Thursday, May 9, 2013

* Makanan mewah dahulu kala *


Hello semua...wahhh..memang bersarang lah blog aku ni sebulan lebih dah tak menaip ni..apa khabar semua? hari ni mak jemah nak masuk segmen masak-memasak lah...haha almaklumlah sejar bergelar isteri orang ni dah rajin search macam-macam menu kat internet terutama sekali lauk pauk masakkan kampung, coz laki mak jemah suka makan makanan kampung yang simple je katanya, lain lah tekak aku ni, segala benda takde hal.

Dipetang yang hening disimbah hujan dan petir dentam berdentum, aku dok kalut fikir lauk apa lah nak masak hari ni ek? selak dalam peti apa yang ada then search kat internet lauk apa yang simple ni ek? eeerrmmm...
lagi 4 jam laki nak balik dah dari kerja, so apalagi tekak pula teringin nak makan pumpkin lah...so jom masak-memasak.

Esok 10.05.2013 genap 6 bulan usia perkahwinan aku..see, kejap betul masa berlalu...so far alhamdulillah aku bahagia melayari bahtera merdeka..huk aloh..ayat kemain..hahaha..eeerrmm..macam-macam gak yang berlaku, ti aku updated lain entry lah ye? now aku nak bagi resepi simple aku masak petang tadi.

Untuk Makan laki bini ( 2 pax only ) ;-)

Bahan-bahannya : 

Pumpkin ( Labu ) dipotong dadu
Pucuk Manis lurutkan daunnya sahaja
( cuci dan ketepikan )

Bahan untuk ditumbuk :

1 1/2 Ulas bawang besar * tak kisah lah bawang apa pun *
3 ulas kecil bawang putih
ikan bilis
setangkai cili merah basah

Bahan sampingan :

kunyit hidup @ kunyit paket
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Cili merah dihiris serong
Secubit Garam
Secubit Gula


Cara-caranya :

Panaskan periuk masukkan sedikit minyak lalu masukkan 
bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan kunyit beserta 2 cawan santan dan 1 cawan air masak..selepas itu masukkan pumpkin ( labu ) gaul sebati dan tutup periuk sehingga pumpkin ( labu ) itu empuk, setelah empuk masukkan lah secubit garam dan gula sebagai penambah perasa, ikut citarasa masing-masing lah kan..akhir sekali masukkan cili merah yang dipotong serong tu dan masukkan sekali pucuk manis, biar mendidih setelah masak apa lagi makan ler...fuuuhhh..sedappp..!!


Dan hasilnya Ikan goreng, sambal cili tumbuk diperah limau dan Labu pucuk manis masak lemak kuning.


Pastu macam biasa lah angin rajin miang mak jemah nak gak upload kat FB,wechat and instagram and tak sangka bila time hujan je kalau upload gambar makanan confirm ramai yang lapar dan terliur akan mengomen..hahahaha..


15 orang akan like secara automatik ketika terliur...


Dan dekat 11 orang akan komen berulang ketika mereka benar-benar kelaparan apabila melihat gambar tersebut..hahahahahah

Ok see next entry..byee!! ;-)

No comments: