Friday, December 17, 2010

Sekilas pandang sebagai renungan...

Salam 1 Malaysia to all my reader around the world...hari ini topik yang Nonor nak sampaikan sedikit berat, cerita pasal kahwin, atau nak kahwin dan macam-macam....mungkin ramai yang mengimpikan pasangan hidup yang ideal ( ala2 Brad Bitt and Angelina Jolie ) atau lainnya yang ada chemistry, mengimpikan keluarga yag bahagia, pasangan yang muda jelita ataupun tampan..tapi sebagai manusia kita tidak mampu menolak ketentuannya.. seperti juga aku...jodoh pertemuan di tangan Allah...apabila Allah katakan 'Qun fayaqun' maka akan terjadilah, walau apa jua cara kita menolaknya.

Bab jodoh, kahwin dan penceraian...setiap individu akan melaluai proses kehidupan yang berbeza, mak aku kata PERKAHWINAN IBARAT PERJUDIAN..maksudnya kalau dapat SUAMI/ISTERI yang bagus, maka harmoni lah hidupnya, jika dapat SUAMI / ISTERI yang tak bagus, begitulah sebaliknya, future is mystery...tiada siapa pun yang mengetahuainya, malah nasib seseorang itu juga...dalam masyarakat kita, terutama masyarakat melayu, isu perempuan kahwin lambat dianggap andartu,( aku belum lagi andartu ) isu poligami/bermadu dianggap perampas, ( aku bukan dengan laki orang ) dan kahwin duda/janda ( mungkin ) dianggap seperti tiada lelaki bujang untuk dibuat suami..tapi itu sebenarnya semua sudah dianggap terlalu TABU dalam masyarakat kita.

Segelintir masyarakat kita memang mengambil berat dengan keadaan sekeliling seseorang yang mempunyai ciri TABU diatas, sama ada dikawasan kejiranan, kawan-kawan atau ditempat kerja..ambil berat yang dimaksudkan selalunya terarah kepada negative persepsi oleh mereka, pada mereka orang yang berkahwin lambat ini dikira terlalu mencari kesempurnaan, terlalu workaholic atau cerewet..dan ada juga yang beranggapan berkahwin dengan suami orang adalah perempuan murahan, perampas, bla..bla..dan yang berkahwin duda/janda pula akan dikatakan seorang yang tak malu mengambil bekas orang lain, diperli pakej lengkap sebab akan dapat anak tiri and bla..bla..

Pada persepsi aku pula, kehidupan masa akan datang kita ini terlalu misteri, tak terduga oleh akal fikiran kita apa yang akan terjadi...kadangkala, walau sehebat mana kehidupan yang bahagia itu tak mungkin tak dilanda badai...mungkin nasib terhempas kepantai, hilang atau dimakan paus itu semua qada dan qadar dari ALLAH swt...disebabkan kritikan TABU itu, aku ingin menukarnya dengan persepsi air TEBU :D..nasihat aku pada golongan yang terkena tempias persoalan TABU itu, adalah banyak kan bersabar..kata orang tuhan turunkan hujan dan ribut petir, kita menangis..tapi sebenarnya tuhan berikan sinar pelangi selepas hujan itu dengan ketawa riang...that's why, we called future is mystery, its make someone stronger about fizikal dan mental.

Ada segelintir golongan masyarakat, yang masih ingin mengata bab dan perihal orang lain tersebut pada aku its up to uolls, BUT pada yang sudah berumahtangga atau belum tu, cukuplah mengata dan memfitnah serta ingin memalukan orang, cukup-cukuplah..cermin diri tu dulu dan lihat lubang hidung sendiri sama ada baki tahi hidung dan bulu tu dah dibersihkan ke belum?seperti yang aku cakap future is mystery...jangan kata orang itu ini tanpa usul periksa, adalah lebih baik jaga LAKI atau BINI tu bebaik sebelum nak kata kehidupan orang lain, ingat sikit anak yang sedang membesar itu, jangan sampai anak tu silap haribulan lagi parah dan kronik dari orang yang dikata ( hope so!!  ) Siapa pun anda sama ada sudah berumah tangga, bujang terlajak/andartu, anak dara atau apa sahaja, jagalah sikit mulut tu dari memfitnah orang tanpa bukti yang kukuh...dosa menyebarkan fitnah sama seperti membunuh orang,
 sekilas pandang dan sebagai renungan sahaja tiada kena mengena sama ada yang hidup atau yang dah jadi HANTUuuuuuuu...!!! ;D


EH ni bukan hantu..ni barbie...;D

No comments: