Wednesday, June 12, 2013

- Novel Teduhan Kasih -


Holla semua!! nampaknyer lepas ni sebulan sekali je lah aku menghupdet entry kat blog ni...ada jugak lah beberapa idea yang nak dikongsikan bersama tapi masa agak terbatas untuk menghupdet kat blog ni, apa-pun sekarang ni mesti ramai yang terpaku kat TV3 setiap jam 0700 malam dari isnin hingga khamis gara-gara drama teduhan kasih kan?

Tak terkecuali aku ler apa lagi kan, dek kadang tu rasa cam setengah jam iklan kat TV tu dari drama yang disiarkan membuatkan mak jemah tak tahan nak membaca novel nya, bila dah dapat novelnya in my hand apa lagi, baca non stop ko!!, sampai 10 jam diperuntukkan membaca..memang keja gila dah lama tak baca novel kan..sampai laki suggest aku pi belajar buat novel kalau teringin jadi novelis..hahaha..apapun dapat aku rumuskan kat sini bahawasanya memang berbeza bila baca novel dan menonton drama...!!

Bila baca novel feeling kita lebih pada berimaginasi tapi bila tonton drama kita dapat saksikan kehebatan watak yang dibawakan..tapi memang sukar nak membawa watak lakonan tur...tapi watak antogonis dalam drama selalunya lebih berkesan dari watak baik2 ni kan...kecuali jika watak baik tu kena dengan memek muka dan pandai memainkan watak tersebut.

Ok lah, kalau nak tahu lebih lanjut cerita teduhan kasih ni tonton lah sampai khatam, kalau gelojoh cam aku ni baik beli je novel atau pinjam kat rakan-rakan yang dah bertahun layan novel ni sampai khatam..
apapun hidup ni setiap masalah dan ujian pasti ada hikmah dan senyuman disebalik tangisan...;-)


P/s : Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan bagi padaku sekali lagi...anugerah ilahi itu indah!! ;-)

No comments: