Saturday, June 23, 2012

- APA ITU ERTI KAWAN? -

Holla there, hari ni aku punya emo sikit touching dengan rakan-rakan sekeliling, * biasa ar mood pompuan * ntah ek, ada orang cakap siapa yang berkawan dengan aku ni tak akan kekal lama, dan macam-macam ar..biasa ar mulut longkangkan? kalau bagi pencuci tandas sesuai kot..aku saja nak tanya ko orang rasakan selain hari guru, hari ibu bapa, hari kekasih..ada tak hari SAHABAT atau hari rakan karib ek? hihi..mula lah berimaginasi...Ok, ada ke tak de ke aku peduli apo...yang penting hari ni aku nak bagi complimentary wish TQ so much kat rakan karib * yang aku kira so far memang karib lah * sebabnya mereka-mereka ini dari sudut penilaian aku seseorang yang boleh get long lah dengan aku, sebab kenapa ek? nak tahu sebab-sebabnya..sila lihat profile tentang mereka satu persatu ya? itulah ciri-ciri mereka yang boleh get long dengan aku..insyaallah untuk dulu, kini, dan selamanya..amin..TQ!! 

Noornerina ( Nery )



Ok, ini lah my bestie Nery, lahir pada Feb/02/1985, tua setahun dari aku jek, aku kenal dia ni pun tahun 2006 masa tu aku jadi minah kilang kat panasonic, dan melalui kawan aku si Mai ( tp dah lost contact ngan mai ni ) masa aku keja kat panasonic ni aku tengah cari rumah yang near by dengan airport senai dan kilang panasonic ni, akhirnya aku duduk serumah dengan Mai, dan Nery ni, disitulah titik permulaan aku mengenali insan bernama cik Nery, actually dia bukan satu tempat kerja cuma kami duduk serumah jek...masa kenal cik Nery ni dia dah berpunya cuma belum bertunang jek.

Sepanjang mengenali cik Nery ni...aku suka cara simple, sempoi dan cara dia membawa diri dia..aku suka tengok dia bila dia balik kerja mesti dia akan keluarkan duit syiling dari beg dan masuk kan duit dalam tabung untuk saving katanya, seorang yang happy go lucky, seorang yang boleh dibawa berbincang, tidak pandai berboros, orangnya merendah diri, tak riak, dan tak pernah cerita meninggi diri, apa yang ada pada diri dia..itulah dia..tak pernah cemburu sekiranya kawan sekeliling dia lebih dari dia, bila kawan-kawan ada masalah aku tengok dia lah banyak bagi nasihat yang membina bukan mengkritik...!! SIMPLE..tak pernah sibuk bercerita tentang hal orang itu dan ini...malah sepanjang berkawan dengan dia ni memang SEMPOI dan SIMPLE, memang kena dengan jiwa aku..

Hidup dia pun simple jek, actually dia lah idola aku masa keja kilang dulu, sebabnya, masa kenal dia aku tengok dia hidup tak boros, takde berbangga dengan membeli barang yang tak berguna, kalau rakan lain sibuk tayang baju baru, seluar dalam baru, coli baru, make up dan handbag bermacam brand, dan bercerita makan kat restaurant mewah, hotel mewah, BF anak orang kaya bagai..tapi dia aku lihat hanya tersenyum..dan berkata Oklah..untunglah tu..tak pernah lepas tu dia dok mengutuk rakan-rakan yang berlagak dengan pelbagai kerenah masa tu.

Aku lagi suka tengok dia mampu beli kereta hasil titik peluh dia, bila dia keluar dating dengan BF dia * sekarang dah suami dia * dia akan beritahu kawan-kawan serumah yang dia pergi dating..dan tak pernah aku tengok dia balik lewat malam...sedangkan yang lain...eerrmmm..macam-macam karenah..dan bab makan pula tak pernah kedekut, bila hari ahad je kami akan ke pasar malam beli makanan, malam pula makanan yang dibeli dipasar malam kita orang akan makan sambil layan DVD cerita hantu..hahaha..memory yang tak mampu tuk aku ulangi..

Rasa ralat dihati bila hari bersejarah dia aku tak dapat pergi sebab masa tu aku dah berada di KL...tapi apa yang membuatkan aku terharu majlis aku bertunang tempoh hari kad yang aku hantar tak sampai kerumah dia, tapi dia sanggup drive cari rumah aku untuk hadirkan diri...memang aku sangat terharu...T_T..terima kasih kawan...

SIMPLE jek, dia lah rakan yang aku rasa tak pernah menyibuk hal peribadi aku, hal dia pun aku tak pernah sibuk...itulah resepi aku boleh get long dengan dia..semudah A,B,C sebab dia pun tak pernah dok cerita hal orang itu ini..kini dia dah berkahwin cuma belum mempunyai anak lagi..so aku doakan moga beliau cepat punya anak dan bahagia hingga hujung nyawa amin!!

MS AMY


Aku kenal dia ni pun masa aku belajar dikolej ticketing and tourism tahun 2005 kalau tak silap..dia adalah lecturer aku dalam bahagian matematik...lahir pada April/04/1983, mempunyai visi dan misi dalam kehidupan, dia ni agak lasak sikit, seorang yang tegas, muka garang tapi still mantain ayu and humble..masa kenal dia tak pakai tudung lagi, single lagi masa tur..dia pun simple, sempoi tapi ada class...seorang yang berusaha untuk mendapat kan apa yang dihajati, tak pernah sibuk hal peribadi aku gak, dan selalu menasihati aku untuk maju dalam kehidupan..!! dia jadi diri dia dan tak hipokrit!! seorang yang gila-gila dan apa yang dia tak suka dia akan cakap..!! 

Aku makin rapat dengan dia sebab dia kata aku seorang yang kelakar, kami sekepala kalau bab enjoy-enjoy katak ni..hahah paling aku tak boleh lupa dia ajak aku jumpa dia kat KL Central makan-makan..pastu jumpa BF dia dan yang paling kelakar, dia tak bagi aku panggil dia dengan nama MS AMY, panggil dia Amy or mie jek..hahahaha..konon-konon cover ar bukan student dia..hahaha sejak itu aku memang get long dengan dia, sampaikan number telepon kita orang tukar berapa kali pun still tak akan lost contact!!

Now dia bekerja di MAS, bukan lecturer lagi...gila nak jadi lecturer tapi enjoy katak...hahahaah!! sudah berkahwin dan punya seorang anak yang comel..aku doakan dia bahagia hingga hujung nyawa amin!!

YANIE


Wokeh..ini cik Yanie, hot mama..hot model..lahir bulan FEB jugak on 11...kenal sebab dulu satu tempat kerja..now dia dah kerja tempat lain..wokeh dengan dia ni seorang yang gila-gila, happy go lucky, dan dia suka buat hal dia sendiri, rock sikit orangnyer tapi maintain cun...tak pernah nak sibuk hal orang lain, tapi akan berapi kalau orang dok sibuk hal dia, simple tapi punya class yang tersendiri..tak hipokrit, tegas, dan dia akan sound direct kalau orang dok perli dia atau apa jelah kat diri dia...nak cool kan dia senang je..mohon maaf jek kalau tersalah silap dan kata..insyaallah dia akan maafkan..actually dia seorang yang baik hati..simple dan memang tak menyibuk hal orang lah senang citer dia dengan dunia dia jek..!!

Seorang yang ambil berat tentang rakan yang dia rasa patut amik berat, kadang-kadang bila aku diam tak sms, dia akan tanya, heyy ko ok tak? kalau ada masalah bagi tahu jangan diam rendahkan diri kau..hiburkan hati kau kat aku..itulah ayatnya..seorang yang rajin memberi kata perangsang dan semangat kat aku..kadang-kadang buat aku terharu..TQ yanie..kalau ada kekurangan atau orang dok kata pasal aku..pasti dia akan menasihati aku dan memberi semangat..tak pernah dia dok simpulkan apa yang orang kata pasal aku kat dia..SIMPLE!! sebab tu aku pun boleh get long dengan orang macam ni..sudah berkahwin dan mempunyai hero permata hati..aku juga doakan beliau semoga happy dan kekal bahagia bersama suami dia hingga hujung nyawa..amin!!

ZEELA RUSLEE ( AMOI a.ka BABY )


Ok yang ini Cik Zeela atau aku lebih senang panggil dia Amoi, dia lahir on Oct/10/1985...aku kenal dia ni zaman sekolah lagi kat jb..dia ni adik kepada penyanyi/pelakon Maya Matahari ( Mya Matahari ) now dia pun seorang actress di bawah satu agent under M.I.G. Beliau seorang yang simple tapi seperti rakan karib diatas juga punya citarasa dan class yang tersendiri...seorang pencinta akan kecantikkan , simple, humble dan tak sibukkan hal orang lain..dia dengan dunia dia jek..aku makin rapat dengan dia since jumpa kat FB dan now masing-masing dah duduk KL sebab tu senang nak jumpa.

Dia seorang yang amik berat dengan hal perihal tubuh aku, dari bab muka sampai lah kekaki, kalau aku cakap nak makan mesti siap-siap akan bagitahu jangan makan ini dan itu..malam makan jangan ini dan itu.....now senang citer dah jadi imej consultant dah kat aku, dia tak suka kawan dia ni dikata muka cam bulan lah apa lah kan, * ditujukan kawan kerja yang dok kata aku macam tu * so now aku dah pakai satu product dari akak dia..still on proses...jadi model jap ler..hahaha. Aku senang nak luahkan problema hal perihal senario tempat aku bekerja ni dengan dia..sebab dia memahami aku serta memberi nasihat yang bernas malah tak sibuk hal perihal peribadi aku..!! takdelah dok citer hal perihal orang lain gak, tapi dengan dia bab berusaha menjadi seorang yang menarik, cantik dan tertarik tu perlu ada!!...hahaahaha..SIMPLE!! tak pernah bangga ada kakak artis ke apa ke, hidup pun sempoi jek walaupun mampu pakai barang macam-macam brand, takdelah bangga diri tak tentu pasal.

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai puteri yang comel..aku wish sama gak kat beliau semoga happy dan bahagia dengan family beliau dan kekal hingga hujung nyawa!! amin!

MORAL OF THE STORY or CONCLUSION 

Ok, itulah ceritanya..Aku berharap mereka juga mendoakan yang terbaik untuk aku..Itulah dia..ciri-ciri rakan-rakan yang rapat dan agak rapat dengan aku..mudah je resepinya..tak perlu hipokrit, kalau tak suka just jujur face to face tak perlu kata belakang dan tikam belakang...mereka tak pernah bangga dan menunjuk-nunjuk dengan aku..malah membantu aku jika aku ada kekurangan begitu juga sebaliknya dengan aku terhadap mereka..dan aku boleh get long dengan orang macam ni sebab tak de sibuk hal perihal peribadi masing-masing, takde cemburu antara satu sama lain..be positif, jika rakan kita orang kata, kita bertanya mereka secara baik, jika rakan kita salah kita tegur secara baik..tak perlu assume rakan baik dengan pandangan yang negatif, jika ada masalah pun cukuplah memberi semangat dan kata-kata membina dah mencukupi..serta tak mengambil kesempatan terhadap kebaikkan ataupun keburukan rakan..itu yang aku mahukan untuk seorang kawan..simple, sempoi..betul tak? dan jenis aku pula kalau aku rasa tak boleh blah dengan mulut dan tingkah perilaku seseorang itu, aku rela undur diri dari berkawan dengan orang seperti itu..tidak kira peringkat umur seseorang itu atau jawatan kerja atau atas siapakah beliau sekalipun..simple, tak perlu cakap banyak..!!

Sekian terima kasih..diharapkan selepas ini tiada persoalan kenapa aku tak ramai kawan..jawapannya kat ko orang yang sibuk hal aku..!!

kerana AKU BUKAN ARTIS!! ;D



UNTUK RAKAN DILUAR SANA SILA BACA INI : 

Bukannya senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik...

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pern
ah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya,

..............................................................................................................

Not easy to find good friends ...
It's not easy also want to become good friends ...

Good friends never gossip behind his good friend.
Good friends never jealous of the success of his best friend.
Instead of good friends the most help her best friend to achieve success.

Good friends never affects his best friend for doing what is bad and useless.
Good friends are people who often advises her best friend to do the right thing.

Good friends are the first people to find when it comes sad or happy.
Our good friend become a place to express feelings that can not be expressed to the common friends.

Good friend best friend I never forced to remain within his side.
Good friends never forbid her best friend to be friends with good friends.
Good friends never jealous when her best friend had many good friends, because friends are good to know what is best for her best friend.

Good friends will always pray for prosperity and happiness of his best friend in the world and the next in his prayer.

We are good friends if we understand that our good friend not perfect. We are good friends if we become good friends to our good friend.

We are not good friends if we do not appreciate our good friend, as good friends will always appreciate his good friend.

We are not good friends if we are not told what is right to our good friend, as good friends will always deliver good things to his best friend.....




Credit to cintadearhoney...

No comments: