Saturday, May 22, 2010

- Vacancy -

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN



KEKOSONGAN JAWATAN:


A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.




PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

* photo ni tak pernah disiarkan dimana2 talian Televisyen tempatan*
Sebelum insaf, nak gak berangan jadi model katalog ke, model beriramama ke, * tetiba * tu yang selalu pose tak hingatt..
* annoying siotttt *


Selepas di insafkan aku memilih jalan simply siti...* tetiba * jangan wehh..nangis Datuk K!!

IKHLAS,
Nasib nama ku membawa maksud CAHAYA PETUNJUK...TQ MUM&DAD!
SWEET ADVICE :
Siotkan?aku dapat vacancy alam Barzakh ni dari kawan dalam akaun tagged..perrghh..apa2 pun bagus juga untuk kita saling ingat mengingatkan yang kita hidup didunia ini cuma sementara sahaja..makanyer renung-renungkan dan selamat beramal...!! :D

3 comments:

Anonymous said...

Nor..baik ko ubah gambar tu...ko letak la gambar pakai selendang gaya siti kat atas..pastu ko pakai purdah nampak mata lak kat bawah,,,baru sesuai...mekap mata bg vouge skit...mantap..meletop..

rome said...

huhuhuhuhu....
vacancy nie khas pd org yg nak sgt2 keje!!!!!!!...yg pic tu mmg gempak especially yg pic "maut" tu...tak ble bla...!!!!!...
congrat!!!!!!!

Ini Diari Kehidupan said...

hohoho..kelas kau punya gambar..patot kau letak gmbr purdah..

anyway thanks for the info