga, dan berharap dapat diletakkan di blog head Atok as Apo2 yolah next top icon sekiranya saya adalah top icon tersebut!
Iklan jap, jawapan saya ini semestinya ala2 memasuki pertandingan Miss World/Universe 2020 gitu, diharapkan my follower, kawan-kawan, atau silent reader diluar sana vote lah NONOR untuk menang imuniti pula ye?
;D Terima kasih.


Tajuk : Kenapa saya patut menjadi apo2 yolah next top icon

Hai, nama saya Nur Hidayah..everybody will call me Nonor@Noury, berumur 24 tahun, im single but not available :D dan saya berasal dari Johor, saya bertugas di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur, saya memasuki Apo2 Yolah Next Top Icon kerana mahu mengenali dan mengetahui pelbagai info yang diserapkan melalui blog Mr Suhami Ahmad ini, saya tertarik, dan terus menyertai peraduan ini, persoalannyer kenapa saya patut jadi Apo2 Yolah Next Top Icon? ini kerana Apo2 Yolah saya boleh buat dan jadi tapi masih lagi berlandaskan lorong yang betul, iaitu positive sebagai contoh, sejak mula memasuki peraduan ini, apo2 yolah task yang diberikan oleh Atok, saya cuba buat dan sampaikan ia dengan sehabis baik, even the beginning itu saya agak terlewat untuk membuat task tersebut, tetapi itu bukan alasan kerana apa pun jua yang saya buat sama ada dalam apa-apa programme seperti ini sekali pun saya akan buat sehabis baik walau sesibuk mana pun saya, malah di kehidupan normal saya ini juga, saya anggap apa pun saya lakukan ianya adalah sebuah tanggungjawab dan cabaran yang harus saya galas, walaupun ianya hanya sebesar hama!! oleh itu saya yakin saya boleh menjadi Apo2 Yolah Next Top Icon..Sekian Terima kasih so, undilah Nonor!..;D

Monday, November 15, 2010

Special Congrates to AA

On 6 Nov hari tu, after overnight shift, aku, TEMAN, yani, kathy, Om, and carlos di undang kemajlis meraikan raja sehari si Leefa aka AA di Rawang, lepas kerja malam ko orang pepaham je lah katil kat rumah aku tu memanggil-manggil suruh landing jap, tapi aku takut terlajak tak boleh lah nak tido, tengok kad undangan start makan jam 12 tengah hari, then aku decide memasing kena tunggu aku dan berkumpul kat ampang park LRT putra, dalam jam 10.30pagi, nape awal gerak?sebab awal pergi awal balik, coz of si rome kerja petang, aku, TEMAN dan Kathy kerja malam, so bila masa nak tido?ke rumah AA pun tak pernah lagi sebab takut sesat, KL to Rawang kalau ikutkan lebih kurang 1 jam lah juga, tu kalau tahu jalan, kalau tak?menjawab!!

Ada accident yang paling lucu buat si romzi anak pak maat ni, sewaktu kita orang tengah berkumpul tunggu si carlos sampai, kita orang landing tepi ampang park Lrt putra tu, parking kat bahu jalan, kereta aku kat depan, then tetiba ada satu viva elite putih datang dari belakang dan park belakang kita orang, then kita orang cakap lah kat OM, beb, carlos dah sampai tu ko pi ar naik dengan carlos..then mamat romzi ni pun berlalu pegi ke kereta si carlos...aku, TEMAN , yani and Kathy dok bersembang lah macam biasa, suddently si rome ni masuk balik dalam kereta aku dengan muka merah padam dan berkata " U ollss tahu tak? i salah masuk kereta la..itu bukan kereta carlos, itu kereta minah mana ntah..!!! " apa lagi kita orang gelak sakan pecah urat kentut terus, dan minah belakang tu tak tahu lah dia gelak ke tak...lepas tu ngam-ngam carlos sampai park belakang kereta minah tu, yang itu barulah si carlos, cecepat si romzi pi ke kereta carlos dan cover malu lah tur..hahhahhhaha...tu lah om, ada mata tengok, perempuan lelaki pun dah tak tahu beza ke apa?hahhahahaha..jangan marah...!!

Disebabkan dah jam 10:30am, mata kami yang baru balik dari kerja malam pun actually dah berat..walaupun balik rumah dah mandi...tapi kami teruskan juga perjalanan gang bus sekolah kerombongan cik kiah ye ?!! jom follow all the pics yang sempat kami snap semasa wedding day AA tempoh hari.

Muka aku and mother of the chicken aka kathy yang memang superb ngantuk actually, but posing itu tetap WAJIB uolls..hahaha


Singgah jap stesyen minyak, siap lagi withdraw duit nak bagi kat mak pengantin, sambil tu sempat lagi si Om ni mengsnap pic kita orang,
dah tu pulak matahari dah mula naik, panas sikit..nak senyum pun payah..mengantuk beb!! the Hot mama yani yang baju biru ni je cemerlang terbilang kalu bab berposing, hahaha...model lah katakan.

Mother of the chicken aka KATHY : U olls tahu tak?si jeremy tu kan...bla..bla..bla...

Nonor Cun : Errmm ye lah tu mother..ok jehhhhh..!!

The Hot mama aka YANI : wei ko orang dah lah tu, lihat tur..1,2,3...smile...

Kami meneruskan perjalanan, yang sebenarnyer dah terbabas, dan tersesat, tak tahu lah, macam salah map pun ada, sebab memang blur sikit lah map dalam kad undangan AA tu..!!

Apa lagi dah sampai wajib melantak lah, dah lah panas, mengantuk, penat, sesat lagi...so, makan duluuuu...

Nonor Cun : Dah-dah buat muka tur carlos, kita dah sampai dah, bukan salah akak kita sesat, map tu yang salah..makan jangan nak buat muka pulak!!

Carlos : Kita nak makan ar ni...T_T

TEMAN aka BF den ler : Dah lah tu syg...sian budak tu, kalau nak marah pun biar habis makan dulu, depan rezeki ni tak baik.

hahahahahahahahahahah..drama pendek hebat tak?! ;D

Dah kenyang of course smile beb..jeling sikit kat pinggan tur..licinnnn ;D


Bab berposing mosing nih memang sesi wajib uolls..
cantik ke tak cantik tetap we all chantek kan jehhhh..!! ;D


With yani

Teman and carlos

Hoorayy...baru dapat jumpa AA..congrates dear..!!
merah membara dan menyala cinta itu ye?

pelamin anganan AA


Set meja makan for VVIP and makan beradap.



Congrates dear AA, kata nak kahwin sesama, tapi hang tak sabar dah kahwin dulu lah pulak..macam mana nak honeymoon sesama?hahaha



Percaya atau tidak, kami memang syg kamera!! hahahaa..tgklah memosing je kerjanyer..!! siap ada Aiskrim lagi, apalagi dengan asikrim pun sempat berposing...OM and Kathy siap makan dua kali..hahaha, mesti bengang mamat aiskrim tu..tahu lah free..hahahah

jeng-jeng...pengantin lelaki dah sampai...

Ok ini lah dia pengantin AA and husband dia si Izzat...kalau tak silaplah nama laki dia..hehe..congrates both of u, semoga kekal hingga ke akhir hayat,
sabar dalam pelbagai dugaan ok?sebab ko orang sebaya, baru 23 tahun masih muda uolls..cayalah..!! untuk AA aku maybe kawin lambat sikit je kot..sebab ada beberapa hal lagi nak upgrade..hahahahah...tata titi tutu dulu, nonor dah mengantuk tahap cipan dah ni!!
tido dulu u olls zzzzz$$$$zzzz$$$$$zzzz$$$$ ;D


P/S : Azam tahun ini banyak dah terlaksana, tahun depan aku tidak mahu lagi membazir dan boros sangat hal yang bukan-bukan,
sebab aku mahu simpan duit untuk................;D

Tuesday, November 9, 2010

Jawapan dari Tok Wan

Hye reader, kali ni cabaran untuk nonor meneruskan entry apo2 yolah next top Icon, dan tercalon sekali gus menjadi top 3 dah sekarang nih, eerrrmm...soalan yang atok bagi minggu ni seperti di bawah, macam ne nak selesaikan masalah si Raina ni, walaupun nonor pun ada masalah tapi disebabkan ATOK punya pasal nonor buat je lah, walaupun dalam keadaan hinggus meleleh tiap kali nak taip entry ini, atok...nonor demam nih..T_T , apa pun harap atok enjoy membaca entry jawapan bagi permasaalahan si Raina ni...enjoy....!!


Soalan : Kepada Tok Wan yang Raina ingati sampai mati. Macam biaso lah, Raina ado masalah sikit nak kongsi dengan Tok Wan. Mungkin Tok Wan ado jalan penyelesaian. Macam ni, Raina baru sajo habis pengajian dan telah ditawarkan kerja. Kira oklah tu kan. Masalah eh Tok Wan, Raina ado masalah kurang skill untuk bersosial. Untuk pengetahuan Tok Wan, Raina ni memang jenis pendiam dan kurang peramah. Takkanlah Raina nak huha kat opis tu padahal Raina bukannya orang macam tu. Raina tak mahu jadi orang lain. Ni lah Raina sebona eh. Tapi kalau Raina terus jadi kayu tunggul kat opis ni, Raina takut Raina akan dipinggirkan oleh opismate. Camno Tok Wan, tolonglah Raina.

IKLAN SOBONTAR SEBELUM MENJAWAB SOALAN

semonjak Tok wan bergambo dengan superman ni, ramai pulak orang ado masalah, nak kato tok wan ni superman tak juga, apo2 yolah, janji ekau raso jawapan tok wan ni bagus, ekau buek je lah Raina oi...;D

Ha itu dio soalan berani mati dari Raina yo. Wah, sampai mati Raina ingat an Tok Wan yo. Nak nangih kojap. Ha, ok2. Macam ni, bagi Tok Wan lah kan, ini berpunca dari kurangyer skill bergaul, bukan masalah sosah nak bersosial, biasolah Raina, hidup kito ni kalau tak bersoSIAL pun sosah, terlebih bersoSIAL pun sosah, yang ponting eh, ekau tak membawa SIAL kat mana-mana sudah...apa pon ada beberapa tips yang tok wan nak bagi tahu kek ekau, sonang buek rujukan ekau maso kat opis nanti, dan 3 step ini paling sonang sebonar eh nak buek, walaupun ekau bisu ke, ekau tak peramah ke, tapi kalau ekau buek petua ni, confirmed ekau tak rasa terpinggir dah..melainkan ekau memang sombong tak mahu campur masyarakat, itu ada masalah identiti tu sobonar eh, melalut tok wan ekau ni bercakap, meh lah tinjau 3 step ni.


Sonyum/ Smile

Ok, sonyum lah, sonyumlah wahai cik mek molek, ewahh..:D, ok, memulo sekali sobolum ekau masuk kerja tu WAJIB ekau sonyum, tapi jangan lah ekau sonyum cam kerang busuk, molek je kena penampar halilintar dengan opismate ekau, cara sonyum eh? memulo tu sebelum ekau nak duduk, ekau ucapkan selamat pagi kepada sesiapa pun yang berselisih dengan ekau masa kat opis tu, sama ada masa ekau buek kopi atau nak print something kat mesin photostat, itu adalah first impression yang membuek kan orang mula tersedar akan kehadiran ekau sebagai pekerja baru dalam opis tu, step 1 ini sahaja akan membawa perbualan seterusnyer, tak percaya cubo lah...


TEGUR


Kedua, bila dah ekau kenal muka sesekor dalam opis mate ekau tu, bila dah kat luar kerja terjumpa ataupun masa ekau dalam opis, ekau amiklah pendekatan menegur opismate ekau tu, tak kisah lah ekau nak tegur make up dia ke, petua dia nampak slim ker, handbag berjenama dia ker, yang ponting ekau tegur dia secara berhemah, yang menarik minat dia nak berborak sebontar dengan ekau dan membuekkan ekau tak rasa tersisih lagi dah, tapi awas kalau ekau tegur lelaki tu pastikan ekau jangan tegur dia handsome atau cantik baju/ tai leher ke apa ker, sobab kalau ekau tegur jantan macam tu, kang lelama lain jadi eh, lelaki nih persepsi dia berbeza sikit, kang ada pulak isteri dia datang bagi penampor halilintar kek muko ekau yang cun tur, apo yang ekau perlu tegur seperti, " wah...cantiknyer tulisan atau tanda tangan encik, lain dari yang lain lah..!! "  yup ini itu salah satu contoh yang ekau boleh ikut yo Raima?percayalah second step ini akan membawa keakraban ekau dengan opismate ekau.

HANG OUT/ MAKAN BERSAMA


Step last ini, setelah ekau dah mengenal antara satu sama lain kat opis ekau tu, masa ni lah ekau boleh rasa dah tak tersisih lagi dah, masa ni ekau boleh lah ajak mereka kuar makan tengah hari sesama, atau mereka pulak ajak ekau makan tengah hari sesama, bila weekend lak, kalau mereka ajak ekau hang out,tengok wayang atau makan-makan ekau layan jer..BUT, kalau ekau tak boleh joint ekau slow talk kat mereka, dengan alasan balik kampung, atau apo2 yolah janji ekau terlepas dari persoalan itu, tapi seeloknyer memulo tu ekau layan je lah, tengok rentak mereka, kalau ekau tak boleh joint, barulah ekau buek alasan macam tadi, kononnyer balik kampung tapi jangan lah ekau cakap nenek ekau sunat pulak..hahahaha, masa hang out ini lah ekau akan rasa lain, dan sedikit demi sedikit ekau boleh jadi diri ekau yang sobonar eh, walaupun ekau tak lah peramah, tapi sekurang-kurangnyer tak lah ekau rasa canggung sangat bila masuk kerja kat opis tur, bila ekau dah hang out dengan mereka, masa bekerja tu nanti pasti mereka akan bercerita hal-hal lawak yang ekau joint masa tengok wayang masa hang out weekend tu, intresting kan?

Ok lah Raima, itu lah 3 step yang ekau boleh ikut nasihat tok wan ni, itu pun atas dasar pengalaman tok wan maso memuda dulu, almaklumlah maso tu tok wan malu dan tak berapa peramah juga, tapi bila tok wan buek 3 step seperti diatas, hasilnyer tok wan terus jadi peramah, dan malu bertempat serta menjadi diri tok wan yang sebonar eh..ok lah Raima, renung-renungkan dan selamat beramal ye?;D

P/S : sila undi nonor ya kekawan...nonor demam ni..T_T

Tuesday, November 2, 2010

Yeahhh!!! aku hebat!!

Pesanan untuk ATOK :

Sobonar eh den sangat-sangat sibok sojak akhir-akhir ini, di sobabkan atok punyo pasal den terpakso eh buek juga lah entry Yeahhh!! aku hebat nih, memang hebat sobab den buek resepi ni disaat-saat akhir dan disaat-saat genting den berkojar nak basuh kain, nak mop lantai, nak bayar duit keta, dan macam-macam lagi lah..demi atok den buek jugalah...!!walaupun tajok eh iolah.........eh..keno baco ar sompai akhir..!! meh follow den punyo resepi kali nih..!!

* gigih cakap negori lak ni, kalau salah jgn ketawakan den yo atok? *


TAJUK : Inilah resepi MARTABAK MEGI LAKSO den.....korang cubolah!! 



Ok, bahan-bahan yang ekau perlukan memang hebat, hanya telor, dan megi yo!! itu pun ikut suko ekau nak megi kari, megi lakso or megi apo2 yolah!! hahaha...bahan yang memang hebat dan sonang nonor sediakan!! tapi kalau ekau raso nak laei sodap ekau belilah bawang, cili padi, atau sosej, sebagai peraso tambahan..itu pun ikut raso anok tokak ekau lah yo?
* den malas nak turun pi boli barang..ni yo yang hebat den buek sobab guno dua barang jer!! hahaha memang hebatttt!! *
 
Memulo tu ekau pukol-pukol la manjo telor tu dalam bekas yang sesuai,
 den cumo guno 2 biji telor yo...memang sesuai kan atok 2 biji je?hahahaha!!

Peh tu ekau lotak sekali peraso dalam megi yang ekau boli, dulu den selalu guno megi kari, tapi sekarang den nak cubo lak megi lakso, nak tengok kehebatan raso guno megi lakso nih.

Ekau pukol-pukol manjo laei..sambil nyanyi lagu Purnama mengembang...bila lah telur nak kembang...! :D iklan sobontar...!!

Sementara ekau pukol telor tu, ekau jangan lupo rebus megi tu dulu..den guna sepeket je megi..setakat ini ekau faham tak?

Setolah megi ekau agak sedang-sedang kembang cun tu..ekau toskan lah megi tu yo?

Kemudian ekau campak yo lah megi tu dalam telor yang ekau dah pukol-pukol manjo tadi eh...ekau gaul sampai sebati..time ni kalau ekau nak masukkan bawang, cili padi ko, sosej ko..dan apo2 yolah, untuk raso yang laei mantop nanti!!

Bilo dah sobati jadilah macam atas gambor atas nih..dan ready to cook yo?

Panaskan api dapur ekau, dengan sedikit minyak masok cap apo2 yo lah ;D dan kemudian ekau masukkan megi tadi kedalam kuali perlahan-lahan, dan ekau buekkannyer seperti martabak!!

Tarrrraaaaa...siap dahhhh...!!
Inilah resepi MERTABAK MEGI LAKSO den.....korang cubolah!!!


Ekau boleh buek pada waktu pagi....

Ekau boleh buek pada waktu potang...

Ekau cubolah buek resepi den ni, memang sodap...ekau boleh cecah dengan sos cili..!! YYEAAHH AKU HEBATTTT!!! ;D

SEKIAN DARI BALAI DAPUR CHEF NONOR !!
Cubolah pasti menjilat jari...!!


P/S : Jgn jeles dengan baju chef diatas hahaha....sakit tangan praktis main bowling dengan romzi and mail koboi semalam...esok dah tournament, tak dapat number 3 number satu pun jadi ler...hahahahah ;D