Sunday, July 7, 2013

♥ Bila diri disayangi ♥



Hollaaaa semuaaaa...chakkkkk!! tetiba jam 04:00 pagi ni mood nak memblog..jejari runcing miang nak updated blog yang terusang lagi berusang..

Ok memula je dah tunjuk gambar makan kan? motif? actually my bestfriend si Aminor ni kalau bab makan atau kalau dia masak tak kira apa masakkan pun pasti akan whatsup aku jemput datang rumah..tapi disebabkan hari ni aku shift malam, aku laki bini tak perasan inbox dia...tapiiiii...seorang SAHABAT yang aku anggap seperti adik * sebab takde adik lelaki * sanggup datang ke office pepagi buta jam 03:00am menghantar makanan kepada mak buyung ni!! tak terkata apa2 lagi dah!! terharuuuu!!


Ok, menu dia NASI AYAM MADU...sedappppp...rasa nasi yang gebu, sup panas2..tapi buah cherry tu laki aku yang beli dan bawa dari rumah..since aku pregnant ni memang laki aku cukup jaga lah bab makan aku, buah sentiasa ada kat rumah...untuk 1 trimester ni dan lagi seminggu masuk 2 trimester ni aku memang asyik lapar jek..boleh dikatakan selepas 4-5 jam makan aku lapar balik, kalau lewat aku rasa nak muntah, lebih makan pun nak muntah, gosok gigi apa lagi...fffuhhhh...tapi inilah moment yang terindah kan? 

Ok, ko orang semua mesti nak tengok siapakah gerangan si bujang yang rajin masak dan handsome ni kan? ramai yang dok usha2 inbox2 dia kat FB bagai...moga adik aku sorang ni cepat lah naik pelamin, tapi katanya nak saving duit dulu sebelum minang anak dara orang..huh bagus tur..!!! 
Ini lah orangnyer...!!
-
-
-
-
-
-
-


En Aminor kita...


Kini aku punya sahabat yang prihatin, hormat dan menyangi rakan-rakannya...gambar atas tu kawan-kawan aku gak, sebab dah berapa kali turun KL, sahabat aminor dari dia zaman sekolah lagi..
Rindu ar kat Cik Liza..hehe

Motif arini, aku feeling great, feeling dihargai, feeling diri disayangi oleh teman-teman, sahabat terdekat dan family...next entry aku akan corat-coret moment semasa mengandung ni ok? ada pengalaman pahit sedih tau yang aku nak share dengan ko orang..tapi nanti-nantilah kan..over plak..;-)

Cuma aku tak sabar nak terbang tinggi lagi...kemungkinan besar pun mak jemah ni boleh terbang tinggi lagi sebelum akhir tahun 2014 coz now dok usha tiket dan pakej yang terbaik..sebabnya inshaallah kali ni terbang tinggi yang memakan masa 8 jam dalam perut kapal terbang..harap semuanya berjalan lancar!! trip yang aku selalu angan2 kan...si Aminor pun sibuk buat research..dan paling important saving beb...trip kali ni beriban gak ni..tapi disebabkan kami laki bini tak berpeluang honeymoon jejauh selepas kahwin aritu dek kekangan cuti serta tak lama lepas tu aku disahkan pregnant kemudian keguguran..dan kini pregnant lagi..jadi segala benda tertangguh..tapi hikmahnyaaaaaa....boleh jalan lagi jauhhhh...inshaallah amin!!! ;-)

See u next entry with my pregnancy moment  ;-)

No comments: