Wednesday, February 13, 2013

- Testing pemanggang brand IKAN -


Good morning, alhamdulillah syukur nikmat diatas pemberiannya...pagi-pagi ni usai solat subuh mata aku memang celik je ler..tu pun tengok kalau takde benda nak dibuat memblog atau mengemas..dek hari isnin lepas kami laki bini dah mengemas umah bagai so, seminggu ni relek lah sikit..tunggu next off day rutin harian bermula kembali lah bab nak mengemas, membasuh, memasak and act..and isnin tu juga dapat extra job act terpaksa  aku dilepaskan dek last minute pemberitahuan dan aku nak rehat..:-( kalau time bujang dulu bolehlah..and seronok membuta je memanjang, tapi bila dah kahwin ni ada lah teman untuk buat macam-macam perkara, so rasa tak bosan sangat kat situ.

Ok, aku dah janji entry lepas nak share sikit hadiah yang aku dapat dari uncle aku masa wedding aritu so, my hubby dah trial and masak guna pemanggang tu, so far kami guna baru 2 kali, first hari tu masak ikan sahaja...tapi isnin lepas, my hubby nak masak special untuk aku katanya..so pagi-pagi lagi kami ke Tesco ampang, beli ayam, and stock up barang-barang dapur untuk bulan ni, disebabkan dia ni memang tak suruh masak pun memang suka masak, so aku tak leh nak kata apa lagi dah lah.

Alhamdulillah dengan hubby aku ni so far bab bertoleransi dan kerjasama dalam hal masak dan mengemas rumah ni langsung takde masalah, maybe because his chef + punya pengalaman so, jika dia nak masak aku pula harus lah kemas rumah, basuh baju, and jika dia mengemas dan basuh baju aku pula start masuk dapur..simple life, simple coversation and perlu ada toleransi serta kerjasama..baru hidup jadi mudah..betul tak?

Siapa kata jika kerjaya chef kat rumah chef malas masak? so far tak semua chef malas nak masak kat rumah kan? cuma bezanya kalau dia masak tu maybe simple ( ikut mood gak ) yang tak tahan tu cerewet sikit lah..contohnya macam aku ni, kalau dia nampak aku potong bawang..ada je nak dikomennya..salah tu potong macam tur, macam ni..macam tu..haihh sabar jelah..tu pasal kalau nampak dia dah pegang sudip jangan mimpi nak masuk dapur, better sapu sampah, masukkan baju kat mesin basuh sambil lipat baju layan muruku tengok TV ye puan-puan..simple life..hahaha

 Ok, this simple menu yang my lovely chef in the home masak,
trial guna pemanggang brand IKAN tu just ikan tu letak garam dan kunyit perap seketika dan panggang sahaja. TANPA menggunakan setitik minyak tau? lepas tu buatlah sambal ikut selera anak tekak dan cecah masa makan..sedapp betul makan dengan nasi panas-panas...haihh..lapar pula!! 
** tetiba **


Ok, second time guna benda alah ni.


Tarraaa...ayam yang diperap menggunakan kunyit + garam kemudian dipanggang tanpa menggunakan setitis minyak!! bila dah masak minyak dari ayam tu sendiri pun keluar punya banyak!! peergghh patutlah selama ni lemak tepu kat badan tak hilang..huhuhu..


Then my hubby blander sikit cili padi beberapa tangkai, bawang putih, then goreng menggunakan sedikit minyak, naik bau masukkan oyster sauce, black paper and ntah apa tepung ntah dia guna..time tu curi-curi tengok, tanya dan belajar..disebabkan asyik layan TV kantoi lah nak tahu apa dia bubuh..tapi nanti lah aku bagi resepi, kena duduk tanya dia..baru dapat ilmu..so rasa kuah  untuk tabur atas ayam ni rasa pedas-pedas black paper + oyster sauce punya rasa..memang kaw-kaw rasanya..sedap siot + makanan sihat tanpa minyak...;-)


and taraaa..our simple dinner isnin lepas...goreng sawi+carrot ( minyak pun tak guna banyak ) alhamdulillah..kenyang perut den laki bini.
Oitt..ingat aku tak reti masak ke? eeerrmm..tunggu resepi and entry aku punya masakkan lepas ni ok? hahaha

So far my hubby boleh masak malay food, western food, chinise food and some vegetarian india food, bab pastry dia kurang sikit lah coz maybe bukan bidang dia sangat, tapi boleh lah dia cuba buat cuma kalau aku nak full ilmu pastry tu aku boleh amik dari my mum and my untie lah..coz setiap kali aku balik ada je macam-macam kek or biskut mereka buat..nanti jika ada kelapangan aku akan update entry vegetarian food from my hubby punya resepi ya? pasni banyak lah pula food entry..adoii...



P/S : Tak sabar menanti this coming april for our vacation edisi pantai timur..and next year punya oversea vacation...eerrm..ya allah permudahkan persiapan my mum ke tanah suci next year and murahkan lah rezeki ku..amin!! ;-)

No comments: