Friday, February 25, 2011

Kini Bermusuhan

Jam menunjukkan angka 04:51a.m, mata masih lagi tak boleh tido, meluahkan perasaan aku pada abg SAARI JUSUH, mungkin ramai yang tak kenal beliau tapi bila sebut SAARI AMRI, pasti jugak anak-anak muda era moden tak berapa nak kenal, tapi cuba pi pusat-pusat karaoke mana pun pasti lagu-lagu beliau menjadi siulan sehingga kini yang dah menjangkau 15 tahun...beliau memberitahu saya karya lagu-lagu beliau more than 300 song lor..!!


Namakan sahaja penyanyi terkenal era 90-an daripada Ziana Zain (Madah Berhelah, Setiaku Di Sini, Kekal), Azie (Pelamin Anganku Musnah, Kau Tetap Dalam Anganku), Ukay's (Terasa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Seksa), Umbrella (Ramalanku Benar Belaka), Scan (Kau Dipaksa Aku Terpaksa) Zabarjad (Karam), Slam (Kembali Terjalin, Gerimis Mengundang), Spring (Butakah Cinta, Sejujur Manakah Kata-Kata), Aris Ariwatan (Lamunan Terhenti), Wings (Lena Diulit Intan), Awie (Bara), May (Meniti Suratan, Suci), Nash (Zahir Tak Terucap) sehinggalah Ella (Sembilu, Kabus Dan Sirna), semua adalah hasil ciptaan Saari Amri.


Tapi beliau paling ngam dan serasi dengan abg amir uks...paling banyak mendapat sentuhan lagu abg saari adalah untuk kumpulan ukays...kini abg Saari muncul pula dengan album kompilasi terbaru berjudul Tajam Berbisa yang memuatkan 22 buah lagu ciptaannya dendangan 21 orang penyanyi.
Album yang turut memuatkan lagu Lena Diulit Intan (Wings), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) Madah Berhelah (Ziana Zain), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exist), Warkah Buat Kekasih (Way's), Luka Seribu Rindu (Fotograf) dan sebuah lagu baru berjudul Curang Dalam Terang nyanyian Renggo daripada kumpulan Arrow itu telah berada di pasaran sejak 7 Januari lalu pada harga RM29.90 (2 CD) dan RM19.90 (VCD Karaoke)..dapatkan dipasaran ya?
* padahal aku sendiri lum beli lagi..jgn marah ye pakcik amri..nanti nori beli..;D *


Pic baru with Edry.

Ko orang pernah tak dengar lagu dari kumpulan slam, tajuk KITA TERPAKSA BERMUSUHAN, actually lagu tu memang lagu frust tertonggeng kata abg saari, most of the song adalah al-kisah dirinya sendiri, berbalik pada kisah aku..dapatlah aku siapkan satu lirik ini, melodi nya pula ikut dari melody kumpulan slam ini dengan tajuk kita terpaksa bermusuhan, tapi aku tukar sikit jadi KINI BERMUSUHAN..wahh..gempak lak..tak sabar ni nak menulis lirik lagi...TQ to abg saari amri coz of memberi tunjuk ajar and tips buat lirik..ok lah jumpa lagi..sebelum berundur terimalah lirik lagu asal dari saari amri tetapi telah diolah oleh nori dengan tajuk :

KINI BERMUSUHAN..
Apa cerita nak kau hebah lagi
Setelah diri ku di simbah fitnah
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Paling jahat dimata engkau
Kemanakah
Hendak aku luahkan
kisah sebenarnya yang kau mahukan..

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
orang fitnah diri ini
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku hormat
Oleh insan digelar sahabat
Kini bermusuhan...



Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau nasihatku
Bila aku menduga mu
Kuat nya persahabatan mu
Pada aku
Di ketika itu


Sayang seribu kali sayang
Akhirnya terlerai jua
persahabatan yang lama terjalin
Mudah sungguh kepercayaan mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya
Engkau ucapkan


Kau bersahabat kerna apa..
Kau terluka ada makna..
Kau membenciku ada penyebab nya...

Lirik : Nori ( di olah ) / Saari Amri ( original )



P/S : L.A usa im coming soonnnnn...!! :D