Tuesday, August 23, 2011

~ Kad Di Aidilfitri ~


Holla there, lagi seminggu sahaja lagi, insyaallah kita akan menyambut 1 syawal, dek kerana itu, masing-masing tentu sekali sibuk untuk membuat persiapan yang akan tiba, tak ketinggalan juga aku...tapi sebelum blog ini menjadi usang dek kerana kesibukkan aidilfitri yang akan menjelma ini,
ingin aku utuskan kad aidilfitri sebagai penganti diri.

Sebelum itu, SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN
to all kawan-kawan yang selama ini menghargai aku, buat TEMAN dan keluarga tercinta I love uolls so much, maaf zahir dan batin..;D

Terimalah Puisi atau pesanan kad hari raya dari aku barangkali untuk mereka yang terasa itu diri mereka sendiri, jadi hayatilah :

AKU insan kerdil yang tak punya apa..
Mencari rezeki diperantauan dengan harapan Hidayah dari-Nya,
dalam mencari rezeki dan jalan yang direhdai oleh Nya..
Aku dipalit pelbagai fitnah dan kata dusta..

Ntah apa didalam fikiran mereka.. 
Menjadikan diri ini tempat palitan gosip kala senggang mereka,
Mencari sehelai demi helai kesilapan orang lain,
tanpa memandang sisi buruk mereka..

Untuk itu, cukup dan cukuplah..
Aku lupakan sahaja kisah yang lalu,
Gantikan cerita baru..
Hal itu membuat aku waspada selalu..
kerana aku malas untuk melayan
ketidakdewasaan fikiran mereka itu..

Tapi masih lagi khabar angin ku terima,
tak habis-habis mahu menyalahkan aku,
tanpa sedar dirimu sendiri yang memulakan dulu..
untuk itu ingin ku ucapakan TERIMA KASIH sahajalah padamu..
hanya ALLAH yang mampu membalasnya untuk aku..

Pada mereka yang tak mengerti, menuduh diriku..
Dijurang kesalahan sahaja,
sampainya hati..
tapi tidak mengapa..diriku bukan hina..
Terima kasih tuhan atas kurniaannya,
kerana tanpa mereka aku makin bahagia...

Tetapi diriku dan juga temanku,
yang tahu kisah derita dan luka didadaku..
Hanya ku harapkan dan titipkan doa
moga kalian bahagia selamanya..

Hanya Allah juga yang mampu membalas kebaikkan kalian padaku,
memberikan aku kekuatan tatkala aku dilanda musibah,
memberikan aku nasihat, memberikan aku keyakinan diri..
kini aku bukan kesorangan lagi...bahagia makin hampiri..

Pesan ku hanya satu:

" Jangan pernah mula bermain game lagi..kelak jika hilang pertimbangan aku takut aku gagal mengawal amarah yang aku pendam sekian lama ini yang akan mengeluarkan lahar yang sememangnya akan membuat seseorang itu hancur dan lebur.....!!!! ini bukan ugutan ini cuma peringatan..
kerana aku manusia biasa..bukan malaikat seperti mereka yang rasa sentiasa hebat dan bahagia...!!!  "




P/S : ALLAH HAS NO IPHONE OR BLACKBERRY, BUT HE IS MY FAVOURITE CONTACT.
ALLAH HAS NO FACEBOOK, BUT HE IS MY BESTFRIEND.
ALLAH HAS NO TWITTER, BUT I FOLLOW HIM,
AND ALLAH HAS NO INTERNET, BUT I'M CONNECTED TO HIM.
ALLAH IS GREAT! NO OTHER!

♥ ♥ ♥

Saturday, August 20, 2011

- EMO HARI RAYA -

Time ni emo tak hinggat...!! dengar pulak hari raya je memanjang...kerja pun tak lalu..T_T

Holla to all of you..alhamdulillah..20days already...counting till the celebration hari raya..holalalala...seriously im so excited..memang asyik ingat kampung halaman yang indah nan permai..pagi yang hening..sejuk mencengkam kalbu, rindu dengan suasana dan suara emak memanggil mengejutkan lamunan mimpi yang indah..rindu tolong emak menyediakan pelbagai juadah untuk keesokkannya hari raya...rindu dengan kerenah sepupu sepapat..makcik pakcik..olohlah...pokoknya memang tengah emo giler..bila kerja malam pulak dengar lagu raya memang mencongkam kalbu lah weiii...hahhaah

* MOOD EMO *

Kawan-kawan sekolah pula dah buat alumni SDARA..memang hati melonjak nak pergi..tapi rasanya on 01/09/11 tu den mungkin dah beraya ke utara kot...jadi tak dapatlah nak jumpa my admire masa zaman sekolah dulu, geng-geng ponteng sekolah, geng-geng sekepala sekaki, geng-geng kadet police, dan yang utama pakwe-pakwe handsome sekolah dulu..macam mana lah muka mereka sekarang...jangan boroi sudah...haahahahaa...rindu ar...T_T

* EMO LAGI *

To all kawan-kawan yang tak dapat cuti hari raya tahun ni den nak ucapkan sabar je lah ye? den pun penah macam tu..tapi jangan marah pula tahun ni den dapat cuti raya weiii.!!!!...hahahah...but suka tu jangan suka sangat..harap to all yang balik memandu ke kampung halaman cuti raya tur, pandulah berhati-hati..biar lambat asalkan selamat..!!!
SELAMAT HARI RAYA...!!!
woiii belum lagi lah!! seminggu lagi...
whatever coz...!! EMO RAYA SANGAT DAH NI...

* EMO RAYA SANGATNYER!!... *



P/S : raya tahun ni aku penuh keserderhanaan..memang tak boleh boros sebab kena boroskan untuk masa depan...alhamdullilah 50% done!!

Tuesday, August 16, 2011

- Kasih Terlihat -



Holla semuanyer...kepada yang beragama islam..Alhamdulillah...dah 16 hari kita berpuasa..BUT, percaya atau tidak..aku masih belum jejakkan kaki ku ke pasar Ramadhan lagi!!! huh mahu taknya..memang aku tak berkesempatan langsung...if cuti pun memang tak akan kesana pun, sebab bila nak pi je hujan..tak pun kerja petang, tapi tak pe..hikmahnya duit pun tak terusik beli ntah apa-apa kan? ;D

Ok lah..on 28/04/11 beberapa bulan yang lalu, i've got a text message from abg saari amri, malam esok amir akan nyanyi lagu kasih terlihat katanya so, malam esoknya i asked abg amir and abg amir text to me back yang dia akan recording jam 11 malam itu..!! and Wow, i just wish all the best to him
and now ini lah hasilnya...!!

To all fan club Amir Ukays, yang merindui beliau tak kira di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei bolehlah layan lagu terbaru dari amir ini iaitu KASIH TERLIHAT ciptaan Saari Amri yang sememangnya femes amous dengan lagu-lagu yang Malar segar selamanya ini..salah satu lagu yang popular dahulu kala dengan lagu Disana menanti, disini menunggu tu..tapi bukan hanya untuk ciptaan lagu kumpulan Ukays sahaja beliau juga menciptakan lagu untuk penyanyi lain antaranya Ziana Zain, Azie, Slam, Exist, Umbrella, Arrow..dan lain-lain lagi..rasanya over than 300 song yang beliau sudah hasilkan...!! WOW!!

Congrates to Abg Saari Amri kerana tampil semula dengan pembaharuan dan idea yang fresh setelah lama sonyap sepi..begitu juga dengan abg amir ukays..semoga success!! and this song i love the lyric..and the rhytme dia pun agak pop sikit..so far boleh menjadi siulan dan sudah pun berkumandang di corong-corong radio...;D!! wish both of you all the best!!


P/S : Bila plak lagu aku nak berkumandang dengan tajuk BULAN DI PAGAR BINTANG? hahahahah ..;D

Saturday, August 6, 2011

- Drama Diary Ramadhan NoNoR -

Holalala..what's the next? ;D hollala around the world..ewahh...fuhh..arini aku punya diary harian bermula dengan :-

Jam 0530am :  My sis kejut for bersahur..but aku buat tak reti je, coz malam tadi mata aku boleh tido jam 0300am wooo!! so, bangun je just capai air masak, and buah kurma 3 biji, ewahhh...dah macam sunat nabi dah..then mandi, bersiap ke tempat kerja.

Jam 0620am : Start enjin and panas kan enjin kereta, tapi sebelum tu kena buka radio dulu bagi menghangatkan pagi yang sejuk itu...then berdezzzuupp ke tempat kerja...

Jam 0630am : Apalagi..check in hotel maa....T_T sanggap giler time nih..wwwaaarrgghhh............

Jam 0645am : Mendengar ceramah pagi dari Ustaz Andy..wwaarrgghhh ngantuk lagi...so sleepy...zzzz$$$zzz$$$$

Jam 0705am : Harian kerja pun bermula......

Jam 1110am : Minta permisi dari ibuk untuk ke ruang rehat bentar duang..apa lagi...kaburrr...sleeping beauty terusannnn...

Jam 1140am : Tersedar, bunyi bising...bangun terus ke kantor semula..sudenly berbahasa indon pula..waduhhh...selalu nonton sinetron ni..maaf ya mbak!!

Jam 1510PM : Wahhh..teman tersayang udah menunggu di luar, makanya mau shopping deh..!!! ;D

Jam 1535PM : Sampai di Giant, belek dan rembat apa yang sempat untuk memenuhi ruang masak dapurku langsung ke kaunter pembayaran..time ni batery dalam badan dah semakin berkurangan...####

Jam 1615PM : Sampai rumah..terus mandi...sudenly terpandang message from my sis, sila scroll kebawah untuk lihat :

Aku mula terfikir, apasal kertas kotex aku yang bentuk seluar dalam ni ada kat lappy aku? molek je tersusun boleh ada atas lappy pulak!!
* Mood time tu cam bengang ar...*

The message is : P/s tolong basuh baju...salam ramadhan sis,
12 P.M aku nak gerak nie..

Hamboi2 ko yek? tak sabar betul nak berjimba-jimba balik JB then tinggalkan aku dengan sekeping note lambang seluar dalam from kotex dan yang aku sorok tu jugak ko bongkar!!! pastu siap pesan suh basuh kain...ko ingat aku maid berbayar? saja nak bagi akak ko berangin sambil tergelak!!

Emang dasar!!!!! balik siap ko dik!! but ada dua perkara hari ni yang buat mood aku K.O and O.K iaitu pertama, aku akan berpuasa seorang diri ler, coz my sis dah balik JB cuti 3 hari...yang O.K nyer her text me and said
 " Sis, iam in Nilai N9 now and aku dah belikan ko baju raya tau? satu untuk ko, mak and aku..very the cheaper one lah here, raya first je kita pakai, "
Wow!!! TQ my adik tembam!!! hahahahaha

TQVM to adikku..sayang kat ko..boleh?
hahahahah..'D

IKLAN SEBENTAR....


Sudenly i really miss my Bedah Bedu...tunggu kak nonor balik lagi tau?
 syg bucuk masam dia nih!!!


Jam 1640PM : Tido lagi..merehatkan mata....zzzz$$$$zzzz$$$$

-
-
-
-
-
-
-

Alamak terlajak lagi, lagi 10minute jam tujuh weii..masak cepat!!

Lauk hari ini ialah...sila scrow ke bawah lagi :


Tu dia...ayam masak curry wokehh...apa ingat aku tak reti masak??
setakat resepi masak kari ni, megi kari pun sebelah mata aku masak tau!! haha ;D

Perut semakin menjauh sama nasi, makanya roti canai sebagai penganti..

Wahhh...udah siap ni roti canainya...

Jam 0740PM : Baru sempat berbuka seenaknya..coz of waktu berbuka sudah terlewat 15 minute lor..!!

Jam 0750PM : Solat..Syukur dilimpahkan segala macam rezeki sehingga ke hari ini masih sihat dengan izin-Nya..moga hari mendatang mendapat keberkatannya...inilah Diary Ramadhan Nonor setelah 5 hari kita berpuasa!!

Waktu lainnya terpaksa di off record sebab nonor bukan kim kardashian
hari-hari nak ONLINE, je uolss!! ;D
* annoying siot...tak siapa pun nak tahu..hahhaah *

Drama Diary Ramadhan NoNor ini dibawakan oleh

ROTI SEGERA DARI GIANT...;D


Salam Ramadhan dari,

Tuesday, August 2, 2011

TBS - JB - Singapore

Holla, good morning...alhamdulillah..hari kedua kita berpuasa sudah, bersyukur hendaknya kita di Malaysia, hidup dengan harmoni dan sejahtera setelah mendapat kemerdekaan yang lalu..harus diingat wahai anak muda diluar sana janganlah kita lalai dan alpa dari tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia * wah..berpatriotik nampaknya * almaklumlah dah dibulan Ogos kita ni, kebetulan pula rasanya raya untuk tahun 2011 ni pun jatuh tanggal hari kemerdekaan negara kita, jadi sama-sama lah kita merenung dan melihat kembali sejarah silam kita sebelum kemerdekaan, betapa sukarnya pahlawan kita nak memerdekakan negara ini, * sila kira berapa banyak perkataan KITA der?? * ;D Jadi jangan biarkan anasir luar menganggu keharmonian rakyat Malaysia yang umum mengetahui, kita adalah 1 Malaysia.

Woit..lari tajuk ar cik nonor oit..hahahah..ok, aku nak cerita sikit pasal semalam, actually i had a meeting at JB, so balik kali ni teringin bebenor nak menaiki bus dari TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) yang lokasinya di Bandar Tasik Selatan, kali ni balik JB aku decide nak naik bus, sebab rasanya dah lama benor aku tak naik bus, apa yang mengejutkan aku setibanya di TBS tu, totally berubah..dari masa nak beli tiket, tunggu bus segalanya serupa macam kita naik flight..memang owesome!!!


The enviroment totally same macam di kawasan lapangan terbang, siap ada balai berlepas, balai menunggu, lobby area, food court di atas, pembelian ticket yang sistematik, boleh lagi kita touch screen and pilih bus mana menjadi pilihan dihati, kena show your I.C for orang -orang tua boleh dapat special rate lagi..and ada pelbagai outlet yang berjenama, tandas yang bersih, farmasi..macam-macam ada....

Dan pilihan aku adalah bus konsortium * ntah macam mana eja ntah *
hahaha..dalam perut bus ni kalau tak silap cuma ada 5 orang sahaja..and the most important adalah keselesaan..owesome!! siap ada bantal kepala bagai..sygnya takde stewardess jek..* Over request plak *
perjalanana to JB just take 4 hour depend pada si driver lah ye?
nonor naik je terus lelap..memang tak sedar..sedar je dah sampai Melaka.
TBS destination dia adalah ke arah Selatan, sama ada anda ingin ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor and Singapore.
Harga ticket to JB only RM31, more info will go to TBS lor..boleh? ;D

Yang membuatkan aku nak bagi 100% to TBS adalah semasa sampai dari JB to KL jam dah menunjukkan 7 malam, sudenly aku lihat beberapa pekerja TBS, memberikan bungkusan diatas, sambil berkata :
 " Selamat datang ke TBS, selamat berbuka puasa " 
rupanya mereka bagi bekalan berbuka puasa to all people and do
EXTRA SERVICE to all customer at TBS!!!
Waahhh!!! disebabkan aku kerja hotel, and dah belajar apa itu be my guest, so TBS is the best service lor...melalui pengalaman ni aku rasa cam lepas ni balik JB naik bus je ar..kereta tinggal..boleh? hahaha

Congrates and Good Job to all staff/pihak pengurusan di TBS,
you do the job with extra service,
and we pay because, we need the best service..;D



P/S : Alhamdulillah 45% done!!!