Saturday, December 8, 2012

♥ REVIEW : Morocan / Arabic Engagement Theme ♥


## AMARAN : Sila bawa Popcorn atau makanan untuk feel the filem panjang arahan aku untuk majlis pertunangan kali ni..coz entry agak panjang..;D

Chak!! Holla semua...Wowowo..time flies so fast furious je aku rasa, coz tengah membilang hari untuk melangkah ke tahun 2013 uolss!! azam ko orang dah dapat achieve or not? Ok memang niat nak membebel kat setiap entry, tapi bila nak menaip tetiba otak jem...macam perlu ada feeling atau mood untuk menaip ** budget macam tulis novel ** LOL, Wokeh..Since aku dah kahwin ni, masa nak memblog ni macam dah malas dah, tapi bila review dan tengok ada follower yang bride 2 be untuk tahun ni dan tahun-tahun akan datang, so aku rasa better aku share lah sikit walau tak banyak untuk tips, idea and for tatapan ko orang Khasnya untuk bride to be in future lah wokeh? Why not? sharing is caring! ;D

Aku pilih tema MOROCAN / ARABIC for my engagement theme, so totally ala Arabic dan sedikit suntikan morocan. Aku pilih tema ni coz aku nak cuba sesuatu yang berbeza dan lain sikit dari yang lain, tapi tetap dengan konsep simple, sempoinya wajib ada!!
Aku amik bridal ni pun coz terpana dek idea beliau yang fresh coz salah seorang my blogger friend * kenal masa Rizalman Puteh Fashion show 2010 * telah bertunang dan menggunakan konsep dan bridal yang sama, walapun sama tapi tak lah serupa!!
 btw, lets start from the invitation until the end!!

INVITATION CARD / KAD JEMPUTAN


Invitation card ni totally D.I.Y ok? aku buat menggunakan daya kreativiti aku sendiri, dan mengutip ilham serba cikit kat you-tube and google lah mana lagi kan..budget buat ni tak sampai RM15.00 pun uolls, aku check google, cari image chandelier, copy paste pastu reka nama, tarikh, tema, alamat semua bawah chandelier tu, then Print dalam 1 paper tu untuk 4 keping kad, faham dok? then pi Jaya Jusco, beli Kertas keras warna hitam dalam 6 keping, kertas keras ni boleh buat 2 keping kad. Pastu beli manilakad warna Pink...then aku buat lah macam kad atas ni hasilnya...OK tak uolls? bagi aku murah, jimat dan VOUGE..hahaha ;D Ko orang pun boleh buat sendiri kalau nak jimat, kalau rasa lebih mampu uolls tempah lah kat kedai, tapi biasanya kedai charge mahal due invitation tak sampai seratus lebih...but ikut ko orang punya invitation lah ya? lagi pun aku invited just rakan terdekat sahaja lebih kurang 12 kad, coz of that lah aku just D.I.Y jek. 

FRESH FLOWER / BUNGA SEGAR

Aku beli bunga mawar putih, mawar merah and baby breath.

Wokeh, next Fresh flower pula, aku survey fresh flower yang murah ni sampai nak muntah lappy tengok aku rasanya...blogwalking ex-b2b punya blog, lastly aku pi kat area petaling street. Harga barang yang aku beli dan yang aku tanya kat apek kedai tu lebih kurang camni le range price nya, kalau nak bunga Rose takde net 1 bundle = RM 13 (20 kuntum, tapi harga ikut jenis bunga dan gred ), Baby breath 1 bundle = RM 15 ( bole gubah 5-6 dulang ), Bunga kecik2 (peacock white) 1 bundle = RM 9.50...lebih kurang halal lah harga dia..tips dari aku pula, esok nak tunang, hari ni baru aku beli bunga dan dalam kereta dah siap-siap bawa baldi dalam isi air sikit, bagi mengekalkan kesegaran untuk sampai ke KG ( perjalanan 3 jam lebih ) untuk diguna pakai for hantaran..apakah?haha..total amount aku borong bunga dan baby breath dekat RM100.00..bunga je uolls..kalau uolls memang  jenis pemalas nak menapak atau drive ke sana, try call number ni untuk membuat tempahan dan penghantaran or for more detail at :

Weng Hoa Flower Boutique Sdn. Bhd 1 Lorong Hang Lekir, Off Jalan Hang Lekir, (Jln Cecil) 50000, Kuala Lumpur
Landmark : Maybank, Hotel Malaya (kalo naik Putra LRT trun Pasar Seni)

Tel No.: +603-2032 5288
Waktu perniagaan : 10 pagi - 10 malam (if im not mistaken)
Waktu best : 8.00 mlm (kata orang time ni lori baru sampai nk turunkan bunga)

HENNA / UKIRAN INAI


Next, Henna...memula aku memang tak nak pakai coz kat tempat kerja aku tidak dibenarkan memakai inai melainkan jika nak berkahwin but my cousin said, why not try henna corak je kat tangan, then she bought me pelekat bercorak RM2.00 dan inai tak silap tak lebih RM5.00, kalau tak silap dia beli kat kedai india, apa lagi aku layankan jelah..janji murah dan cantik dipakai..;D

 HANTARAN / DOWRY

Ok bab hantaran ni, mak aku dah cakap awal-awal pada tunang aku masa tu bahawasanya beliau mahu hantaran balas berbalas ni buat sekali sahaja iaitu hanya waktu bertunang dan tak perlu masa kahwin coz mak aku kata membazir, tak ada masa nak layan hantaran ni, sebab mak aku sibuk, aku sibuk kerja, pastu kalau boleh pun tak nak menyusahkan side belah lelaki yang nak membawa hantaran berbalas ni selama 6-7 jam perjalanan ke rumah aku..sampai pun sireh dah layu..eermm..betul pun apa mak aku kata, aku suruh pakai sireh palsu katanya tak sesuai dan tak menarik...nasib aku jenis sempoi jek..janji semua berjalan dengan lancar.

So, for both side aku yang sediakan bekas hantaran, coz aku dan bakal akak ipar aku masa tu dah pun berbincang hal ni, so bila mereka sampai je rumah auntie aku semua dah tersedia, mereka just letak je hantaran kat bekas yang aku dah sediakan...belah lelaki aku gunakan bantal, semuanya total aku buat tak sampai pun RM100.00, semuanya aku D.I.Y guna kreativiti aku sendiri, tu pun rajin memblogwalking sampai nak muntah blog orang dek cara-cara membuat bantal hantaran ni..alhamdulillah akhirnya settle!! :D



Mak aku kata malas nak layan sebabnya aku guna fresh flower so benda nak buat semua last minit beb, baru fresh..Ok, my side 100% touch by my auntie punya creativity, my sis and my cousin tukang tolong apa yang patut..apapun aku suka..coz buat benda ni pun dari pagi sampai tengah hari, lagi 2 jam nak langsung pertunangan baru siap..thats why my mum said, kahwin tak payah buat semua ni..bersepah sana sini katanya..hahah..nak tempah kat orang mahal woooo...satu hantaran je makan ratus..kalau dah 9 hantaran tak keberiban? baik duit tu aku buat beli benda lain ye dok? nasiblah my family ni ramai yang kreatif..ewahhh ;D
Sponser besar untuk makan-makan and guest gift adalah mak bapak aku ler, coz memang dia orang nak sponser pun. Thousand TQ to my family too..;D



Ok, cerita bab hantaran belah lelaki, bekas hantaran tu totally idea aku gak, simple je aku buat, beli kapas, beli kain, beli bekas semua total tak sampai lebih kurang halal RM100.00 lah, bab ini 100% touch by aku punya jari-jemari hasil gabungan creativiti dan blogwalking skodeng blog b2b buat bantal as hantaran...hal ni masa tu dah bincang dengan bakal akak ipar aku gak..kemain suka dia, coz sampai je tinggal taruk je hantaran yang dibawa, bekas semua dah tersedia..lagi pun perjalanan jauh mereka membuatkan aku terpikir cara ini adalah the best way for me to assist and do it.

CANOPY / KHEMAH


Ok, next canopy / khemah makan ni totally aku serahkan pencarian kat auntie aku, so dia yang pi book semua, then baru dapat tahu canopy ni kakak kepada my bestie Shima, akak dia ada buat business canopy ni iaitu Arena Sawit Canopy..tak silap satu khemah RM350.00 included lampu dan kipas atas, bukan stand..100% aku berpuas hati dengan service dari Arena Sawit Canopy ni..tapi tidak masa aku kahwin due arena sawit ni fully booked aku book lain punya canopy..itu punya cerita entry kahwin punya lah aku story ok? :D

DRESS @ JUBAH


Then Jubah, Ok jubah ni aku tak beli ready made, tapi aku tempah kat Reen's Butik area wangsa walk. Aku beli kain plain kat jakel dalam 3 lebih ke 4 meter RM160.00, then aku tempah buat kat butik tu, RM150.00 untuk jubah kosong tanpa manik..then bila dah siap aku bawa balik rumah, lagi seminggu nak tunang ni..tengok tak cantik pula kosong, aku pun beli lah manik konon nak buat, peergghh mana masa aku nak konsisten menjahit dengan kerja lagi..arrghh..lastly pi balik butik tu suh mereka jahitkan manik..nak tahu berapa pula kena cas? RM200.00 for jahit manik kat leher yang manik aku sendiri provided wokeh? Pejam mata je lah..total sehelai jubah tunang kononnya bertema arabic ni cecah RM550.00..** dalam hati baik aku tempah kat Man Kajang terus ** seriously baju nikah aku buat dan reka pun boleh jimat RM450.00 uolls..takpelah..dah basi, tapi cantik gak! the story akan aku share kat entry nikah.

ENGAGEMENT MINI DAIS / MAKE UP




Dipendekkan cerita aku buat appointment dengan dia di JB, nasib baik ar coz bridal ni dari Johor..so, senang ar sikit nak berurusan.
Nama owner ni As, seorang yang simple and low profile, ibu muda wokeh, baru 25 tahun sebaya adik aku..but dah mampu ada bridal sendiri..* Jeles sekejap * ;( nama butik dia adalah Wedding Disire Jula Juli..yup..pelik sikit nama bridal ni tapi memang meletops lah hasil creativiti dia pada pandangan mata aku. ** Go to FB just type this bridal and you may check her creativity touch **

Ikutkan aku nak make up mata dan konsep ala Cleopatra!! TAPI matilah kalau mak aku tahu kerja gila lah nak buat make up macam tur..so decide simple je lah...hahaha..apapun totally aku berpuas hati dengan bridal ni dari aku bertunang sampai lah aku berkahwin..100% kurang lebih halal puas hati! :D total for makeup & mini dais ni Rm1300.00 included transport + hotel.

JOM LAYAN A FEW PHOTO'S :-

With my lovely mum!!


With my sis in law ( skang dah akak ipor ler )



With my sis in law, my mum and yang pakai tudung hitam itu lah my mum in law..( skang dah mak mertua lor )


With my lovely cousin and my bestie..love uolls.


Yang ini ler yang suka melekat dengan aku..sapa lagi kau bukan firzanah a.k.a bedah bedu..;D

With my lovely sister!

Yours trully..:D eerrmm...dah lah tur!! dah lepas pun..So to b2b from JB and Singapore Khasnya jika ada yang blogwalking dan terjumpa blog aku ni..try lah bridal yang aku advertise ni..WEDDING DISIRE JULA JULI, Johor Bahru.just go to FB and type this name you may found this owner FB...!! Untuk yang akan bertunang, atau berkahwin..my advice is preparation are most important..do the best for your big day!! byeee..stay tuned with next entry...;D


P/S : Sekejap je masa berlalu..dah dekat sebulan dah perkahwinan ku..moga semuanya kekal hingga hujung nyawa..amin!


No comments: