Monday, June 11, 2012

~ KL - JB - USS ~


Holla there, Yeahh..finally i've got a time to upload all the selected picture that i wanna share to all of you out there with regards our vacation last month, ** Class ker nok ** hahaha..wahh..skeaping nampak..!! hahaha, Ok, lets start our journey, actually i'am really excited to meet my bestie Nery at JB, coz of the point is i wanted to invited her for eating, chatting, tagging, liking..Oppss..no..nop..its not lyric FB song!! hahaha

Ok lah, sebenarnya niat hati nak invited all my bestie tuk makan-makan before i nak menutup zaman bujang tak lama lagi..tapi disebabkan rakan bestie semua dah beranak pinak, semua sibuk, jadi Nery je lah mangsanya..:D last sekali kami bercadang ke USS je lah untuk enjoy-enjoy katak, tu pun tak berapa nak rancang pun, jadi lah bacheloratte holiday tuk kami berdua, tapi bawa pasangan memasing ** Class ke ? ** ;D Nery lah yang rajin usha ticket, last sekali aku lah yang purchase kat travel agent..Ticket USS ni, untuk seorang Rm165.00/ person, SGD68/pax ( from Mon - Fri ) but for weekend or public holiday its a different rate, lagi pun Singapore dekat je dari my hometown, rumah Nery pun dekat, my untie pun dekat, so decide masuk Singapore tak yah lah tido sana, ** Jangan membazir ** bukan jauh mana pun, seberang je beb!! bila-bila pun boleh masuk lagi.



Ticket dah purchase kat Travel Agent, Transtar..dapatlah a few broucher and also tissue muka beb!!


Bagus juga service di Travel agent Transtar ni coz of dia bagi penerangan yang jelas, malah siap bagi info dalam tissue gift begini, so takde lah lepas tu nak call agent tanya itu ini kan? mudah kan?


Dan mereka bagi hadiah tissue comel begini, lengkap dengan jadual perjalanan dan lain-lain ke USS ni..Ok kan kengkawan? ;D


Aku tukar duit pun cuma Rm248.00 = SGD 100.00, kiranya masa aku pergi ni currency SGD 1 = RM 2.48 beb!! cukup lah bro..sebab memang niat untuk makan dan beli souvenir sendiri dan family jek..duit pun takde banyak mana pun..travel budget ko!! hahah

So, our journey started from KL to JB seramai 4 orang, aku, en.tunang, Mino and Mie ni memakan masa selama 3 jam lebih jer, tu pun ada berhenti rehat di kawasan Pagoh, then alang-alang sejalan, lepak jap at my hometown at Simpang Renggam, lepak-lepak, makan-makan, cium peluk mak jap..then around 3 hour later, we're continue our journey to my bestie home!! yeahh..sampai akhirnya di Senai. Bandar senai terlalu banyak memory indah semasa aku bergelar minah kilang sebelum ini ** Class statement ** Ok fine lepas azan maghrib kami berempat gerak ke JPO, masa ni husband Nery pi kerja..pagi esok baru balik..memang larat dan teruja dia nak joint ke USS, kalau ada yang miss pasal JPO aritu sila check ini J.P.O dah settle membeli dan blah Cik Nery kita ajak pi Pasar Karat di JB, aku suka senario di pasar karat JB, sebab besar, barang murah, boleh tawar menawar, pastu apa yang aku perhatikan barang yang dijual tu up to date, dan tak de lah serabai cam pasar karat kat KL ni..siapa yang pernah pi pasar karat KL, tu boleh tengok senario gigi palsu yang berlambak dijual tu belum lagi sebelah kedai bandle kain, belakang lak ada restaurant dan untie tengah cuci ayam, sebelahnya pula orang jual gigi palsu..memang class ko!! Settle Pasar Karat kami lepak-lepak menikmati hembusan angin laut di Danga Bay...sambil tu posing-posing ler..mendenya lagi kan dah tengah malam tu?





Ok, pada mereka-mereka yang tak pernah pergi JB, just nak beritahu atas ni adalah gambar kat Danga Bay ya? seberang tu adalah Singapore, tapi dah malam memang tak nampak..nampak cun je lah..tapi kalau siang tu memang jelas dekat lah..lepas lepak-lepak berhenti jap kat Skudai sebab Mino sibuk nak makan kerang!! mamat ni memang mengerang je kalau dicarinya..huh!! ;D



Ok, Pagi-pagi lagi jam 6, husband Nery dah balik rumah..dan kejutkan kita orang yang balik malam tadi jam 2 pagi..memang class ko!! hahaha, then kami bersiap terus jam 07:30 gerak ke kotaraya JB, kami berenam park kereta area kotaraya JB, tu pun Nery yang tunjuk jalan celah bedah mana ntah, pastu kami berjalan menuju ke stesen bus Transtar ni ko!! Ni lah bus nya ya? tapi sebelum tu kami berenam breakfast jap kat restaurant yang berdekatan, kalau nak tahu jam berapa bus ni bertolak boleh rujuk kat kaunter transtar, dan saya cuma berpandukan kertas tissue yang diberi oleh agent masa purchase ticket haritu..kami bertolak jam 08:45AM ;D



Your trully and MR.right ( is it right? ) ;D



Ok, harga ticket bus nak masuk singapore terus ke USS ni cuma RM5 seorang je beb!! tapi harga ticket from USS to JB SGD5 = RM12.40 lebih kurang cam tu ar seorang ok? Perjalanan sebenarnya tak jauh lebih kurang 40-45 minute camtu lah depent on traffic jem, kami pergi time tu hari jumaat, tak berapa jem tapi yang melecehkan tu sebab bila kita turun bus, kita kena check passport kat tambak johor, ( Imigresen tambak johor ) pastu menyeberang ke singapore yang tak berapa jauh tur, turun bus balik..berlari anak dan bersesak dengan mereka-mereka yang nak pi kerja ke singapore tu yang nak pi cop passport pula kat Imigresen Singapore dan tunggu balik bus transtar ni..ada faham tak ko orang? huh.. just for your info, bus yang kami naik bila dah sampai Singapore mereka tak tunggu ok? kita kena tunggu bus transtar yang lain, so sila simpan ticket tu carefully..
** Cam tak best pula amik transtar sebab buang masa tunggu bus jek ** ;-(



Memosing je lah dalam bus der!!



Finally kami selamat sampai dan menukar ticket yang kami purchase kat travel agent ni, kat kaunter transtar di USS, yeahhhh!!! ;D
kaunter ni turun bus je dah nampak..kalau tak nampak carilah sampai jumpa..dekat je dengan escalator nak naik ke USS globe tur..reti??
** Perasan tak ada shuttle service from SIN-JPO? **




Turun je bus, tukar ticket yang transtar bagi untuk ticket USS, pastu bila toleh kanan nampak dah tangga escalater..huh..apa lagi posing dulu derr..suka sangat kelam kabut amik photo..tu ler jadinya!!

Naik je escalater tur, toleh kiri, tengok belakang..yeahhhh..ini lah tugu wajib untuk kami semua berposing maut!! globe ni berpusing ya..so nak tunggu photographer amik sah-sah kena yang berpengalaman, kalau tak jadi lah cam ni..dah lah panas, pastu tunggu turn orang tak ramai punya lah jenuh....eerrmm..tak per..ganti balik masa nak balik nanti!! haihhh..Masa ni perut rasa lain macam, pi toilet..ceh..time nak berjimba ni lah time period pula datang!! sedikit hampeh masa ni..T_T Ok, dalam ni ada 7 attraction ok? iaitu The Lost World, Far Far Away, Madagascar, New York, Ancient Egypt, Sci-Fi City and Hollywood!!

HOLLYWOOD



Dorongan dari Nery membuatkan aku happy balik der..Ok, dear its time to enjoying our moment!! ;D


Masuk-masuk je terus nampak minah ni, aku pun amik je lah gambar, time ni rasanya kat Hollywood!! then she said, hye gourgeous!! classs..hahaha actually iam not really knew about any character of cartoon or whatever, coz of im not really intrested..sorry!! Before aku terlupa ko orang leh amik broucher kat luar untuk tengok map kat dalam ni..

MADAGASCAR


Ni iklan jap kat Madagascar ye? hahaha..panas sehhh!!


Ewah..kita orang masuk kat Madagascar dulu, selepas Hollywood..aku pun tak tahu nape..tapi masuk je lah...hahaha



Beratur sebelum naik boat..



kami naik macam boat..then sepanjang kami melalui sungai ni kita orang tengok lah show dari Madagascar ni..memang funny..sudenly teringat Shah bellman yang suka benar nyanyi lagu ni..I love move it...move it...:D
Untuk Madagascar aku bagi 2/5 Star.


FAR FAR AWAY


Ok, pastu kami layan ke Far Far Away..kat sini kita orang tengok show shrek 3D, serious dari aku tak suka tengok movie karton aku jadi suka..hahah..
sebab masa tengok movie show ni, masa donkey tu bersin air liur dia terkena kat muka kita orang, hahah..sampai la ni aku dok pikir mana lah datang air tu ek? sebab kita orang duduk macam tengok wayang cerita tur, tapi kerusi and all side effect semua rasa beb..seolah-olah kita ikut serta dalam movie shrek tur..hahaha..paling tak boleh blah air liur donkey tu merenjis kena muka kita orang, pastu kerusi bergoyang seolah-olah kita tunggang kuda, dan kaki kita orang diraba labah-labah..memang fun and enjoy gila..kalau rasa tak tahu malu memang aku nak masuk 3-4 kali siot...hahahaha



Nak masuk tengok movie ni kena beratur juga beb!! hahaha..sebab tu aku cakap, kalau tak malu memang aku beratur 3-4 kali..hahaha

Your trully depan Far-Far Away..



Untuk Far-Far away aku bagi 5/5 star!!


ANCIENT EYGPT



Then, kita orang pergi kat Ancient Eygpt dulu sebab perut memasing dah berbunyi pop rock, maka kami just pass by dulu The Lost World, lagi pun show kat situ start jam 2 petang..so kami layan makan dulu..


Ok kat sini kita orang masuk kat Oasis cafe, kat sini HALAL food sebab ada vegetarian food, arab food, and indian food..kat tempat lain tu ada yang HALAL food juga tapi ko orang kena check kat broucher tu ler ya? masa ni ramai benar orang beb..almaklumlah masa ni tengah hari..lunch time!! aku amik Set Parooah SGD 14.80 per set = RM 35.52 per set, harga boleh tahan lah tak ler mahal mana, tapi tak termasuk air..bila perut dah kenyang..kami keluar dan terus posing kat Ancient Egypt dulu. Untuk makanan aku bagi 5/5 star sebab dah lapor apa pun sodap sampai tak leh kira star..hahaha



Keluar-keluar jek, aku nampak mamat ni..dia terus panggil then aku follow je lah..hahah..dia tanya aku orang singapore ke? class singapore ko! hahaha..dengan bangganya aku jawab Iam from Malaysia...classs...hahahah
Tapi muka mamat ni memang kelakar lah..memang sebiji muka kartoon tapi handsome gak..hahaha


Then kami jumpa mamat dua ekor kat situ..beratur amik gambar ler apa lagi..

Ko orang nampak tak dalam gambar ni actually aku macam bengang sikit lah..sebabnya sementara nak pergi balik kat The Lost World untuk show jam 2 petang tu, si Mino ni ajak lah kita orang naik revenge of the Mummy ni, tapi ko orang tahu tak? masa dah beratur panjang nak naik tu, my bestie Nery, husband dia, and my tunang terus reject tak nak naik..yang naik Mino seorang je..yang aku pula blur..sebab memang nak naik..tapi bila tunang tak nak naik..automatiknya aku pun tak nak naik..terus salahkan mereka..mood dah down dah masa ni..cedih sehhh walapun en.tunang tak kisah katanya naik je lah..tapi aku bengang sendiri beb!! dah beratur panjang tak nak naik plak!! :-/ sebab mereka tu semua memang tak berani..!! tapi risau gak..sebab kat situ dah bagitahu kepada yang cepat pening kepala, atau kaki loya, sakit jantung bagai tak digalakkan naik..sekian terima kasih..maybe mereka tergolong dalam kategori itu..sigh!! ;( untuk Ancient Egypt ni takde star sebab aku tak naik apa-apa pun kat sini melainkan MAKAN!! T_T


THE LOST WORLD


Lepas tu pergi lah ke The Lost World ni sebab nak tengok live show perfomance..punya lah ramai yang beratur nak tengok show ni beb!!









Show kat sini ko orang kena pilih tempat duduk yang tak kena air ya? sebab kalau duduk paling bawah tu memang kena simbah air dek pelakon-pelakon tu sebelum show, tempat duduk ni pun ada 3 kategori pertama WET, kedua SPLASH dan ketiga tempat duduk yang kita orang pilih..yang confirmed tak disimbah dengan air...eerrmm..performance memang menarik dengan pelbagai side effect, adengan tembak menembak..aksi letupan dan pelbagai lagi..aku bagi 3/5 star lah..sebab aku tak faham sangat pun...layan jer..boleh? sebab tak tahu dari film mana..

SCI-FI CITY



Ok then kita orang terus ke Sci-Fi City..atas ni pic Battlelesta Galactica ( Blue ) and Battlelesta Galactica ( RED ) kat sini kita orang lepak jap..sebab kaki pun dah penat..yang naik benda ni Mino seorang jek..memang dasyat mamat ni pulun habis main..rugi katanya tak naik..yang kelakarnya dah keluar USS dia yang pitam sesorang..hahaha, tapi aku tak berani lah..sebab laju gila tur 82/8KM/Hour, aku surrender..tapi rasanya boleh bagi 4/5 Star lah kot dek kata si Minor.




Dalam Sci Fi city ni ada sekali Transformer ok? honestly aku tak pernah langsung tengok film Transformer..masa beratur panjang gila ni memang kaki letih dan dalam hati memang nak balik..atau nak lepak je kat luar, tapi dek dorongan rakan-rakan layankanlah juga..bila naik je TRANSFORMER The Ride : The Ultimate 3D Battle ni mata aku yang tadinya ngantuk terus gegar kepala otak beb!! hahahah..serius best gila sangat lah...mereka bagi kita cermin mata 3D, then duduk dalam kereta then hamik ko!! berpusing dan selamatkan lah dunia ko!! hahaah dah katanya Join Optimus prime and the autobots as you become a freedom fighter in the ultimate 3D Battle against the forces of evil..memang classs!! sampai tak leh nak kata apa aku bagi TRASFORMER ni 5/5 star!! ;D


NEW YORK



Ok, pastu kami ke New York...kat sini kita orang layan Light, Camera, Action hosted by Steven Spielberg, bila aku terdengar nama ni aku ingat cerita JAWS jek..hahaha, kat sini pun memang best dan menarik sebab performance show live tu nampak real dengan guruh dentam dentum bagai, hujan ribut petir..seolah-olah bandar new york hancur..siap dengan api terbakar..memang best..tapi risau gak..takut terkena kita orang yang tengok ni..aku bagi 5/5 star juga!! Show yang lain tak dapat tengok sebab dah petang..dah nak close dah. So layan jerlah gambar-gambar kita orang yang perasan cun / handsome ni yek? dah nama pun perasan..kita orang jelah perasan, kononnya ni kat New York gituew!! hahaha





Sedih gak masa ni Maryln Monroe tak keluar, yang lawaknya en.tunang cakap..memang lah tak keluar sebab orang tu kan dah mati..hahaha..
class statement ko!!


New York Public Library..macam back to School or U-turn ni? hahaha


I love this pic coz of iam the photographer..aku lah yang suh dia orang posing macam ni..cun tak? ;D


This one credit to Mino dan Mie..


Again posing perasan cam kim kardashian..hahaah


Lagilah layan perasaan macam pi new York gitu..aku suka building view kat sini..sebab memang real and pendek cerita memang best!!






Disebabkan hari dah petang tak dapatlah tengok show kat sini..T_T


Tengok show pakcik ni posing jek..layan jelah..kemain lagi dia ajar aku posing macam ni macam tur..hahaha


Kita orang lepak jap kat Mel's Drive-In..minum basahkan tekak..memang best!!


Hari dah petang..keluar dari New York masuk kat Hollywood, nampak karektor Pakcik Freinkeintein ni..serius dah beratur dah nak amik gambar tapi sayangnya beliau dah penat dan bye2..T_T aku suka tengok cerita ni sebenarnya rasanya film tu tahun 30an lagi..tapi aku memang suka film ni..sayangnya tak dapat amik gambar dengan karektor ni..sedikit terkilan..;(


Wokeh..kaki dah penat beb! shopping untuk mak, makcik yang kirim fridge magnet, tu pun harga boleh tahan yek!! takde belanja apa sangat..beli benda alah tu je lah untuk kenangan..duit SGD pun ada balance lagi SGD48 = Rm119.04..class kan? yup..saya bukan kaki shopping sangat..kaki memosing adalah!! hahaha


Wokehh..kami keluar USS jam 07:30 malam..yeahhh...akhirnya dapat gak amik gambar kat globe ni tanpa bersesak!! from my moment kat USS ni memang seronok..rasa tak puas lagi..macam nak pergi lagi..hehe..apa pun masa ni dah tak sabar tunggu nak balik Malaysia..

Sampai je kaki kat JB dalam jam 10:30malam terus ucap Alhamdulillah..sebabnya..home sweet home der...untie aku pun tak sabar menunggu kita orang..lebih suka untie aku cakap..tak yah singgah mana-mana..makanan semua dah siap provided!! hhahaha class ko!! ;D

To all yang belum pernah pergi tu pergi lah ye? memang enjoy and fun!! ;D


P/S : Insyaallah ada rezeki akan nonor share lagi about travel kemana-mana jelah ok? stay tuned!!

2 comments:

Kereta Sewa Sinar JB said...

JB Car Rental: http://keretasewasinarjb.blogspot.com/

Kereta Sewa Sinar JB said...

JB Car Rental: http://keretasewasinarjb.blogspot.com/