Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day!!



“ Bangun Nor! dah pukul 6.30 dah ni, sembahyang dan mandi cepat... nanti kena tinggal dek cik bibah nanti kang..!!” kedengaran suara mak aku membebel di pagi hari, walaupun waktu di jam sebenarnya baru pukul 5:30 pagi.  :cool:
“ Alah mak ni..pepagi bising je..tak elok tau...malas ar nak mandi..nak baring-baring jap.."

" Ko tu kalau mandi air pun tak bunyi ntah apa ko cuci...bla..blaa..blaa.. "

Nor atau Nonor memang nama ringkas aku kat umah. Memulakan hari-hari biasa sebagai murid di sekolah rendah cukup membosankan, awalnya nak kena bangun, lagi-lagi hari isnin sebab ada perhimpunan. Lepas mengeliat dan dijerit beberapa kali, aku pantas mencapai tuala dengan mata separuh terbuka.. Menggagahkan diri untuk mandi..

Huh tu lah dialog aku ngan mak aku setiap hari isnin-jumaat...lepas brakfast je kompem kena baca sifir depan dia..tak kira ar sifir apa pun..katakan hari ini sifir 8 esok sifir 5 pulak..giler lah..dah lah aku tak minat matematik..memang itu lah routine mak aku setiap pagi kalau aku dan adik aku nak pi sekolah, katanya bagi otak aku bergerak sambil memberikan buah kismis sebagai bekalan bila nak kuar rumah..mak..makkk... T_T

Nasib baik ar umah aku dengan driver yang akan hantar kami kesekolah cuma belakang rumah..so kalau terlambat pun boleh jerit kekuat...
" Cik Bibahhhhh...tunggu saya sekejapppppp...;D

Ini lah rupa sekolah aku sekarang...dulu tempat ni dia buat perhimpunan sekolah...
rindunyerrrrrrrrrrrrrr......T_T

Imbas kembali, 1993 – Selepas tamat tadika ( pra-sekolah ) di Tadika kemas Johor, aku memulakan sesi sekolah rendah pertama di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam ( SKSR ). Sekolah ni sekolah rendah tertua kat kawasan aku bermastautin. Ditubuhkan pada tahun 1946,sebelum merdeka lagi sekolah ini dulu asalnya sekolah atap rumbia yang beralaskan tanah tempat anak tempatan menimba ilmu. Bila diceritakan sejarah sekolah ini bermula,fikiran aku ligat membayangkan suasana SKSR tahun 1946 dah berharap jika aku boleh melihat zaman itu di depan mata. Tahun 1993, kelas aku masih lagi bangunan separuh batu dan kayu, tingkap masih lagi tingkap kayu dan bukannya cermin dan meja belajar pun meja kayu tidak seperti sekarang kebanyakan meja plastik. 1993... aku memulakan sesi pembelajaran sebagai murid darjah 1.

Kisah 1 : Kelas

Masa aku Darjah 1 - 4, nama kelas-kelas kat SKSR ni menggunakan nama bunga. Mawar,Kenanga,Melor,Teratai dan lain-lain. Jujurnya aku blur dengan nama-nama bunga ni..sebab macam serabut..apa taknya pepagi dah kena hafal sifir tambah pulak masuk sekolah nak ingat nama kelas pun payah..dan payah nak ingat kelas mana dan susunan kelas. Naik darjah 5, semua nama kelas ditukar mengikut ejaan SIMPANG R yang bermaksud Setia, Inovatif, Mulia, Progresif, Amanah, Nadwah, Gemilang dan Rahmat. Agak-agak aku kat kelas mana? hahaha..kalau masa darjah 1-4 aku kelas yg ke 6 dari 9 kelas..banyak ooo..bila nama dah tukar SIMPANG R..aku kelas yang ke 3 iaitu MELOR dari 9 kelas gak kalau tak silap....hah..masa ini aku sekelas dengan ita..dengan dia aku duduk semeja..kalau matematik aku lemah aku banyak refer kat dia..dia ni memang happening je memanjang..kena plak aku ni kaki gelak... * biasalah kawan gelak je ramai..kawan untuk bersedih? *

Masih lagi tersimpan rapi gambar-gambar persekolah aku..salah satunya pic ni masa aku darjah 6 Melor dengan Ezlya @ ita, zaman persekolah yang totally tak akan sama dengan zaman realitinya ini.......................................
Harapan aku cuma satu..jangan mudah melupakan perkara yang manis sekiranya terasa pahit...

Kisah 2 : Guru-guru

Bila ingat balik cikgu-cikgu, tak ramai yang masih dalam memori aku. Cikgu Hasnah,Cikgu Nurul,Cikgu Yusop,Cikgu Nakiah,Cikgu Anita, Cikgu Azizah, Cikgu Caroline Aine, Cikgu Faridah, Teacher Mahani ( dia ajar English,kitorang panggil teacher ), cikgu ni cikgu paling class bab berpakaian... pakai gincu merah mmg meletops ar.... terima kasih cikgu atas didikan mereka sebagai guru, walaupun saya belajar tak sampai kebulan, * walaupun muka sya org kata dah sampai bulan :D * menggapai bintang pun sya amat bersyukur...segala pengalaman saya adalah pengajaran berharga buat masa depan yg tidak ternilai yg tidak boleh di copy&paste, ;D

Kisah 3 : Bagai digigit serangga

BCG Vaccination dan check gigi...ini fenomena yang membawa mimpi hitam bagi seorang murid sekolah rendah macam aku, bila tiba waktu semua kena inject dengan BCG dan juga check gigi, macam-macam ragam ada....TAPI aku paling FOBIA dengan doctor gigi ar..mana tak nya..garang yang teramat ok? dah lah takut nak check gigi, ni bila masuk je klinik yang disediakan disekolah tu doctor tu pandang semacam jek..bila buka mulut nak check dia pun buka mulut dia membebel...bila dia cuci gigi aku ya allahhh...bukan cuci elok-elok..sakit oooo..macam nak bunuh orang ar..serius aku tak tipu...80% budak kat sekolah aku tu aku rasa memang memasing kalau boleh tak nak jumpa doctor gigi tu..ooppss lupe..doctor perempuan.. =( percaya atau tidak memory tu aku masih ingat lagi dia tonyoh mulut aku guna berus gigi..SERIUS!! kalau time tu aku ada akal lagi, lama dah aku saman doctor tu...T_T


 Kenangan cikgu-cikgu..
Banyak kenangan sekolah rendah kalau nak diungkap balik, tak cukup hanya satu entri. Yang terakhir, ini lagu sekolah rendah aku dulu. Setiap hari selama 6 tahun menyanyikan lagu ni, dan sekarang pun aku masih ingat lagi macamana nak nyanyikan lagu ini...

1946 lahir sebuah sekolah
Usaha didik anak watan
Hauskan pengetahuan
Dengan penuh dedikasi
Semua ilmu diselami
Semangat jati membela bangsa
Itu harapan kami
Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
Kau harapan bangsa
Pengetahuan suluh kemajuan
Pegangan kami semua
Masa terus berganti masa
Teguh berdiri megah
Segala ilmu kau curah, akan tetap dikenang......

SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!!!

P/S : Tak lupa gak sekolah menengah..tapi kang panjang lak entry ni...heheh

No comments: