Tuesday, June 21, 2011

~ VOTE SEPAH ~



Holla there, Good morning...WOW!! just nak share about programme MAHARAJALAWAK, actually bab cerita atau kisah-kisah lawak ni memang programme kegemaran aku, just nak suggest lah, pada mereka-mereka yang stress pasal kerja ke, life ke, apa ker, ada baiknya ko orang layan programme reality or lawak-lawak macam ni coz of dapatlah ko orang release tention ko orang...

Kalau ko orang nak tahu, aku memang minat giler dengan kumpulan SEPAH ni, dari first mereka menjadi juara dalam Rajalawak lagi, masa tu setiap persembahan mereka selesai aku vote, siap undi pukal 10 terus, bila mereka juara, tak lama lepas tu keluar drama mereka " BUJANG SEPAH LALALITAMPLON " aku still follow gak.

Bila duduk dengan housemate yang kaki songlap duit aku tu dah kuar rumah, dengar pulak lepas tu ada programme Maharajalawak, terus aku order Astro Beyond, siap amik package Astro warna semata-mata kerana MAHARAJALAWAK, memang kuat gila pengaruh mereka kat aku, mana taknya SEPAH juga asal dari hometown yang sama dengan aku JB, so lawak mereka mudah difahami.

Trademark mereka juga mengekalkan kemelayuan asli dalam setiap persembahan serta kisah kemasyarakatan rakyat Malaysia Khususnya, pada aku memang kalau kita lihat rupa mereka ni memang macam tak boleh blah sesangat masa mula-mula dia orang joint rajalawak, sampai ada orang kata, muka mereka macam muka pecah rumah, tapi pada aku, keistimewaan mereka bertiga mengingatkan aku pada Allahyarham P.Ramlee.

Kerana lawak-lawak mereka tak jemu dan buat aku tak kering gusi dibuatnya, malah mesej yang disampaikan itu mudah difahami...sampai kadang-kala tu sambil basuh baju atau drive pun aku boleh lagi tersenyum-senyum sorang diri bila ingat lawak-lawak mereka..;D aku anggap SEPAH adalah versi P.Ramlee Alaf Baru, terus menyokong SEPAH dan aku Vote mereka until this coming 24/06/2011, sama-sama lah kita saksikan mereka di Final nanti, to all warga JB yang menonton separuh akhir yang berlangsung JB minggu lepas, ko orang memang sempoi sehhhh...mana taknya dari penang, ke kuantan sampai ke JB, aku tengok penonton paling sporting, sempoi adalah dari JB, bak kata AC.Mizal dan Mamat Khalid, " Saya rasa orang JB ni best ar... " yeahhhhhh..;D


Bak Kata APEK SENARIO :-

" Habis madu SEPAH tak habis-habis beb... " :D

Cara mengundi taip ML ( space ) SEPAH ke 32999

Vote sepahhhhhhhhhhhh.....;D


P/S : Pada yang tak melanggan Astro Warna and pelajar-pelajar atau rakyat Malasysia yang berada diluar negara bolehlah saksikan mereka di Youtube..vote mereka..;D

2 comments:

ZWAN SABRI said...

xmolah.. Zwan VOTE JOZAN.. HAHA

MySuaraBlog: Amaran Kepada Wanita Mengandung!

NUR HIDAYAH said...

Tak boleh...nonor vote SEPAH jgk...hahahahah..