Tuesday, August 23, 2011

~ Kad Di Aidilfitri ~


Holla there, lagi seminggu sahaja lagi, insyaallah kita akan menyambut 1 syawal, dek kerana itu, masing-masing tentu sekali sibuk untuk membuat persiapan yang akan tiba, tak ketinggalan juga aku...tapi sebelum blog ini menjadi usang dek kerana kesibukkan aidilfitri yang akan menjelma ini,
ingin aku utuskan kad aidilfitri sebagai penganti diri.

Sebelum itu, SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN
to all kawan-kawan yang selama ini menghargai aku, buat TEMAN dan keluarga tercinta I love uolls so much, maaf zahir dan batin..;D

Terimalah Puisi atau pesanan kad hari raya dari aku barangkali untuk mereka yang terasa itu diri mereka sendiri, jadi hayatilah :

AKU insan kerdil yang tak punya apa..
Mencari rezeki diperantauan dengan harapan Hidayah dari-Nya,
dalam mencari rezeki dan jalan yang direhdai oleh Nya..
Aku dipalit pelbagai fitnah dan kata dusta..

Ntah apa didalam fikiran mereka.. 
Menjadikan diri ini tempat palitan gosip kala senggang mereka,
Mencari sehelai demi helai kesilapan orang lain,
tanpa memandang sisi buruk mereka..

Untuk itu, cukup dan cukuplah..
Aku lupakan sahaja kisah yang lalu,
Gantikan cerita baru..
Hal itu membuat aku waspada selalu..
kerana aku malas untuk melayan
ketidakdewasaan fikiran mereka itu..

Tapi masih lagi khabar angin ku terima,
tak habis-habis mahu menyalahkan aku,
tanpa sedar dirimu sendiri yang memulakan dulu..
untuk itu ingin ku ucapakan TERIMA KASIH sahajalah padamu..
hanya ALLAH yang mampu membalasnya untuk aku..

Pada mereka yang tak mengerti, menuduh diriku..
Dijurang kesalahan sahaja,
sampainya hati..
tapi tidak mengapa..diriku bukan hina..
Terima kasih tuhan atas kurniaannya,
kerana tanpa mereka aku makin bahagia...

Tetapi diriku dan juga temanku,
yang tahu kisah derita dan luka didadaku..
Hanya ku harapkan dan titipkan doa
moga kalian bahagia selamanya..

Hanya Allah juga yang mampu membalas kebaikkan kalian padaku,
memberikan aku kekuatan tatkala aku dilanda musibah,
memberikan aku nasihat, memberikan aku keyakinan diri..
kini aku bukan kesorangan lagi...bahagia makin hampiri..

Pesan ku hanya satu:

" Jangan pernah mula bermain game lagi..kelak jika hilang pertimbangan aku takut aku gagal mengawal amarah yang aku pendam sekian lama ini yang akan mengeluarkan lahar yang sememangnya akan membuat seseorang itu hancur dan lebur.....!!!! ini bukan ugutan ini cuma peringatan..
kerana aku manusia biasa..bukan malaikat seperti mereka yang rasa sentiasa hebat dan bahagia...!!!  "




P/S : ALLAH HAS NO IPHONE OR BLACKBERRY, BUT HE IS MY FAVOURITE CONTACT.
ALLAH HAS NO FACEBOOK, BUT HE IS MY BESTFRIEND.
ALLAH HAS NO TWITTER, BUT I FOLLOW HIM,
AND ALLAH HAS NO INTERNET, BUT I'M CONNECTED TO HIM.
ALLAH IS GREAT! NO OTHER!

♥ ♥ ♥

3 comments:

ZWAN SABRI said...

hebatlah puisi tuu..
cayalah! ;)


MySuaraBlog: Contest Aku Berpuisi : 31 Ogos Datang Lagi

Saya Noury said...

ZWAN SABRI : hahahaaha...TQ so much...ini adalah puisi luahan hati yang lama terpendam dilubuk hati..belum keluar album lubuk puaka je lagi..sbb kita ni biar muka tu tak lawa tp ada budi bahasa..yo dak? ;D wahhh tu dia, nice ur puisi about merdeka..love it!!!

Unknown said...

gitu....selamat hari raya maaf zahir n batin nonor =)