Wednesday, May 30, 2012

" Shooting Drama ROCK KAPAK "

Holla there!! Good morning semua, fuhh..baru ni sempat updated yo..Ok..nak remind lagi..pasal holiday USS tempoh hari karangan ulang alik tengah buat, so tak sempat ar nak post, ni sekarang nak post and citer pasal aku baru terjun dunia lakonan..boleh camtu? hahaha...

Ok, aku pun tak sangka, last kerja malam hari tu, kawan sekolah lama post kat FB and said , " wei syg ko idup ke mati? free kan? ada shoot kat high school klang drama ROCK KAPAK, sila datang cepat, sebelum jam 10am!! sorry last minute!! " Gila la ko moi..aku siap lentok lepas kerja malam, lepas sedap melantak roti canai telur, dah nak balik dah nak layan mata tetiba ada shooting? eerrrmm...nasib baik lah aku last kerja malam..ok fine, mummy kata bawa je 2-3 helai baju...ala rock gitu!!

First time berlakon, walaupun extra for 1-2 scene but agak blur juga aku masa tur..nasib ada sifu yang ajar itu dan ini..first datang memang segan..semuanya aku tengok dari agent talent yang berbakat..umur mereka muda-muda lagi..bila mummy minta nama penuh dan I.C for payment, aku tengok aku yang paling tua..class betul..!! memula nak masuk group mereka tu segan juga, almaklumlah kita ni rupa takde, pengalaman " 0 ", bukan dari agent talent pun..just freelance je..tu pun suka-suka..sapa lah nak pandang ye tak?

Tapi bila dah berborak dah layan gelak..jadi lah pasukan..hahaha...nak tunggu scene kami yang nak masuk tengok konsert rock dan sound yassin senario, jalil hamid, wan sharmilla, abang kaza, ahcong scoin dan joe ( Husband watie elite ) sebab potong line Q kita orang yang tunggu dah berejam tur memang rasa nak marahlah kononnya sebab punya lah panas, berejam tunggu..babak tu je 3 kali action..lepas tu rehat, last scene adalah kat belakang pentas..tu jelah kot..just for pengalaman kannn...tapi payment alhamdullilahlah..bolehlah buat isi minyak keta aku pi balik kerja sahaja for seminggu!! or dapatlah beli selipar Vincci..siapa nak bagi ye tak??

Sifu dah kata apa job nanti buzz..mummy pun kata lepas ni ada job buzz ko ye nory? eerrrmmm..insyaallah kalau tak bertembung jadual kerja..sebabnya..bila shooting ni aku tengok masa tak tentu,,dah nama shooting ni kompem dari pagi bawa ke malam..memang tenat ar...tak tido tu..tak sanggup aku...niat dihati bukan nak jadi artis pun..takat pengalaman macam ni for part time insyaallah..yang membuatkan shooting tu lama adalah nak tunggu artis datang, pastu nak set up props..eergghhh macam-macam rupanya..eerrmm..tak pe lah..extra pun dah loteh badan den!! apa pun enjoy..tak sure bila drama ROCK KAPAK ni akan keluar, tapi yang pasti for Astro Warna!! ok..layanlah beberapa gambar yang sempat ambil dari shooting tempoh hari...




With my Sifu Zeela ( Sis penyanyi Maya Matahari )
my friend masa sekolah dulu kat kg...!! kami ada KG...hahahahah

With my Sifu, Zeela ,and Fida ( Penyanyi Band )

Again..Me, Zeela and Arai ( Lisda talent group ) cun pelakon baru ni..

Kalau bukan AYAM bukan Jalil Hamid ya? Ayam cap rock kapak hahaha

With Ahcong Scoin..dia nyanyi lagi sedap..kategori hyper active gak ahcong ni..kaki lawak!!

With Abg Kaza..siapa tahu lagu " Memburu Rindu " yang kumpulan kristal nyanyi tu?
ini lah dia penyanyi asalnya...suka lakonan dia dalam kisah SUTUN...hahahahah

With Lisda Talent Group...AWEKS ROCK KAPAK...hahahahah

 Ok itu lah yang sempat aku amik gambar, abg joe ( hubby watie elite ) yassin senario dan wan sharmilla tak dapat nak amik..sebab mereka tengah feeling, lepak..malas nak kacau..!! Balik rumah pun dah dekat jam 10 malam dari jam 10 pagi..bayangkan..lepas balik kerja malam...shooting pula tengah panas, bawa sampai ke malam...fuuhh...alhamdullialh pihak production ada sediakan sarapan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam..memang ok ler tur..!! dapat payment terus ucap bye2..

Ok lah uolls, mata i dah larut malam ni...i ingat nak karang satu story lah..mana tahu leh jadi penulis script..tak gitu? fuhh..kompem kawan tempat gua yang suka skodeng blog gua ni makin bengang dengan gua..ntah apa nama lah lepas ni selepas nama muka bulan ek? aargghh gua tak kisah ar..janji gua tak minta duit lu..lu tak minta duit gua..lu nak citer apa2 pasal gua nak jeles dengan gua lantak lu la..yang penting gua happy!!
hahhaahhaahahah


P/S : Tggu next entry gua holiday tempoh hari ok?!! ;D

Thursday, May 24, 2012

Johor Premium Outlet ( JPO )



Assalamualaikum =) Holla there, Ok entry ni actually dah terperuk dekat seminggu lebih selepas bacheloratte holiday nonor tempoh hari ke USS, Singapore ** class ker? ** Ok fine, whatever..but entry ke USS tu akan nonor updated nanti, OK..takde entry EMO because now, nonor nak celoteh sikit pasal JPO ni, credit to my bestie Nery yang duduk kat Senai, coz of dia lah yang tunjuk jalan bagai nak ke JPO tu, Siapa orang Kulaijaya sure tahu pasal Johor Premium Outlet(JPO) ni kan? Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu JPO? Ok, JPO seperti nama panjang diatas, bermakna semua barang yang BERJENAMA DUNIA ( WORLD BRAND ) ada disitu, if nak tahu list nya sila lah scroll ke bawah tapi sebelum itu, selitan gambar itu penting!! :
Johor Premium Outlets
#Designer Fashion & Sportwear
*ADIDAS
*ARMANI EXCHANGE
*ARMANI OUTLET
*BURBERRY
*CANALI
*CK CALVIN KLEIN
*COTTON ON
*DKNY
*ESPRIT
* FLOW
*G2000 OUTLET
*GAP OUTLET
*GUESS
*LA SENZA LINGERIE
*LACOSTE OUTLET
*LEVIS OUTLET STORE
*NIKE FACTORY STORE
*PADINI OUTLET STORE
*PINK JAMBU
*POLO RALPH LAUREN
*PONEY OUTLET
*PUMA
*QUICKSILVER
*RAOUL
*RIP CURL
*ROXY
*SALVATORE FERRAGAMO COMPANY STORE
*SHANGHAI TANG
*TIMBERLAND
*TOMMY HILFIGER
*UNIVERSAL TRAVELLER
*VERSACE
*ZEGNA OUTLET STORE

#Shoes
*CHARLES & KEITH REDUCTIONS
*CLARKS
*GEOX
*PEDRO OUTLET
*SKECHERS
*VINCCI

#Accessories & Jewelry
*CITY CHAIN
*EVITA PERONI
*SWISS WATCH GALLERY

#Fine Leather & Luggage
*BONIA
*CARLO RINO
*COACH
*COACH MEN`S
*FOSSIL
*MICHAEL KORS
*OROTON FACTORY
*SAMSONITE FACTORY OUTLET
*TUMI

 Kalau nak tengok lagi, boleh surf link ini.
--> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information

As per Nery, kita masuk Vincci dulu jom..


Hamboi..borong weh borong..tapi duit tak bape nak borong...
hahahah...so tips jimat kena bawa duit ngam-ngam je uolls..;D
Lagi pun kalau boleh mampu pun takat hari tu vincci je uolls..macam mana tak borong, nice shoe, slipper only RM10 dan slipper saya only RM11.90.
Dan lagi satu if ko orang shopping kat sini, mereka menerima bayaran berupa SGD singapore dollar ye uolls, bila convert harga lagi murah.
Ada orang cakap, setakat Coach tuh, kat overseas, cashier kat sana pakai jenama tuh.. ^__^


Ok, kita round JPO dulu..cuci mata, dan terus rambang mata, poket pun rambang...If pergi malam, suasana cantik..Sebab lampu-lampu cantik, boleh macam tur? ah..sebelum nonor lupa, pada sesiapa yang nak b2b tu sesuai beli perfume kat sini, sebab harga memang cantik, ada banyak pilihan sesuai dijadikan barang hantaran, memang sesuai lah..

Dan kalau rasanya nak pergi honeymoon ker, travel kenegara sejuk mejuk pun leh cari barang kat sini, sebab ada harga memang reasonable!! paling nonor tak sangka rupanya ada direct bus from singapore to JPO ni..classs ko!!
Ok lah..apa pun yang penting jangan boros, belilah keperluan yang penting!!

Sekian melaporkan dari bilik gerakan JPO.
;D

Wednesday, May 23, 2012

" Kenapa mesti AKU? "


Holla there, nonor ingat nak post entry pasal trip bacheloratte holiday tempoh hari, tapi emosi nonor sekali lagi dicantas oleh orang-orang yang mulut kaki superb bau longkang, kali ini memang tiada tapisan dibuat..sebab aku naik menyampah + muak dah dengan corat-coret belakang tabir..makin aku diam makin ada je kaki cucuk satey kiri kanan, so entry tersebut mungkin nonor post esok atau lusa, dah draft just gambar je tak muat turun lagi..!!

Entry ni berkisar tentang satu hamba tuhan ni biarla aku gelarkan huruf " A " dan kisah ni aku ringkaskan je lah..sebab buang masa taip benda merepek ni..cuma aku manusia biasa, perlu juga luahkan kat blog ni sebab kalau nak cerita kat manusia kaki cucuk satay memang lagi dasyat dari blog, blog ni lah sahaja medium untuk aku luahkan perasaan dan orang yang memang terasa je WAJIB baca blog ni bagi memahami situasi aku dan jangan dok sondol tuduh melulu kata aku itu ini!! ** ADA FAHAM? ** yang tak terasa je rajin balas komen bagi nasihat!!

Si "A" ni dah berusia dah pun, orangnyer memula suai kenal sokmo OK jer, dipendekkan cerita si "A" ni nak jual satu barang KHAS untuk perempuan kekal langsing, aku menolak dengan cara baik, bukan disebabkan aku tak mampu nak membeli product tersebut, tapi memang aku tak nak dan tak akan amik product tersebut dek kerana pembayaran mestilah melalui AEON credit card what so ever, bila aku dengar cara pembayaran melalui bank ni sah-sah lah ada intrest / bunga betul tak kawan-kawan?  macam gak kita beli kereta dan rumah, kalau bakal laki aku jutawan atau aku pun jutawan aku tak akan beli product ni dengan cara pembayaran sedemikian, sebabnya cukup lah nak membayar tunggakan credit card aku tur, tu pun dah tutup!! sebab aku tak suka banyak HUTANG!! nak langsing punya pasal hanya untuk berhutang anda mahu ker? worth it lah kalau ko orang rasa mampu untuk melakukannya
TAPI TIDAK UNTUK AKU!!

Mungkin si "A" ni nak cari duit sangat so, dengan cara begini dia pun offered and introduced kat kawan-kawan sekerja, aku tak kisah pun baguslah bila rakan-rakan rajin cari duit sampingan dek nak sara keluarga, so untuk apa aku nak menyibuk betul tak? satu hari tu, si "B" cerita kat aku si "A" ni jual barang dok push-push dia je, ikutkan dia tak nak beli tapi disebabkan kesian si "A" ni bersusah payah datang umah tanya itu ini, dia beli je lah, dah submit nama bagai..then bila satu hari tu kami kerja bertiga si "B" ni asyik buat memek muka dengan mata melirik-lirik ke arah si "A" aku pun bertanya apahal yang ko orang bualkan ni? macam bergaduh jer?
** Perbualan mereka dalam bahasa tamil **

Si "B" diam walaupun mata dan memek muka macam bengang, lalu aku tanya si "A" nape kak? Si "A" balas..tak yang..ni pasal business tur...so, aku tanya "B" ko dah belikan? so apa yang kecoh sangat? si "B" masih diam tapi yang jawab si "A" dah beli yang..cuma i nak dia punya slip gaji je...yang haritu dia bagi tak jelas, tapi aku mencelah dan berkata dah beli tapi kenapa nak bagi lagi slip gaji? yang dulu dah approved kan? AEON nak slip gaji tu ker? harga tu RM3000 lebih kan? untuk tempoh 3 tahun? tapi mestilah AEON ada intrest. Untonglah AEON..lalu SI "A" mencelah..mana ada yang, AEON tolak tiga ribu tu jek, then aku cakap balik, mana ada, tiga tahun tu monthly tu lah yang wajib kita bayar sampai 3 tahun, tiga riban lebih tu untuk bayar barang tur..contohnya cuba darab rm160 X 36 bulan? bpe dapat? tolak harga barang tiga riban tu je lah..yang lebih itulah intrest untuk AEON.

Si "B" tercengang dengan skill ceramah aku, lalu muka bertambah masam, si "A" lagi muka bengang dengan aku, lepas si "B" balik jer si "A" kata aku kena kan dia depan "B" Helloooo..apa aku buat? aku ceritakan benda betul..mana ada benda FREE lagi kat dunia ni, bersyukur, oksigen dan udara yang kita hembus ni masih FREE, kalau berbayar?? so aku ignore jelah hal makcik-makcik ni kan...aku sangka kan hal tu dah settle antara mereka, tapi lain pula ceritanya, si "B" mengadu lagi kat aku si "A" minta duit RM140 sebab barang tu dah keluar, dan nama dah approved di AEON, dan si "B" kata dia nak sambung belajar atau mungkin nak berenti kerja cari kerja lain, dia bimbang sekiranya bayaran bulanan dia tak mampu nak bayar, sebab pinjaman barang tu dah terikat 3 tahun..dan paling dia risau kalau sangkut tak bayar nanti dia susah nak buat pinjaman beli kereta.

Lalu sebagai seorang rakan sekerja yang mendengar luahannya aku pun cakap lah, kalau ko rasa mampu ko beli "B"..kalau tidak ko cakap elok2 dengan mereka, cakap dengan aku tak guna, sebab bukan duit aku pun..betul tak kawan-kawan? then, keesokkannya aku datang bertugas seperti biasa..
Dipagi hari yang indah aku dapat cerita dari "B" bahawasanya semalam si "A" dan si "C" bercerita pasal business mereka, si "C" ni adalah orang yang excited dalam business ni dan membawa si "A" terjun sama dalam bidang MLM ni. "B" bagi tahu si "C" tanya dia dengan ayat begini "B" betul KE si NOR tak bagi ko beli barang ni? lalu si "B" kata apa kena mengena nor dengan barang tur????

OK fine, bila aku dengar je macam tur aku rasa time tur memang aku dah bengang tahap vavi dah..hellooo orang baru nak belajar jadi businesswoman, meh sini " C " aku nak cakap, whatever lah ko dengar mulut vavi mana kata pasal aku, boleh tak ko sendiri tanya aku secara
 PROFESIONAL KO SEBAGAI BUSINESSWOMAN??
tak kisah lah ko dengar aku benci ko ke, tak suka ko ker, what so ever, tapi boleh tak ko yang mengelarkan diri ko PROFESIONAL tu datang nicely tanya aku elok-elok?? Ko memang tak peranh buat, tapi judge aku memang dasyat!!

Disebabkan satu tempat kerja dikuali rezeki yang sama aku pun tak nak bergaduh hanya benda remeh temeh macam ni, memang old school cara nak mengumpat ber"SMS" ni wei...apapun ko gelar nama aku dan saved nama aku kat mobile phone ko tu pun aku tak kisah lah wei...ini kan nak masuk campur hal business ko!! memang sesuai ayat ni " ADA AKU KISAH? " jujur aku cakap memang aku tak suka cara ko!! itu lah cara ko dari dulu yang suka dengar cakap orang yang suka cucuk lubang hidung ko melangit puji ko, TANPA ko sedar orang yang puji ko tu keji ko depan aku..!! ada ko tahu?

TAPI untuk aku, biarlah....biar tuhan yang balas!! lagi pun aku malas nak layan makcik-makcik yang anak dah berderet tapi masih lagi dok bergossip life orang lain dan merasa life mereka macam superb ala Kim kardashian!! Apa pun ko orang nak gossip pasal aku, aku tak heran, business ko orang aku nak jealous? lagi lah aku tak heran, sebab apo?? BUKAN AKU DAPAT DUIT pun..aku amik business kecil-kecilan dengan artis pun aku tak gebang, life aku superb ke tak superb pun aku tak gebang!! ko tau sebab apa? because i'am not perfect but i'am limited edition!! ;) ada faham?

Ko nak kata life aku macam kisah fasha sandha ke siti ke apa ker aku tak kisah, sebab apo? SEBAB YANG DATANG MINANG AKU ADALAH MAK, AKAK, SATU KELUARGA DIA!! yang KO TU SAPA? pula tu sibuk dok cerita hal kawan-kawan aku dulu kahwin dengan bangla lah, itu ini lah...ko siapa? cuba duduk kat umah tu pikir balik dan tengok muka anak ko sorang-sorang....tengok..dan tengokkk...jangan sampai apa yang ko dok kata orang terbalik kat muka anak ko sendiri!! itu je lah amanat aku ni!! dan kalau ko nak tahu aku pun tak pernah amik tahu pun hal ko, tak kira lah apa pun jadi kat ko wahai "C" aku cuba respect ko sebab ketua kat tempat aku, bicara hal kerja lebih bagus, lagi pun bukan semua juga ko perfect dalam hal kerja, dan bukan semua juga aku perfect dalam hal kerja, jadi respect lah rakan sekerja ko, bukan nak mengata orang ini dan orang itu..gosip pun janganlah mendatangkan fitnah!! fikir sikit!!

Dan yang paling penting aku guna telepon bila hal penting untuk call family kat tempat kerja tu ko charge dan aku bayar, bukan aku guna call tempat kerja, call untuk buat business!! dan guna internet buat business time bekerja,
TAKE NOTED ya?!! kalau nak tahu business MLM ni ibarat ko jual putung rokok tapi orang sanggup beli bukannya jual ikan haruan ko kata ikan keli!! fikirkan...

Fuhhh..lega dah luah..kang stress takut bagi penangan terus kat orang-orang macam tur..meditasi begini lebih baik!!

Sekian, TERIMA KASIH BLOG!!