Tuesday, March 12, 2013

Behind The Scene " JUBAH HITAM "


Holla semuaaa!!! Wahh tanpa sedar kita dah nak masuk pertengahan bulan sudah...tak sabar menantikan ketibaan ramadhan * tetiba * ok tak nak bebel panjang-panjang, alhamdulillah dapat job ext act lagi dari Operaklasik production arahan Rashid Sibir, pengarah yang tegas tapi kelakar.

Kali ini kalau tak silap untuk drama dengan tajuk " JUBAH HITAM " 
so, just nak share a few pic je kat uolls, behind the scene lah apa lagi kan.
actually job act ni dapat waktu pagi, so balik je dari kerja malam tu terus mandi dan bersiap ke lokasi and call time masa tu jam 09:00am kat Dataran Prima  Gombak, sampai je lepak makan-makan, minum-minum, borak-borak dengan crew opera klasik kat kedai mamak dan dengan pelakon yang terlibat diantaranya kak Liza Abdullah, kak Noorkhairiah dan Abg Ezany.

Dekat Dataran Prima Gombak scene aku start jam 12 tengah hari ok? bayangkan waktu menunggu scene pukul berapa? ni lah harga kalau benar-benar nak jadi seorang pelakon terkenal * ewah tetiba * baru extra job aku dah mengantuk tahap cipan dek penangan kerja malam lor..lagi pun untuk tahun 2013 ni aku baru start balik lepas kahwin hari tu sonyap jap untuk 3 bulan, walaupun ada gak dapat SmS/FB inbox untuk ext act job ni masa kahwin dan selepas kahwin hari tu..aku terpaksa tolak..tolak dan tolak sebab berlanggar dengan jadual kerja * ewah komited * ;-)

So after crew wrap je shoot dalam kul 12:45 tengah hari semua crew produksi, pelakon dan talent makan tengah hari, so kami dibawa makan kat kedai Ayam Penyet, aku paling suka time makan lah apa lagi kan? sebab FREE tambah order jer..order..dan order..hahahaha, tak sedar makin bam..bam..
bam bam pun bersebab uolss..;-)
lepas lunch kami semua bertolak pula ke set penggambaran seterusnya di Romanza Le Restaurant belakang Victoria Station Jalan ampang,
untuk 3 scene selepas itu.
Ok lah kita layan gambar ok?
-
-
-

Sementara tunggu prop siap bagai, mak jemah sibuk memosing untuk menghilangkan ngantuk uollss..
3 scene yang memerlukan 3 baju aku bertukar-tukar..


Prop tengah standby...


Pose, tepi tu abang ezany while waiting our scene.


Saja nak bagi tahu abang yang baju putih tengah set kan lighting tu seorang crew produksi yang amatlah mesra alam dengan talent-talent yang baru belajar dari bawah macam kami ni..sempoii...siap promote hotel lagi, pasni aku boleh belanja makan buffet je..hahahah!!


Sambil shoot sambil ngap lagi..macam mana tu? makan memanjang aku..


With my partner for this shoot/scene...agak-agak macam sapa ek?heheh


With kak Noorkhairiah si jubah hitam...she so sempoiii...and ada sense of humor, kelakar dengan keletahnya.


With abg Ezanny tokeh belacan.



With other talent..mat salleh tu pun talent agency mana ntah, kelakar bila dia shoot berdialog cakap melayu..hahahahahahahah


Dengan talent yang gila-gila..


With abang crew operaklasik and my bestfriend yang hanya berjodoh kalau dalam bidang kesenian dan kebudayaan ni...hahahaha
tak sabar nak karaoke sesama ni...adoiii..


Ok fine, makan petang disediakan oleh pihak produksi dan aku sementara tunggu scene by scene makan..makan..dan makan...adoii..
tunggu lah uolss mak comeback pada tahun 2014 inshaallah dengan tubuh ala julia perez * tak perlu yang jauh nak lawan body ala kim kardashian * hahahahahaha LOL * poyos *


Ok wrap habis dalam pukul 5 lebih petang...kepala dah tak sabar ingat bantal kat rumah, tambahan hujan lak tur..cuma ada 3-4 jam untuk lelapkan mata dan kemudian masuk kerja balik kerana kerja asal menuntut aku kembali ke pangkal jalan...hahahaha tak dapatlah nak lepak karaoke makan-makan lagi dengan talent2 semua..:-( TQ to hubby yang hantar and ambil balik kerja dek penangan pening lalat bermula...eerrrmmm...

Ok more story, please stay tune with nonor..byeee!! ;-)

No comments: