Friday, March 25, 2011

~ Macam-macam ~

Hye there, hari ni bila aku terbaca harian metro dan berita harian muka hadapan, kedua-dua intipati cerita tersebut menarik dan tertarik untuk jejari runcingku nak menaip kat blog usang lagi terbiar ni, otak aku ligat memikirkan apa hal lah yang kedua wanita muda ini fikirkan about her future, bukan nak menyibuk, tetapi ianya membuat aku terfikir kenapa?mengapa?bagaimana?adakah kerana faktor sekeliling yang menjadi punca wanita muda 24 tahun menjawab soalan seperti ini, " Setiap kali mencium, memeluk dan bermain dengan kucing, naluri saya terhadap lelaki akan hilang,” alahai....rasanya ini mesti pengaruh drama PUTERA KATAK, so tak nak ar nampak pengotor nak bela katak so better bela kucing ye tak? makanya jadilah PUTERA KUCING...:D

Oloh-oloh..miang-miang kucing lagi elok dari miang jantan ye tak?haha

Tapi kalau kucing jenis ni dicium, di peluk dan bermain dengannya agak-agak hilang terus tak naluri dan perasaan terhadap lelaki?hahaha

BUT advice den hidup ini jangan give up about mencari pasangan, macam mana uolls boleh survive untuk makan, pakai dan tempat berteduh macam tu lah jugak dalam mencari teman hidup, hanya kerana gagal bercinta beberapa kali, timbul rasa KUCING adalah jalan penyelesaian untuk mengurangkan rasa cinta terhadap lelaki, tak baik tur..menyimpang, TAPI macam mana pulak kes nya kalau gila lelaki??alahai..tak dapat den nak jawab,
renung-renungkan dan selamat termenung ye? :D

Berita harian pulak muka hadapan wanita muda nak terjun bangunan untuk bunuh diri, sambil ingin mengelar pergelangan tangan beliau, berpunca dari pergaduhan dengan teman lelaki mungkin teman lelaki lari meninggalkan beliau, eerrrmm..rasa ko orang kan? ni pengaruh drama ke filem? alahai....ni sebab terlalu khusyuk tengok filem KHURAFAT lah ni dik non oit..
oloh-oloh...sabar je lah yek?

contoh kes yang lepas..

Alahai sayangnya diri, muda lagi nak bunuh diri sebab lelaki lari...ada baiknya cari lain lelaki aweks oit...jangan biarkan diri terseksa, diseksa kerana lelaki-lelaki keparat semacam itu..anda muda lagi, masa tu banyak lagi, boleh jumpa macam-macam orang lain lagi..lainlah kalau...
-
-
-
-
-
-

Huh, lainlah kalau macam ini, kalau umur macam ni dah lewat 40an nak masuk 50an atau 60an, time-time macam ni pulak kalau kena tinggal laki, memang meroyan lagi..macam ni lah kot rasa tekanan tur, memang terus nak terjun bangunan..TAPI kata orang kalau iman tu ada dan ingat tuhan, insyaallah perkara seperti ini dapat dielakkan, minta dijauhkanlah ya?
sekadar memberi buah fikiran untuk diketengahkan...

No comments: