Saturday, September 7, 2013

" Moment 20 Weeks "


Holla semua...Chak Ba!! hahaha...Semalam last syawal..memang terlambat bebenor nak ucapkan Selamat Hari Raya kan? actually aku memang dah malas benar nak hupdet blog yang sebulan sekali je kujengah...rajin blogwalking yang patut-patut je untuk mencari any info..Kini aku dah genap 20 Weeks of pregnancy, dan balance lagi 20 minggu until deliver...eerrmm...feeling excited, dan bermacam feeling aku hado..preparation untuk membeli kelengkapan baby aku dah listkan apa yang aku mahukan malah aku dah prepare list sebelum, sedang dan selepas semuanya...samalah macam kita nak kahwin kan? preparation itu penting uolls..malahan pelbagai info aku dapat dari blogwalking ni.

Untuk membeli baby stuff tu aku tunggu mak aku turun KL awal december nanti, coz dia lebih tahu apa yang perlu dan tidak untuk dibeli bagi mengelakkan pembaziran, malah kita boleh jimat dan beli benda lebih penting kan? seronok rasanya shooping dengan mak sendiri berbanding dengan rakan taulan yang sah-sah semua Ok jek..hahah tapi dalam hati kalau dah nampak confirm ya ampun tarik je ar kan? hubby pula more excited nak tahu gender apa, but for me still early, coz masih perlu harungi balance 20 minggu tu..nak beli barang sikit-sikit dari sekarang pun pada aku no problem, nak beli 2 bulan sebelum deliver pun no problem, tapi faham-faham je ar orang tua kurang gemar kita beli awal-awal baby stuff ni..so anak ini menurut perintah..dalam hati tak sabar nak shooping wooooo...!!! first time lah katakan..hamboi!!

Awal mengandung alahan aku gosok gigi je mesti muntah, so tips aku kalau lepas makan kena tunggu isi perut tu betul-betul hadam baru gosok, tapi aku tetap gagah menggosok walau muntah, siap beli listerine selepas gosok gigi coz rasa cam tak puas gosok diselang seli dengan senak perut nak muntah..bab makanan tiada langsung alahan, apa jenis pun aku mampu telan bukan makan je ye? hahhaa..over!! malah aku semakin rajin masuk dapur, ada je benda aku nak buat, tak boleh duduk diam, walau badan kadang rasa macam nak demam..malah akhir trimester pertama tu bulan puasa aku siap ambil tempahan kuih siput untuk hari raya, punya rajin mengentel siput sampai rasa nak patah pinggang den..ko orang yang pernah buat kuih siput ni kompem tahu rasa menyiput tu kan? hubby memula larang gak coz katanya aku ni aktif betul, risau perkara yang tidak diingini berlaku, tapi bila masyuk order dia pula yang tolong buat semua...hahahah..rezeki hari raya memang berbaloi dengan menggentel siput tu..and alhamdulillah until now sampai raya deepavali ni ada tempahan masuk..syukur..!! ;-)

Bila masuk second trimester ni aku kurang makan tapi still rajin nak masak, kalau makan nasi tu separuh je, masak kemain macam makan untuk 4-5 orang..jumpa doc aritu berat badan turun 2 KG, doc tanya kenapa? aku jawab ntah ek, takde feeling melainkan nafsu teringin yang membuak, tapi bila dah dapat..sesudu dua je pun aku rasa dan makan..tapi yang penting takde alahan..as long as aku scan baby aritu dia sihat cukup segalanya alhamdulillah lah...cuma bebaru ni aku diserang selsema, jumpa doc minta ubat selsema, makan sebiji jek..now day beransur kebah..bab malas belum lagi menjengah..rajin memanjang...ada je benda nak dibuat..otak ligat pasni apa nak buat, jangan tak tahu list untuk preparation untuk ambil confinement lady, akikah, korban, anniversary, and holiday untuk tahun depan pun aku dah buat...over sangat kan? siap plan tu kalau plan A tak jadi atau tak OK aku buat plan B...muahahah..

So pasni kalau den rajin den akan share pada mommy to be out there yang mungkin macam aku gak nak cari maklumat apa yang perlu dibeli atau any tips before and after berpantang or nak amik confinement lady ke apa ke kan? will share only at inibelognonor!!!
Sharing is caring!! ;-)



Last but not least...posing berhari raya...over!! muahahaha

P/s : Feeling nak khatamkan mengaji Al-quran semasa pregnant ni..inshaallah...

No comments: