Saturday, June 16, 2012

Tudung @ Hijab


Holla there, sihat kah semuanya? masih berfikiran positif untuk setiap hari tak? atau senantiasa iri hati dengan rakan-rakan ditempat kerja? sekolah? atau jiran sebelah menyebelah? jangan begitu ya? jangan iri hati sangat dengan rakan-rakan yang anda rasa semuanya ada itu dan ini..biarkanlah mereka, sepatutnya kita juga patut menumpang gembira, bukan diam-diam iri hati, kemudian cerita itu ini, tapi dalam diam blogwalking skodeng blog aku ni sebagai rujukan nak travel ikut macam aku pula gamaknya..hahhahah..siannnyerr dia ( ditujukan untuk orang terasa ) aku ni masih lagi kategori sharing and caring kalau tak buat pe lah nak buat blog ni ye tak? mana yang baik akan aku kongsi kan bersama..eh..eh..lari tajuk lah..intro lari..aku nak cerita sikit pasal tudung dan hijab lah..moh story..

Ok, actually dalam keluarga aku only mak, and adik yang bertudung, aku yang still free hair, aku tahu bab bertudung ni memang isu sensitif, so tak nak terlalu detail metail, so aku ringkaskan cerita aku sebenarnya nak mencari tudung yang sesuai untuk wajah bulat aku ni untuk majlis aku nanti, so pada kawan-kawan yang baik hati, atau yang blogwalking boleh tak suggest kat mana tudung yang cantik pada, mata dan harga? ** Ewah...kalau boleh nak murah ** hahah

Aku ingat lagi masa lepak-lepak dengan a few kawan lelaki, ada tu mulut memang tak boleh blah je cakap budak perempuan itu cantik, tapi nape tudung dah macam tudung guni gamaknya, ada pula yang cakap perrgghh harga tudung sekarang sampai beratus, lebih kurang dengan harga cuci, gunting, steam, warna rambut dah gamaknya..sampai tu kadang aku tengok, ada yang bergaduh gara-gara jual tudung yang sama..setakat ni saloon masih belum kedengaran bergaduh..hahaha, apa-apa je lah wei..janji niat hati nak bertudung tu ikhlas dilubuk hati, bukan ikut trend, atau niat menunjuk-nunjuk atau style masa kini yang sememangnya akan berubah mengikut peredaran masa.

Ok kat sini a few gambar atau contoh gaya bertudung yang kasual, simple, dan menarik pada pandangan mata aku lah kan? ko orang rasa cun tak?


Gaya Hana Tajima ni tak usah cakap lah..apa pun dia pakai nampak confident and cantik..


Hana Tajima again..


Seriously cun admire yang ini..


Ini macam ala-ala Ayu Raudhah punya style hijab kan?



Ini pula gaya aku..masih proses pembelajaran..tak berapa cun sangat ler..T_T


Now sedang belajar buat veil sekali dengan tudung..actually saya minat benar hal jahit menjahit ni..almaklumlah masa sekolah dulu bukan kelas sains kimia, so alhamdullilah lah basic untuk menjahit itu ada..kena polish je..hopefully semuanya berjalan dengan lancar..hasil kerja jejemari aku ni akan aku share kat blog ini ok? stay tuned!! ;D

No comments: