Friday, February 18, 2011

Terima Kasih kawan-kawan!!

Hye there..fuhh...lama giler tak on9 and berblog..konon2 nak tutup blog ni sebab ramai yg skodeng bikin cerita panas kat belakang..time kerja lak tu..tak sesuai....tapi sekali tengok ada pulak yang follow blog ni lagi, walaupun tuan punya blog dah menyepi...TQ walaupun tak mengenali saya tp masih follow saya..TQ again...kenapa tetiba nak on9 berblog ni cik nonor oit? eh..saja jek, sebab nak bagitahu kat uolls semua yang saya ada dapat present special dari kawan baik saya, tapi saya tak tahulah sebab sekarang ni dia kata 
KO NAK CAKAP AKU NIE KAWAN BAIK KO ....????? LAYAK KER KO ?????????????PEREMPUAN ????????????????????..makanya aku tersedar dari lamunan..tapi tak pe lah..saya masih ingat pesanan beliau supaya menjadi positive..!!

Percaya tak kawan-kawan blogger? hidup kita ni bila setengah orang tengok kita happy setengah orang akan cemburu, bila hidup kita sedih setengah orang akan ketawakan kita, malah ada juga yang mahu mengaibkan, memfitnah dan melagakan kita dengan teman-teman rapat kita hanya dengan kata-kata yg mungkin sama ada kita sedar atau tidak kita TIDAK pernah menyatakan perkara tersebut, apa lagi kalau nak kata LELAKI itu sial..!! tapi tidak mengapa, itu cuma mainan mereka yang mahu melihat kita jatuh dan kita TIDAK PUNYA KAWAN..

KALAU CANTIK TAK PER ...DAH LA PERANGAI BURUK ...MUKA MACAM BULAN !!!!!!!!!!! ..lawakkan orang yang mengata saya sebegini, pada saya itu penyakit jiwa yang selama ini mereka pendam..saya tak kisah pun, tak luak duit poket saya orang nak mengata saya, muka cam bulan?hahaaha..atleast saya ni PUTERI LINDUNGAN BULAN...;D

KALAU CANTIK TAK PER ...DAH LA PERANGAI BURUK ...MUKA MACAM BULAN !!!!!!!!!!!...ITU ADALAH SALAH SATU CAKAPaN ORG TERHADAP KO ...NAK LAIN ...SEMUA KAT DEPARTMENT AKU TAK BERAPA BERKENAN KO SIKAP BURUK KO TU ....SEMUA YA ....SO ..HATI2 LA .....BUKAN AKU CAKAP TAPI MANUSIA YG ADA MULUT CAKAP .....

Hahahahaahaa....so kawan-kawan, hati-hati ye dengan saya..kerana saya seorang kaki gaduh, yang suka menjaja cerita dan seluar dalam orang..makanya anda semua harus siap bersedia..!! yup!! ;D Jika anda seorang LELAKI yang GENTLEMAN YANG BERFIKIRAN MATANG BUKAN MS, sila tampil kehadapan membuat perakuan..jangan memanjangkan cerita yang tak kesampaian...!! be positive and matured!!

akan tetapi sekalung TERIMA KASIH kerana beliau memenuhi janjinya yang ingin memberi saya hadiah, tidak saya sangka beliau memberi hadiah tersebut, saya tahu beliau seorang yang baik tingkahnya, lemah lembut caranya malah saya akui saya senang dengan sikap dan cara beliau TAPI saya tidak tahu mengapa sejak dua menjak ini beliau seakan tidak berpuas hati terhadap saya kerana mungkin mendengar kutukan, fitnahan orang terhadap saya, tambah manis sepeket ajinamoto ditambah bagi menambah perasa untuk beliau membenci saya, tidak mengapa walaupun saya dengan TIDAK SENGAJA terdengar rintihan beliau kepada orang lain diikuti gelak tawa, tapi pada saya semua ini hanya misscommunication..tak guna nak panjangkan cerita yang akhirnya tak dapat apa pun.

Jika kita seorang yang telah dewasa, diberikan akal fikiran, bertindaklah sewajarnya, tak perlu mengelabah memikirkan apa yang orang cakap tentang kita, just ignore, tapi itu lah ..bila saya diam orang akan kata saya penakut, bila saya melawan orang kata saya kurang ajar, mana patut saya pilih wahai kawan-kawan??? bila difikirkan balik semua ini lawak semata..sebabnya, bukan dapat apa pun..duit??? jauh sekali..makanya adalah lebih baik diam, yang pasti kita tahu arah hidup kita, azam kita goal kita..;D itulah positive!!!
tak perlu memanjangkan cerita yang memasing tak akan mengaku punca dan pengakhirannya..bak kata orang siapa yang nak mengaku berak tengah jalan???

Tarraa....my bday on3.Feb. yg lepas, tapi kwn baik saya telah beri lewat seminggu rasanya, tak budget pun dia nak bagi..

Wahhhhh....TQ ya kawan?? saya akan simpan dan ingat sampai bila-bila kerana kita pernah bergurau, bergaduh, happy sesama..itu lah namanya Rumlah persahabatan..sya syg kwn saya walau mungkin kawan saya tidak mengaku lagi saya ini sbg kawan baiknya...

Besarnyer...TQ..!! tak pernah dapat teddy bear sebesar ini..


Posing jugak...!!


TQ ya kawan......cuma saya
berharap dan jujurnya maafkan saya sekiranya ada gurau senda saya selama ini membuat anda tidak puas hati atau marah..sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan khilafnya, percayalah kata-kata maaf itu tidak akan merendahkan keegoan diri dan tak luak kata maaf pada seseorang walaupun setiap hari kerana dengan maaf itu manusia menjadi hisab kepada dirinya sendiri..amin!

Cuma pesan dan harapan saya, bersikaplah seperti orang dewasa yang matang fikirannya...siapa pun anda, dimana pun anda yang pernah berkawan dengan saya, yang pernah bergurau senda, bermasam muka, yang pernah memfitnah saya, mengumpat saya mengata pelbagai perkara, melaga-lagakan saya dengan kawan-kawan saya, mengutuk rupa paras saya, membuat spekulasi tentang personal life saya dan kehidupan saya, atau hasil kerja saya dan segala baik buruknya..ingin saya lafazkan secara rasmi,
 saya Nur Hidayah dengan rendah diri dan lapang dadanya memaafkan anda semua wahai kawan-kawan..buruk baik anda terhadap saya tidak akan saya lupakan, kerana anda pernah menjadi sebahagian orang yang pernah menceriakan hidup saya, apa guna nak meluahkan isi hati kesana kemari yang akhirnya tak kesampaian pun kisahnya..besar harapan saya kerana hidup kita ini hanya sekali, takut dah mati esok tak sempat nak maaf memaafin.


P/S : Volkswogen beetle melambai-lambai sudah..saya pergi dulu.....;D

No comments: