Sunday, June 26, 2011

~ Bersanding masa bertunang ~

Holla there, hari ni aku just nak share something yang aku rasakan menarik tertarik untuk dikongsikan KHAS  bersama-sama mereka yang plan nak bertunang sama ada dalam jangka yang terdekat ini atau dimasa akan datang...skodeng punya skodeng aku tertarik dengan isu ini untuk dikupaskan bersama-sama, sekadar meluahkan sisi pendapat untuk pembaca diluar sana memikirkan perkara tersebut, mungkin agak klise disini, tapi aku tertarik, kerana aku belum lagi melangkah apa-apa alam pertunangan jauh sekali alam perkahwinan, so blog dua gadis yang sempat aku skodeng ni membuat aku terpikir semula, adakah harus, wajib, atau haram? :D eeerrmm, will see lah my majlis pertunangan and perkahwinan nanti macam mana yek? hehehe

Sekadar Hiasan, yang real coming soon... * ramailah PEMBENCIKU yang skodeng pasni *

Moh kita ikuti luahan pendapat dari blog http://noipunyablog.blogspot.com/ :

Kepada yang dah bertunang,diucapkan tahniah.
Kepada yang sudah berumahtangga,harmonikanlah ia setiap hari.
Bertunang hanyalah satu transit sementara menunggu ikatan lelaki dan perempuan yang halal dan sah.

Tapi,saya ada satu pertanyaan..Mengapa trend sekarang semasa majlis bertunang,si Tunang Lelaki akan hadir dengan berbaju Melayu lengkap bersampin sedondon dengan si Tunang Perempuan. Rata-ratanya selepas majlis mereka akan bergambar bersama dan ada juga yang duduk di atas kerusi bersama ala-ala bersanding.Nasib je tak sarung cincin sekali. Mungkin akan ada yang berkata "Eleh, ko tak buat macam tu sudahla, janganlah nak kutuk orang"..atau "eh,majlis aku,suka hati akulah..ada aku mintak duit kau?" atau juga "Ko tu bagus sangatke."


Blog kedua yang memberikan pendapat : http://lekatlekitgurl.blogspot.com/ 
Kalau dulunya Sang Teruna jarang nak datang atau bertandang kerumah pihak perempuan semasa istiadat bertunang di langsungkan. Dorang hanya hanya menunggu dengan penuh debaran kat rumah jer. Di terima ke? Di Tolak ke? Hantaran murah ker? Mahal ker? Pendek kata dorang hanya main teka silang kata atau teka teki je kat rumah sementara menanti rombongan meminang pulang untuk tahu keputusan dari perjumpaan tu. Betul tak??

Tapi tidak lagi berlaku di masa sekarang. Kebanyakkan Sang Teruna akan ikut serta dalam operasi menyerbu kerumah pihak perempuan untuk sesi peminangan di jalankan. Siap berpakaian sedondon lagi dengan Si Gadis. Ala - ala orang nak nikah & bersanding pula. Lepas sah jer bertunang mula la acara mengambil gambar didepan keluarga kedua belah pihak. Berkepit mengalahkan sesi bergambar suami isteri yang baru sah di nikahkan jer. Lepas tu ada lagi satu sesi potong kek. Tangan mu tangan ku bersatu kat pisau.. Senyum.. action nak potong kek & snap!

Bertunang, bernikah & bersanding dah takde beza lagi sekarang ni. Mungkin beza halal dengan tak halal jer kan?? Tapi aktiviti yang di jalankan kalau dulu bertunang takde sesi2 bergambar ala2 bersanding, potong kek berdua duaan macam tu tapi kini adat & budaya itu telah di upgrade. Sang Lekit tak cakap salah atau tak salah. Terpulang pada individu itu sendiri untuk melabelkan manis atau tak atau nak ikut adat lama atau budaya baru cuma sang lekit nak tekankan disini dengan munculnya budaya baru macam ni maka makin hilanglah adat yang atuk nenek, mak bapak kita pegang selama ni. Bab hukum hakam ni kita serah kepada yang lebih pakar jer yer.. Ilmu sang lekit ni terlalu cetek nak cakap bab2 tu kang jadi pertikaian pula.

Entri ni sekadara kupasan untuk pembacaan & perbincangan secara umum jer. Sekadar ingat mengingati diri sendiri & sesama kita. Apa yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Biarpun pepatah ni pepatah lapuk tapi rasanya masih relevan untuk di guna pakai.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger yer. Andaikata tempias ni terkena kat batang hidung sesiapa anggap la entri ni cuma kebetulan bukan nak mengaibkan korang. Apapun tersilap kata, terkasar bahasa sang lekit dengan rendah diri mohon maaf.



So, amacam? ko orang dah skodeng blog dia orang? yang aku copy paste tu sedikit intipati dari blog dia orang...HUH!! kalau pada sisi pandangan aku pula, suka ko orang lah nak bertunang macam mana gaya sekalipun kan? memang pun duit ko orang, tapi apa yang ditekankan dalam 2 blog di atas adalah tentang ADAT..biasalah, sampaikan ada pepatah mengatakan biar mati anak jangan mati adat..makanya mereka tidak mahu adat orang lama dilupakan dan diperlekehkan..tak gitu pembaca sekalian? ;D
Cuma pada aku, tak perlulah melebih sangatkan? kalau nak pose kat FB tu bukannya tak boleh, molek bebenorlah nak umumkan pada kawan-kawan yang lain, betul tak? tapi kalau majlis bertunang mengalahkan majlis perkahwinan, amat lah tidak senonoh untuk dipertontonkan..anda faham maksud tersirat den ni? hahaha..den pun tak lah kobar macam-macam, den ni pun sedang merancang, kang terlebih gaya nanti den pula dituduh lelebih pula, jadi THINK POSITIVE and be yourself, * tapi janganlah over poyo sangat kan? *

Renung-renungkan dan selamat termenung...;D



P/SAda juga masa bertunang dan kahwin nak menunjuk-nunjuk dengan rakan taulan yang pertunangan dan perkahwinan mereka itu gempak giler, kiranya macam baru dapat laki kaya...huk..huk..

Saturday, June 25, 2011

~ HIDUP SEPAH...HIDUP JOHOR!!! ~

Holla there, WOW!! Kan gua dah cakap..tak sia-sia gua VOTE SEPAH hari-hari...kau SIMPLE, SEMPOI, tapi BERSUNGGUH...cayalah SEPAH...HIDUP ORG JOHOR...!!! peace yorrrr...ahhh...semputtt...terperanjat boboyyyyyy...;D
SEPAH menang weeiiii, cayalah..!! hidup orang JOHOR!!! gila kentang arr..mana taknya kalau ko orang nak tahu, aku hari-hari vote si SEPAH ni, sampai kan line HP kena barred, tapi tak pe..sebab gua tahu rezeki gua akan ada...macam hari tu gak, gua kena bayar line coz of buat called, macam-macam suara sumbang gua dengar..tapi gua tetap gua beb, pi lantak lah lu orang nak kata apa, lu orang campak taik, gua tetap bagi bunga..TAPI ingat, bunga pun ada limited nya jugak ok?!! jangan sampai bunga beracun gua keluar nanti...!! tapi nak susah apanyer?? sah-sah mak gua suruh call dia bersebab, so mak gua ar bayarkan, pastu tak sangka ada lagi rezeki terpijak gua dapat, betul orang-orang tua, termasuk mak gua cakap, kalau kita betul ada je rezeki akan menyebelahi kita...mak gua memang sempoi sehh..
tak sabar nak tunggu mak gua turun KL 08/ 07 /2011.. ;D 

Tapi satu je gua nak cakap, SEPAH SEMPOI, SEPAH SIMPLE, TAPI SEPAH BERSUNGGUH...HABIS MADU SEPAH TAK HABIS-HABIS!!!
Biar apa pun orang nak kata kumpulan mereka macam muka pecah rumah ker, muka MACAM BULAN ke, yang pasti mereka punya identiti sendiri, punya pengikut istimewa tersendiri..biaq pi apa orang nak kata, yang pasti
SEPAH tetap SEPAH and memang the best!!

JUARA MAHARAJALAWAK 2011

Nampaknya lepas ni Si jep ngan si panjang ni kompem berduyun awek menanti, RM350,000.00 tur menang weiiii...rezeki anak shuib lahhh...untunglah si Sarah Raisuddin..;D
harap SEPAH tak bersepah.




 P/S : Nampak gaya semakin handsome si jep ni..huk..huk..
       * gitu pulak, annoying siottt..hahhaa *

Tuesday, June 21, 2011

~ VOTE SEPAH ~



Holla there, Good morning...WOW!! just nak share about programme MAHARAJALAWAK, actually bab cerita atau kisah-kisah lawak ni memang programme kegemaran aku, just nak suggest lah, pada mereka-mereka yang stress pasal kerja ke, life ke, apa ker, ada baiknya ko orang layan programme reality or lawak-lawak macam ni coz of dapatlah ko orang release tention ko orang...

Kalau ko orang nak tahu, aku memang minat giler dengan kumpulan SEPAH ni, dari first mereka menjadi juara dalam Rajalawak lagi, masa tu setiap persembahan mereka selesai aku vote, siap undi pukal 10 terus, bila mereka juara, tak lama lepas tu keluar drama mereka " BUJANG SEPAH LALALITAMPLON " aku still follow gak.

Bila duduk dengan housemate yang kaki songlap duit aku tu dah kuar rumah, dengar pulak lepas tu ada programme Maharajalawak, terus aku order Astro Beyond, siap amik package Astro warna semata-mata kerana MAHARAJALAWAK, memang kuat gila pengaruh mereka kat aku, mana taknya SEPAH juga asal dari hometown yang sama dengan aku JB, so lawak mereka mudah difahami.

Trademark mereka juga mengekalkan kemelayuan asli dalam setiap persembahan serta kisah kemasyarakatan rakyat Malaysia Khususnya, pada aku memang kalau kita lihat rupa mereka ni memang macam tak boleh blah sesangat masa mula-mula dia orang joint rajalawak, sampai ada orang kata, muka mereka macam muka pecah rumah, tapi pada aku, keistimewaan mereka bertiga mengingatkan aku pada Allahyarham P.Ramlee.

Kerana lawak-lawak mereka tak jemu dan buat aku tak kering gusi dibuatnya, malah mesej yang disampaikan itu mudah difahami...sampai kadang-kala tu sambil basuh baju atau drive pun aku boleh lagi tersenyum-senyum sorang diri bila ingat lawak-lawak mereka..;D aku anggap SEPAH adalah versi P.Ramlee Alaf Baru, terus menyokong SEPAH dan aku Vote mereka until this coming 24/06/2011, sama-sama lah kita saksikan mereka di Final nanti, to all warga JB yang menonton separuh akhir yang berlangsung JB minggu lepas, ko orang memang sempoi sehhhh...mana taknya dari penang, ke kuantan sampai ke JB, aku tengok penonton paling sporting, sempoi adalah dari JB, bak kata AC.Mizal dan Mamat Khalid, " Saya rasa orang JB ni best ar... " yeahhhhhh..;D


Bak Kata APEK SENARIO :-

" Habis madu SEPAH tak habis-habis beb... " :D

Cara mengundi taip ML ( space ) SEPAH ke 32999

Vote sepahhhhhhhhhhhh.....;D


P/S : Pada yang tak melanggan Astro Warna and pelajar-pelajar atau rakyat Malasysia yang berada diluar negara bolehlah saksikan mereka di Youtube..vote mereka..;D

Monday, June 20, 2011

~ Oh Bapa ~

Holla there, good evening, jarang bebonar nonor mengupdated blog sejak kebelakangan ini..almaklumlah, banyak benda nak buat, selain bekerja 6 hari seminggu, kemas rumah, cuci baju, hang out dengan teman, adik, kekawan taulan, menonton wayang selain melekat menatap Astro warna semata-mata nak tengok orang kampung aku si kumpulan SEPAH, dalam Maharajalawak,
* i will updated about SEPAH for next entry * selain beberapa kerja sampingan untuk menambah pendapatan ekonomi negara gitu...hahaha.

Bila check kat aku punya statistik pengunjung blog, for everyday, week and month, banyak juga pengunjung blog dari pelbagai negara yang menjengah blog aku ni, terima kasih banyak, maybe kerana blog aku ni boleh ditranslite ke pada pelbagai bahasa melalui google translite yang aku link kat tepi kanan atas head blog ini, so kepada yang tak suka aku tapi skodeng perkembangan aku melalui blog ini, aku pun nak ucapkan ribuan terima kasih, sebab rating for statistik aku makin meningkat beb, skodenglah dan menyokong terus sebab pada aku ko orang memang peminat sejati gitu..hahahaah,
* annoying siot *

Ok lah, banyak sangat nak mencorat coretnya kat sini, but still on my draft lagi, sedang menyusun ayat penuh warna warni, tapi hari ini aku just nak ucapkan something mengenai hari bapa, Oh Bapa....teringat pula masa aku duduk makan pizza hut di Jaya Jusco Aeon AU2 Setiawangsa semasa dok skodeng bebudak AF9 sambil makan Pizza Hut, tetiba aku melihat ramai budak-budak dari sekolah anak-anak yatim, beratur menerima sumbangan seseorang for lunch.

Hati terus terdetik sayu, malah melihat mereka masih kecil...disebabkan aku ni kuat berfikir dan bermain dengan persoalan, aku tertanya-tanya kemana ibu-bapa mereka, kalau benar ibu-bapa mereka sudah meninggal kenapa tidak saudara atau pakcik, makcik mereka tidak menjaga mereka? ada pula yang kata mereka tidak ada saudara mara, ada pula anak yang tidak tahu siapa ibu bapa mereka, kerana dengarnya ibu mereka meninggalkan mereka semasa bayi didepan pintu rumah anak-anak yatim..

Pilu sungguh rasa hati...jadi rasanya kepada mereka yang masih punya ibu dan bapa hargai lah mereka, sejauh mana pun anda merantau, didalam atau diluar negara, ketahuilah..tanpa ibu bapa, kejayaan kita hari ini tak akan ada maknanya, ibarat lukisan yang hilang isi ceritanya, dan ibarat puzzle yang hilang cantumannya...bersyukurlah kita hendaknya...sempena hari bapa semalam ingin nonor ucapkan :-

" SELAMAT HARI BAPA, Siapa pun bapa kita, sama ada bapa handsome atau tidak, Papa Jahat, Papa baik, bekas bapa, bapa tiri, bapa angkat, bapak ayam, bapa sudah tiada atau BAPA KEMERDEKAAN..ingin sekali aku ucapkan
" SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA " buruk baik mereka adalah bapa kita, tanpa mereka tiadalah kita.. :D "

Masa kecil abah take care aku, pergi mana-mana abah bawa aku...

For me, I love My abah....nonor sayang abah, TQ for everyhing...
;D



P/S : Percaya atau tidak ada manusia yang memang tidak sayang pada bapa mereka, kerana mungkin kenangan pahit yang pernah menimpa mereka kerana bapa mereka, tapi anggaplah apa yang terjadi ada hikmahnya...
ingatlah, mereka tetap sebahagian dari anda....

Wednesday, June 15, 2011

- Accused At 17 -


Holla there, good morning, selamat pagi and beunos dias, ;D i just wanna share something to all of your regarding about this movie, actually i've watched this movie many times before, this movie is actually about FAMILY and FRIENDSHIP, where is that meaning about FRIENDSHIP, if you just thinking about yourself? you do the mistake, but you do not admit, end the end you got the revenge from what you do before to your friend, why betray people around you, just because you not admit what  you had done before?

So, lets find out and learned the positive and the negative thing about this movie, but i love watched this movie because this movie i learned something about meaning FRIENDSHIP.


P/S : Kadang kala manusia menepikan soal persahabatan/kawan hanya kerana mahu melepaskan diri dari sesuatu masalah serta mengkhianati kawan sewenang-wenangnya hanya kerana mahu melepaskan diri sendiri.

Sunday, June 5, 2011

~ Bliss Yogurt drink ~

Holla there..I back again, thank you to those still stay tuned with my next entry, so today i wanna share something about, what i drink today for my good tummy...what is it? Ok, i've take Bliss Yogurt drink for my good digestion but why Bliss yogurt drink? because bliss made from real fruit juice, contains Inulin ( the only yogurt drink in Malaysia which contains this ) and live cultures, there are 2 ranges : low fat and 0% fat. There are no artificial colouring and contains real fruit juice..WOW intresting isn't? so, lets try it..!!

Here, a few mix-flavour of Bliss Yogurt drink.

Lime+Cucumber+Yogurt = Always to WC ;D

I've take a few flavour of Bliss yogurt drink before, but only this flavour will make my digestion more..more..digest, you know what i mean?, don't laugh me because everytime if i've take this flavour, many time to me to go to WC T_T make it my tummy flat..this is what we need isn't? LOL ;D


With my favourite flavour make me always remember to go to WC
and make my tummy flat...;D

So, take it challenge 14 day Bliss Yogurt drink, let's try it..!!

Friday, June 3, 2011

~ Why takde vacation entry? ~

Holala again to all yang still stay tuned and to all yang suka skodeng blog aku ni..TQ so much..btw, hari tu kan, bila skodeng blog orang lain, banyaknya entry berholiday mereka, ada gak blog yang penulisnya suka sangat bab makanan, huh, sampaikan akan updated apa pun masakan mereka setiap hari..fuuhhh..tabik ar, kalau ada contest blog paling banyak jalan-jalan dan makan-makan mesti nangis wooo chef Wan tengok...;D

Bila skodeng blog-blog yang banyak travel around the world ni memang super terangkat kaki aku nak sama seperti mereka, berillusi memanjang kan? tak salah..mana tahu akan tercapai, dan yang paling penting kalau kita travel ni, guna duit kita sendiri memang akan feeling PUAS, coz dah award kan diri untuk relaks setelah penat kepala otak bekerja...bila tengok student-student Malaysia yang belajar sambil dapat travel bak kata orang sambil menyelam minum air tu memang lah aku suka skodeng blog dia orang...bestnyalah ko orangkan? bagus gak yang siap letak tips2 bila travel dimana-mana destinasi, so, bolehlah dibuat rujukan pada blogger diluar sana..TQ ya? ;D

Aku pula, dalam blog ni rasanya memang tak pernah lagi update any entry about travel or vacation menarik kan? mana taknya, kalau ada pun tak tahu celah mana nak cerita...coz pada aku, kalau nak updated about travel info kena nice or padat, tak kan lah dalam setiap entry tu memanjang letak picture ko kan? bosan ar beb!! dalam Malaysia ni yang aku belum pernah jejak lagi kaki aku adalah di Terengganu, Kelantan dan Sarawak...yang lain tu dah..eerrmm..teringin nak makan akok original handmade in kelantan, keropok lekor ditepi pantai area Terengganu and kek lapis Sarawak ler..;D Siapa boleh bawa nonor ek?LOL :D

Why takde vacation entry nonor?
mahu tahu?
Ok lah, next entry nonor akan updated ya?
nonor akan cuba explore Malaysia dulu dan kemudian baru nonor update about vacation nonor ke luar negara gak ok?
then any info or mana2 tempat nonor dah lawati akan nonor update di next entry and link kat tepi tu..so apa lagi, pls stay tuned with me..;D



P/S : If you all nak pi Thailand tu bolehlah skodeng my friend blog, coz dia ni anak campuran Thai-Malaysia..so, banyaklah story about Thailand..

Thursday, June 2, 2011

~ Fly ~

Hollalala there, again..menjelma balik...wahh...nonor tak tahu nak updated apa hari ini, yang pasti tak sabar going back to my hometown uolls, i really miss my family there, and one more thing, insyaallah juga kalau tak kemalasan dan tak memboloskan fulus ni, rasanya nonor akan ke tanjung piai, iaitu sebuah tanjung penghujung benua asia di pontian, Johor..

Walaupun aku ni orang Johor tak pula rasa nak explore tempat sendiri, tapi rasanya kalau digali dan gali pasti ada beberapa tempat yang nice to see, isn't? Tanjung Piai kalau kita lihat daripada peta/ map, adalah penghujung benua asia...why? tu aku tak gali lagi, tu sebab aku rasa cam nak pegi lagi, sebab dulu masa aku pergi tempat tu still diselenggarakan lagi..
tapi mengikut kata orang-orang, kalau berdiri disitu kita akan dekat dengan wilayah Singapore and Batam, indonesia..* nice kan? *


tak kanlah pergi negeri sendiri kena pakai pasprt kot cik nonor?
So, let's guess, where i wanna go?

I ready to......

;D any info terpaksa di private kan untuk security..
where u wanna go nonor?
membawa diri ?
ingin terbang lagi?
terbang seperti awan dania?

Apa yang pasti, i wanna flyyyyyy..
anyone can fly...gitu ler pulak ye?
anyway once become realiti, terlihat di kamera digi, maka terzahirlah fantasi setelah berillusi...wahhh..penuh teka-teki ..!! :D

 P/S : Tak sabar..oh November...;D