Monday, September 12, 2011

~ Nazam Lebaran ~

Salam Nazam Lebaran SPECIAL to kawan-kawan sekolah dahulu sama ada yang kenal rapat atau tidak, yang jauh mahupun yang dekat.


Salam 1 Malaysia..alhamdulillah...lama ni tak update blog..serius superb busy lah lately, hari ni pun merayap ke KK HOME..nak jadi macam Eric Leong cari bahan uji kaji dan mencari idea serta something meterial yang aku nak guna tak lama lagi..eermm..pantas betul waktu berlalu..
 
Adalah blogwalking blog kawan-kawan yang the vas meletops..bukan main meriah beraya ya? seronok gamaknya ya? diucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin ya? so, apa cer hari raya tahun ni pada nonor? olohlahh..kali ni penuh kesederhanaan sahaja, tapi tak havoc macam tahun lepas, sebab tahun ini kali kedua arwah nenek dah tiada..T_T
 
so, disebabkan ketiadaan orang tua, sebelah my mum..makanya..ada lah dua, tiga pakcik dan makcik ku beraya ke kampung suami/isteri mereka..so, memang feel tak best langsung...raya pertama pun aku sempat beraya ke kampung my dad..tu pun sekejap je, kerana dia nak melawat kubur arwah ibu dan bapa dia..
 
Kat rumah untuk raya ke dua dan seterusnya pula, my mum and my dad keluar beraya, siap pesan, kalau saudara mara datang call mak ya? nanti mak balik..jawapan yang kelaazzz ko jah..adik aku pulak, memang tak sah ada rumah..merayap terus sampai ke  petang, siap tengok wayang!!
apa jadi pada aku? aku hari raya tu rasa macam kerja kat kedai mamak plak.
mana taknya..cuci pinggan tiap jam..yang paling best kacau budak-budak yang datang beraya..penat layan mereka..;D
 
Kawan sekolah pula ada buat alumni sekolah SDARA, dan sayang seribu kali sayang...on that day, malam tu dah berangkat ke utara...eerrmm...kat area utara rasa panas, dan yang tak boleh blah..line internet macam hampeh..T_T...so, SPECIAL to all kawan-kawan sekolah aku dulu yang mana  kenal rapat atau tidak dengan aku, ingin aku ucapkan 
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.



Dan lagu ini juga untuk kawan-kawan semua..
hayatilah lirik lagu ini...
Ciptaan Saari Amri..
Nyanyian dari Amir Ukays..


P/S : Mencari gift untuk tetamu VIP

1 comment:

Farie said...

selamat hari raya beb... frust ko tak dtg that reunion.! bila lagi lah dpt jumpe....