Tuesday, May 31, 2011

~ Adui aiii ~

Holala there..peergghh...apa yang aku nak cerita ni cam malu lak nak cerita..hahah, apa tak nya, aritu blog aku ni bila log in memang boleh, tapi bila cari dashboard tak jumpa langsung..so, cam ne nak updated entry beb? kelam kabut sehari suntuk, cari mana lubang ar nak eccess blog aku ni? ada pula yang kata blog aku kena hecked, ada yang kata kalau guna google for blog memang kena tukar e-mail yahoo to gmail..dan macam-macam, ntah macam mana pulak hari ni terdetik dihati nak mencuba balik, last-last..ni lah dapat lah mengupdated balik.

Bukan itu yang aku malukan  nak aku ceritakan, tapi dek kerana memang dah yakin blog kena hecked ke apa ke jadahnya semua, terus buat blog lain, siap link terus kat blog baru..hahaha..and tak sangka baru 2 hari dah 3 follower, kesemua follower from blog atuk, * Apo2 Yolah next Top Icon *, pls check it out at http://anaknegori.blogspot.com/ , thousand tq to atuk kerana mengiklankan setiap apa yang berlaku pada nonor, dan menolong nonor ditahap memerlukan..terima kasih banyak atuk..cucu ke -14 ini berasa amat terharu..T_T, so, to En-en and abg-abg yang follow blog nonor yang baru tu leh tak follow blog nonor yang lama ni? pls.... :D * blusher pink terus *

Bulan ni memang aku tak sabar gila nak balik kg sebab aku akan ber...... ;D
just counting till that day, tak sabar nak jumpa cik bedu bedah, makcik-makcik ku...family jauh dan dekat, semuanya lah...harap majlis tu nanti berjalan lancar, dan penamat segala kontroversion/gosip gitu..amin.






P/S : Sudah puas diriku dilempar taik...tapi apapun akan aku membalasnya dengan sejambak bunga...* Pesanan ibuku *

Monday, May 23, 2011

~ Happy Mother Day ~

 Holla there, again lated to update any intresting topic, * who are u? *
im not HOT like Kim kardashian in keep it up with kardashian what..
LOL..hahaha...so, till counting end of this month so still in the mother day to me..still MAY what? ;D

Every year, when the coming mother day, or any celebration special day in the world people always wish happy mother day isn't it? tak ketinggalan aku lor...so, bila dah ramai sangat yang ucap selamat hari ibu, aku lak nak ucapkan selamat hari emak lah pulak, boleh? hehe..

MOTHER, MAMA, MUMMY, IBU, IBI, EMAK, or whatever name that everyday we call it so meaningfull to everybody, kita hendaklah bersyukur bila kita still ada ibu lagi, WAJIB kita bersyukur dan menyayangi orang tua kita till hayat mereka dikandung badan...not only till MAY celebration mother day..
actually everyday..tapi persoalannya, sejauh manakah anda mengenali ibu anda?

Apa yang saya tahu tentang mak saya ni, zaman dahulu
dia memang suka rambut dibiarkan lepas, memiliki rambut yang panjang, suka tocang rambut, suka bergaya, fizikalnya slim, TAPI kulit dia agak sensitive/alergic macam aku gak, and ada juga beberapa picture lain yang sempat aku selongkar dari koleksi peribadinya,
bila di usha peergghh...mak aku ke ni? dengan pelbagai aksi dan gaya gamaknya..;D tapi yang lain tu tak leh nak upload semua pic dia, sexy ooo.. 
ti mak aku baca blog ni, mak aku marah lor...
malu katanya nanti..hehehe

Me and my mummy now...she still maintain slim cam dulu gak,
tapi dulu kurus sangat gamaknya..mak aku kata kurus sangat tak elok...
kena ala-ala kim kardashian baru cun...hahahah
ada-ada jek, yang penting sihat tak kira gemuk atau kurus katanya.

Mak aku ni perangai dia easy going, suka buat lawak kalau situasi tu senyap semacam, and always smile..benda dia tak suka adalah jangan jadi pengotor, dan tak suka rumah bersepah.

Dia pun jenis suka travel gak, dia juga jenis aktif, tapi bila dia ada penyakit yang dihidapinya sejak remaja dia agak berjaga-jaga, so sebagai anak aku tak suka buat dia susah hati, even kami berjauhan dalam seminggu tu WAJIB aku atau dia akan call bertanya tentang perkembangan terkini, hiburan dan sensasi..;D

Pada pandangan akulah, ibu adalah orang pertama yang menjadi sahabat terbaik dalam hidup kita, pada dia lah mulanya kita kenal erti kehidupan, dia bak sahabat yang mengenali kita luar dan dalam, faham perangai kita, apa yang kita mahu, apa buruk baik kita dia terima seadanya dan dalam masa yang sama dia mengingati kita baik buruk sesuatu perkara itu...itulah namanya seorang ibu...

Kita pula sebagai seorang anak jangan pernah mengecewakan harapan dan kepercayaan beliau terhadap kita, nakal kita tapi jangan sampai menconteng arang dimuka mereka...pada aku dia lah tempat aku meluahkan perasaan atau masalah..tiada orang lain selain ibu..jika kita ada masalah atau sesuatu rujuklah pada ibu kita, jangan risau pasti mereka akan memahami situasi kita.

Bila ada masalah atau sesuatu perkara jangan pernah bercerita pada kawan sini dan sana..kerana jangan pernah percaya pada kawan 100%, kerana ada sejenis kelumpuk kawan yang 50% tu just kawan yang akan mempergunakan kita dan 40% sekadar kawan, 10% tu pula saling mengenali tapi tidak mengetahui and dalam 10% tu terselit 0.50 yang meracuni fikiran kita...
Yes, i'm not saying i'm purrrrfect but i'm incredible!! (those who get it, get it!=p)...friends..aahhh, they come and go, and come back again and go again once they get wat they want, agree? untill now i dunno who my true friends are but wat i do noe are those who aren't. why i said liked that, its from my exprience, nobody can copy & paste...!!

 
BUT only my lovely mum and my family i love...
Mak..nonor sayang emak....
LOVE YOU SO MUCH & HAPPY MOTHER DAY.

  
P/S : Tak sabar nak balik kg, nak bagi special hadiah pada emak...;D
 tak sabar tunggu NOVEMBER...;D

Thursday, May 19, 2011

~ No Carpet allowed !! ~

Holla there...this month a lots of suprising on me, im happy coz, finally i got something that i never dream and expected before will come true...im not target anything about my life actually..but its happened...and jalani aja dong...happy coz im not target and dream about it, but easy to grab it, and true what my mum told me that if you ada sifat sabar, insyaallah tanpa kamu sedar ia akan jadi milik kamu and patient its therapist, and finally i got it..!! TQ mum.. forgot to write about mother day..LOL..i will updated tommorrow maybe..:D, still dibulan May..so still can wish what...;D

I actually wanna tell uolls about karpet lah..LOL...hahaha..ok actually, i've been to Nilai, N9 for couple of time, and i think its just suitable for people who running for business to find a lots of something very cheap, terutama for mak andam yang mencari barang keperluan for pelamin dan lain-lain...for us yang dah atur for wedding day, nak cari something souvenior for guest yang datang ke majlis apapun rasanya disana murah..and kalau ada budget and more budget i think Bandung was very cheap kot...i never been there, so will updated entry to uolls once i dah jejak kesana, but my mum friend said to me she offer come to their house and will accompany me to Batam to find alot's of barang yang was so lagi murah than Bandung?eerrrmm...will think about that...mau cari kartu yang cantik dong mbak....;D * melalut sudahhh..*


Ok lah...actually kalau raya dulu aku paling suka pergi rumah orang yang cantik karpet nya..dengan bermacam warna...so, last year masa bulan puasa i go to Nilai again to find any karpet yang boleh bargain lagi murah giler-giler sampai 70%, so dah jumpa satu tempat ni...

Punya nice lah gedung sebesar-besar tidak..siap tulis..Deco..Deco..Deco..bersama eric....;D LOL

Aku punya lah was so semangat to find carpet mulanya, ingat nak beli something to my mum kat kg, for karpet raya ler kononyer..so masa aku cuci mata, sambil layan lagu hindustan ada lah ketua mereka kat situ panggil satu mamat bangla ni, mamat bangla tu pulak betul-betul sebelah aku..then masa tu aku dengar dia batuk dan macam bunyi nak keluarkan kahak yang ada dalam kerongkong dia tu..and then..what uolls think beb? OMG, dia boleh split, means ludah kat karper sebelah dia..aku trus...cabbuttttttttt..

Tika dan detik itu aku terus OFF for KARPET...lagi pun ada beberapa keburukan juga pada karpet ni iaitu cepat berhabuk..kalau orang ada asma, seeloknya jangan ada karpet dalam rumah, orang yang alergic pun tak digalakkan ada carpet dirumah..paling malas pulak kalau nak vacum karpet..hoho..kena plak kalau air atau makanan tumpah..waahhh...berat dan leceh ar..
So, aku kena cari alternatif lain ar..any suggestion??
* nak hias rumah ke cik nonor? *

Tapi nak deco english style wokkeehh...hahaha
* annoying siotttt *
Gambar tahun lepas.


P/S : Aku tak pernah tulis blog about vacation kan? will updated nanti...stay tuned with nonor....;D

Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day!!



“ Bangun Nor! dah pukul 6.30 dah ni, sembahyang dan mandi cepat... nanti kena tinggal dek cik bibah nanti kang..!!” kedengaran suara mak aku membebel di pagi hari, walaupun waktu di jam sebenarnya baru pukul 5:30 pagi.  :cool:
“ Alah mak ni..pepagi bising je..tak elok tau...malas ar nak mandi..nak baring-baring jap.."

" Ko tu kalau mandi air pun tak bunyi ntah apa ko cuci...bla..blaa..blaa.. "

Nor atau Nonor memang nama ringkas aku kat umah. Memulakan hari-hari biasa sebagai murid di sekolah rendah cukup membosankan, awalnya nak kena bangun, lagi-lagi hari isnin sebab ada perhimpunan. Lepas mengeliat dan dijerit beberapa kali, aku pantas mencapai tuala dengan mata separuh terbuka.. Menggagahkan diri untuk mandi..

Huh tu lah dialog aku ngan mak aku setiap hari isnin-jumaat...lepas brakfast je kompem kena baca sifir depan dia..tak kira ar sifir apa pun..katakan hari ini sifir 8 esok sifir 5 pulak..giler lah..dah lah aku tak minat matematik..memang itu lah routine mak aku setiap pagi kalau aku dan adik aku nak pi sekolah, katanya bagi otak aku bergerak sambil memberikan buah kismis sebagai bekalan bila nak kuar rumah..mak..makkk... T_T

Nasib baik ar umah aku dengan driver yang akan hantar kami kesekolah cuma belakang rumah..so kalau terlambat pun boleh jerit kekuat...
" Cik Bibahhhhh...tunggu saya sekejapppppp...;D

Ini lah rupa sekolah aku sekarang...dulu tempat ni dia buat perhimpunan sekolah...
rindunyerrrrrrrrrrrrrr......T_T

Imbas kembali, 1993 – Selepas tamat tadika ( pra-sekolah ) di Tadika kemas Johor, aku memulakan sesi sekolah rendah pertama di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam ( SKSR ). Sekolah ni sekolah rendah tertua kat kawasan aku bermastautin. Ditubuhkan pada tahun 1946,sebelum merdeka lagi sekolah ini dulu asalnya sekolah atap rumbia yang beralaskan tanah tempat anak tempatan menimba ilmu. Bila diceritakan sejarah sekolah ini bermula,fikiran aku ligat membayangkan suasana SKSR tahun 1946 dah berharap jika aku boleh melihat zaman itu di depan mata. Tahun 1993, kelas aku masih lagi bangunan separuh batu dan kayu, tingkap masih lagi tingkap kayu dan bukannya cermin dan meja belajar pun meja kayu tidak seperti sekarang kebanyakan meja plastik. 1993... aku memulakan sesi pembelajaran sebagai murid darjah 1.

Kisah 1 : Kelas

Masa aku Darjah 1 - 4, nama kelas-kelas kat SKSR ni menggunakan nama bunga. Mawar,Kenanga,Melor,Teratai dan lain-lain. Jujurnya aku blur dengan nama-nama bunga ni..sebab macam serabut..apa taknya pepagi dah kena hafal sifir tambah pulak masuk sekolah nak ingat nama kelas pun payah..dan payah nak ingat kelas mana dan susunan kelas. Naik darjah 5, semua nama kelas ditukar mengikut ejaan SIMPANG R yang bermaksud Setia, Inovatif, Mulia, Progresif, Amanah, Nadwah, Gemilang dan Rahmat. Agak-agak aku kat kelas mana? hahaha..kalau masa darjah 1-4 aku kelas yg ke 6 dari 9 kelas..banyak ooo..bila nama dah tukar SIMPANG R..aku kelas yang ke 3 iaitu MELOR dari 9 kelas gak kalau tak silap....hah..masa ini aku sekelas dengan ita..dengan dia aku duduk semeja..kalau matematik aku lemah aku banyak refer kat dia..dia ni memang happening je memanjang..kena plak aku ni kaki gelak... * biasalah kawan gelak je ramai..kawan untuk bersedih? *

Masih lagi tersimpan rapi gambar-gambar persekolah aku..salah satunya pic ni masa aku darjah 6 Melor dengan Ezlya @ ita, zaman persekolah yang totally tak akan sama dengan zaman realitinya ini.......................................
Harapan aku cuma satu..jangan mudah melupakan perkara yang manis sekiranya terasa pahit...

Kisah 2 : Guru-guru

Bila ingat balik cikgu-cikgu, tak ramai yang masih dalam memori aku. Cikgu Hasnah,Cikgu Nurul,Cikgu Yusop,Cikgu Nakiah,Cikgu Anita, Cikgu Azizah, Cikgu Caroline Aine, Cikgu Faridah, Teacher Mahani ( dia ajar English,kitorang panggil teacher ), cikgu ni cikgu paling class bab berpakaian... pakai gincu merah mmg meletops ar.... terima kasih cikgu atas didikan mereka sebagai guru, walaupun saya belajar tak sampai kebulan, * walaupun muka sya org kata dah sampai bulan :D * menggapai bintang pun sya amat bersyukur...segala pengalaman saya adalah pengajaran berharga buat masa depan yg tidak ternilai yg tidak boleh di copy&paste, ;D

Kisah 3 : Bagai digigit serangga

BCG Vaccination dan check gigi...ini fenomena yang membawa mimpi hitam bagi seorang murid sekolah rendah macam aku, bila tiba waktu semua kena inject dengan BCG dan juga check gigi, macam-macam ragam ada....TAPI aku paling FOBIA dengan doctor gigi ar..mana tak nya..garang yang teramat ok? dah lah takut nak check gigi, ni bila masuk je klinik yang disediakan disekolah tu doctor tu pandang semacam jek..bila buka mulut nak check dia pun buka mulut dia membebel...bila dia cuci gigi aku ya allahhh...bukan cuci elok-elok..sakit oooo..macam nak bunuh orang ar..serius aku tak tipu...80% budak kat sekolah aku tu aku rasa memang memasing kalau boleh tak nak jumpa doctor gigi tu..ooppss lupe..doctor perempuan.. =( percaya atau tidak memory tu aku masih ingat lagi dia tonyoh mulut aku guna berus gigi..SERIUS!! kalau time tu aku ada akal lagi, lama dah aku saman doctor tu...T_T


 Kenangan cikgu-cikgu..
Banyak kenangan sekolah rendah kalau nak diungkap balik, tak cukup hanya satu entri. Yang terakhir, ini lagu sekolah rendah aku dulu. Setiap hari selama 6 tahun menyanyikan lagu ni, dan sekarang pun aku masih ingat lagi macamana nak nyanyikan lagu ini...

1946 lahir sebuah sekolah
Usaha didik anak watan
Hauskan pengetahuan
Dengan penuh dedikasi
Semua ilmu diselami
Semangat jati membela bangsa
Itu harapan kami
Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
Kau harapan bangsa
Pengetahuan suluh kemajuan
Pegangan kami semua
Masa terus berganti masa
Teguh berdiri megah
Segala ilmu kau curah, akan tetap dikenang......

SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!!!

P/S : Tak lupa gak sekolah menengah..tapi kang panjang lak entry ni...heheh

Sunday, May 15, 2011

Sebelum dan Sesudah


Sebelum remaja di belai ibu-bapa
Di beri apa yang diminta
Sesudah remaja dia kenal dunia
Tak nak ikut cakap ibubapa

Sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan MC saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sesudah dapat gaji
Duit habis dijoli
Duit habis dijoli
Di sana sini

Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Kata ke pejabat
Rupanya dia ligat
Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat....


Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang


Sebelum dapat susah
Dia tak ingat beribadah
Nak sedekah amal jariah
Sesudah dapat susah
Baru nak cari sejadah

Begitulah lazim sifat manusia
Hanya ingat Tuhan bila
Di dalam kesusahan
Elakkan diri dari bersifat demikian
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan....

 
Hahahahaa...sesekali dengar lagu dan lirik serta lakonan semula senario ni memang inilah SENARIO didunia ni sebenarnya....;D

Monday, May 2, 2011

~ Suka dengar cakap orang ~

Tentang topik suka dengar cakap orang ni, teringat aku pada satu kisah tentang anak dan ayah sedang menunggang unta.
Al-kisahnya lebih kurang macam ni...

Pada suatu hari berjalan lah si ayah dan anaknya dengan menunggang seekor unta untuk pergi ke suatu tempat, dalam perjalanan tu, si ayah menyuruh anaknya naik keatas unta dan si ayahnya berjalan pelahan-lahan..lalu ada seorang yang kebetulan lalu disitu, orang itu pun berkata, " apa la punya anak, biar ayah engkau berjalan dan engkau senang-senang duduk diatas unta" dengar kata-kata orang itu, si anak ini pun berfikir, betul juga kata-kata orang itu, tak patut aku membarkan ayah aku merjalan, diakan ayah ku, lalu si anak ni pun turun dari unta dan menyuruh ayahnya pula naik unta itu.

Mereka pun meneruskan perjalanan...tak lama lepas itu datang lagi seorang pemuda, kebetulan juga mengunankan jalan yang sama. lalu pemuda ini pun berkata " Apala punya ayah, biar anak berjalan dan ayahnya senang-senang duduk di atas unta" Lalu si ayahnya pun berfikir, betul juga kata pemuda itu. aku ni ayah, tak patut aku biarkan anak aku berjalan. lalu si ayah tadi membuat keputusan dan menyuruh anaknya naik bersamanya di atas unta lalu berjalanlah mereka.

Dalam perjalanan itu pula, ada seorang yang sedang perhatikan mereka. lalu orang itu pun bersuara " Apalah ayah dangan anak ini, tak kesian ke pada unta itu, sebab untanya terpaksa memikul bebanan yang lebih"
 jadi si anak dan ayahnya pun tadi turunlah dari unta itu.


Moral of the story
Begitulah jadinya kalau kita mudah sangat ikut cakap orang, semua orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza, tak semestinya semua kata-kata orang boleh kita ambil bulat-bulat tanpa kita berfikir dengan logiknya. Jika kita suka sangat dengar apa orang cakap, maka kita tak tahu apa yang kita buat dan nak buat. Jangan biarkan orang lain yang tentukan perjalanan hidup kita, kita kan ada akal fikiran yang Tuhan anugerahkan kepada kita untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk..mana kawan dan mana lawan, j
adi berfikirlah sendiri dan jika keputusan itu yang kita rasa betul, itulah yang kita perlu ikut dan lakukan dan jika keputusan itu kita rasa tak betul, pandai-pandai lah kita menolaknya..
Semuanya kerana Allah s.w.t...dan mungkin ada hikmah disebaliknya allahuallam....
 
 
P/S : Dek kerana panahan Mahajalawak, sanggup amik astro tambah mustika...LOL
and this evening to Putrajaya at my uncle house, for biz iman detox with boy iman...
Good Luck!!!