Wednesday, November 24, 2010

Bangunan Sultan Abdul Samad

Dimulakan dengan Bismillah, disudahi nanti lah...sebab entry saya baru nak bermula ni oit!! orang kata, apa-apa kena mula dengan nama Bismillah, supaya dihindari dari serangan umpatan mak bedah, annoying siot..!! kalau tak silap beberapa bulan yang lepas aku dan TEMAN ada ke Bangunan Sultan Abdul Samad bagi menghayati makna lampu-lampu neon dan percikan cahaya bewarna pink, woit!!! ingatkan nak menghayati sejarah, apa kejadahnyer ni Nonor oit? hish, kau kena belajar Sejarah balik beb, bukannya berdating, sambil usha balak handsome buat KL drift!! wah..hampeh tul generasi sekarang nih, insaf sudah...dengar cerita subjek sejarah disekolah wajib lulus exam!! baguslah supaya semangat jati diri sebagai rakyat Malaysia tu membara sikit!! wah..terus semangat patriotik sekejap!! ;D

Sebenarnya, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Katanya, Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894, lama tur...Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham, suddenly tahu sejarah lak ;D


Nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor pada masa itu. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Almost 5 years kat Kuala Lumpur ni, jujur cakap naik Twin Tower, and KL tower, tu pun tak jejak sampai keatas lagi, setakat lepak berpicnic  kat taman KLCC je memanjang tu adalah, selain bershopping bagai... tapi tak sudah berangan nak panjat Eiffel Tower, France de amor lah apa lah kononnyer nih, pijak dulu mercu tanda negara sendiri baru lah jejak mercu tanda orang lain, tapi kalau dah rezeki terpijak Eiffel Tower dulu nak wat cam ne ye tak?hahaha, ok lah apa pun layan sat pic yang saya sempat snap kat Bangunan Sultan Abdul Samad ni..walaupun dah banyak kali pegi..T_T kesian!! baru nak amik pic!!

Disebabkan hangout malam, cahaya lampu bewarna pink lah yang
ditunggu-tunggu, sebab nampak cam cool beb.

Nice kan the colour? pada aku lah, tak tahu lah orang lain..


Nak gak mamat ni interframe,
konon-konon Sultan Abdul Samad building de amor..;D

Orang suruh amik pic nampak sekali bangunan tapi....sedih..T_T,
pakcik-pakcik..cam ne nak amik pic kat Eiffel Tower nanti?..T_T hish..!!

Again...Failed!! kalau cam ni reject ar pi Eiffel Tower!! hampeh!!

 
Akhir kata alhamdulillah...sayangilah negara kita Malaysia dengan mercu tandanyer yang tersendiri, ;D peace..!!

Quality image from My BB tak berapa cun sangat!!

P/s : Uolls nak tahu tak? sekarang i dah ada secret vampire yg pepagi hari  dok gigih buka blog saya, teruja membaca blog saya tur, wah..tak sangka, dah macam reality show Kim kardashian pula life saya, !!
terima kasih lah ye buat hidup i glamour!!? ;D

Credit info dari Bangunan Sultan Abdul Samad

6 comments:

Fatin Baharum said...

hahaha ! i pernah rasa suruh orang tangkap gambar tapi semua gambar failed ! hehe..

salam, blogwalking :)

nora said...

perggh detail gile kot, leh pinjam wat kajian sejarah nih =p

nora said...

tambahan komen : saya folo n link u ya =D

NUR HIDAYAH said...

FB : Hi fatin, TQ blogwalking ke blog i....short name u tu saya put FB, nice sikit..hihi..ye lah, kita ni leh gang jadi photograph kan?bengang ooo, posing dah cun dia jadi failed!! alasan dia, camera amik muka bukan bangunan!! hampeh!! LOL hahaha

NUR HIDAYAH said...

Nora Danish baru glam sikit..hahha..beb TQ follow blog saya yg tak seberapa ni..boleh, apa salahnyer follow, TQ dear!!

Suhami Ahmad said...

hihi....esok result ANTI keluar....atok nak email sume peseta....sila inform email kt shoutbox