Monday, June 20, 2011

~ Oh Bapa ~

Holla there, good evening, jarang bebonar nonor mengupdated blog sejak kebelakangan ini..almaklumlah, banyak benda nak buat, selain bekerja 6 hari seminggu, kemas rumah, cuci baju, hang out dengan teman, adik, kekawan taulan, menonton wayang selain melekat menatap Astro warna semata-mata nak tengok orang kampung aku si kumpulan SEPAH, dalam Maharajalawak,
* i will updated about SEPAH for next entry * selain beberapa kerja sampingan untuk menambah pendapatan ekonomi negara gitu...hahaha.

Bila check kat aku punya statistik pengunjung blog, for everyday, week and month, banyak juga pengunjung blog dari pelbagai negara yang menjengah blog aku ni, terima kasih banyak, maybe kerana blog aku ni boleh ditranslite ke pada pelbagai bahasa melalui google translite yang aku link kat tepi kanan atas head blog ini, so kepada yang tak suka aku tapi skodeng perkembangan aku melalui blog ini, aku pun nak ucapkan ribuan terima kasih, sebab rating for statistik aku makin meningkat beb, skodenglah dan menyokong terus sebab pada aku ko orang memang peminat sejati gitu..hahahaah,
* annoying siot *

Ok lah, banyak sangat nak mencorat coretnya kat sini, but still on my draft lagi, sedang menyusun ayat penuh warna warni, tapi hari ini aku just nak ucapkan something mengenai hari bapa, Oh Bapa....teringat pula masa aku duduk makan pizza hut di Jaya Jusco Aeon AU2 Setiawangsa semasa dok skodeng bebudak AF9 sambil makan Pizza Hut, tetiba aku melihat ramai budak-budak dari sekolah anak-anak yatim, beratur menerima sumbangan seseorang for lunch.

Hati terus terdetik sayu, malah melihat mereka masih kecil...disebabkan aku ni kuat berfikir dan bermain dengan persoalan, aku tertanya-tanya kemana ibu-bapa mereka, kalau benar ibu-bapa mereka sudah meninggal kenapa tidak saudara atau pakcik, makcik mereka tidak menjaga mereka? ada pula yang kata mereka tidak ada saudara mara, ada pula anak yang tidak tahu siapa ibu bapa mereka, kerana dengarnya ibu mereka meninggalkan mereka semasa bayi didepan pintu rumah anak-anak yatim..

Pilu sungguh rasa hati...jadi rasanya kepada mereka yang masih punya ibu dan bapa hargai lah mereka, sejauh mana pun anda merantau, didalam atau diluar negara, ketahuilah..tanpa ibu bapa, kejayaan kita hari ini tak akan ada maknanya, ibarat lukisan yang hilang isi ceritanya, dan ibarat puzzle yang hilang cantumannya...bersyukurlah kita hendaknya...sempena hari bapa semalam ingin nonor ucapkan :-

" SELAMAT HARI BAPA, Siapa pun bapa kita, sama ada bapa handsome atau tidak, Papa Jahat, Papa baik, bekas bapa, bapa tiri, bapa angkat, bapak ayam, bapa sudah tiada atau BAPA KEMERDEKAAN..ingin sekali aku ucapkan
" SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA " buruk baik mereka adalah bapa kita, tanpa mereka tiadalah kita.. :D "

Masa kecil abah take care aku, pergi mana-mana abah bawa aku...

For me, I love My abah....nonor sayang abah, TQ for everyhing...
;D



P/S : Percaya atau tidak ada manusia yang memang tidak sayang pada bapa mereka, kerana mungkin kenangan pahit yang pernah menimpa mereka kerana bapa mereka, tapi anggaplah apa yang terjadi ada hikmahnya...
ingatlah, mereka tetap sebahagian dari anda....

No comments: