Thursday, July 12, 2012

Behind the scene - DARJAT -

Holla July!!! Holla everybody!! Syukur alhamdulillah masih lagi kita bernafas untuk meneruskan perjuangan kehidupan...Ok, alhamdulillah juga rezeki datang lagi selepas hanya extra untuk Drama Rock Kapak, yang telah pun keudara di Astro Warna, TQ so much to my sifu cik baby saya ( Zeela ) yang memberikan peluang dan pendedahan for all extra acting job yang aku dapat, walaupun pada asalnya hanya suka-suka..tapi bila difikirkan balik ok ler dari tak buat apa-apa diwaktu senggang atleast dapat gak lah menambahkan duit poket kan? selain cuba mencungkil bakat apa yang ada pada diri ni,
 ** walaupun tak berapa nak berbakat **
walaupun pada permulaannya bermula dengan extra-extra, tapi mana lah tahu kan, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada sapa yang tahu, tapi takde lah aku serius sangat kan..cari duit lebih kata orang..;D apa pun enjoy je lah behind the scene extra job act aku kali ni dengan tajuk DARJAT, kalau tak silap aku akan keluar di Slot Azalea di TV3 akan datang..tak sure bila..
apa pun layan je lah gambar tak seberapa ni..;D

Make Up time!!

Bak kata Aminor Light, Camera & Action!!
haha..dia asyik ingat steven spielberg jek!! ;D

Warga crew Primeworks Studio!!

With Ika AF6 sebagai Karina dalam DARJAT.

Sementara tunggu prop setting bagai, kami pose sebentar..;D

With kak Ed, kalau ko orang perasan dia ni lah yang pengsan masa try luck for ON AIR Pak Nil..errmm..dalam drama ni kak ed pegang watak cikgu,
 nampak lah sesuai jadi cikgu chef pastry..;D




Take a break!!

Makan dulu...FOC b'fast, lunch and hi-tea..


Time ni tukar baju untuk shoot balik kerja ko!! hahaha
Ok lah itu sahaja yang dapat share ngan ko orang, actually kan teringin gak nak try teater..kalau ada rezeki lah kan...teringin gak nak bawa watak-watak ala-ala dalam hotel mania tur, sebab aku boleh sangat bawa watak-watak yang biasa aku tengok hari-hari dan jenis lapisan manusia dalam hotelier ni..yelah kan, alang-alang drama depan bos, baik drama yang memang dapat duit dari dapat dosa kering..tak gitu? ;D ** Poyos dah ni **

Peace No Gediks!! ;D

No comments: