Saturday, August 11, 2012

** Diet VS Ramadhan **

Holla!! Good morning semua...alhamdullillah, dah ramadhan ke berapa ek? ntah berapa aku pun tak ingat..bila check jadual kerja..eh..eh..minggu depan raya lah..sebab nampak collegue punya roster ada tulis HR ( Hari raya )...eerrrmm feeling ko?? mahu tak feeling beb, tahun ni aku kena korbankan cuti raya pada rakan yang lain sebabnya aku kena JIMATkan cuti raya aku untuk tarikh-tarikh penting yang tak lama je lagi...!!

Amacam ramadhan ko orang tahun ni? kalau yang perempuan mesti kebiasaanya ni lah peluang untuk diet kaw-kaw kan?macam aku pula, tahun ni aku start puasa berbuka/sahur tanpa NASI ok?!! diulangi TANPA NASI..motif? nak kurus ke? kenapa bila musim ramadhan baru semua sibuk nak diet bagai ek? Ok, aku takdelah nak kurus murusnya pun, cuma nak mencuba je..boleh ke idak?
** aku tak nak kurus sangat **

Boleh lah dibanggakan sebabnya aku mampu bertahan selama 9 HARI je ko!! hahahaha...Ok tak? yang tak boleh tahan tu kena gak makan NASI sebab aku balik KG mak aku masak sedap-sedap beb!! gila ko mak masak sedap-sedap ko tak nak makan? kang kempunan sepanjang balik KL nangis susah pulak!! makan je lah..pastu pergi Skudai pula buka pose kat umah untie aku..pi pasar ramadhan nampak nasi ambang..peergghhh...tak boleh tahan..malam tu pula ada meeting sana sini then balik semula ke rumah makan lagi..haihh..camno tu?


Muahahahaahahaha...nampak sticker atas ni? MOTIF? kalau boleh aku tak nak lah anak dah berderet esok baru nak pakai itu ini macam gambar kat atas ni..banyak-banyak blog kalau aku blogwalking aku percaya blog yang mengamalkan pemakanan seimbang dan disertakan dengan senaman jek!! lain dari itu Maaf lah ya? macam sticker kat atas ni dia punya blog banner tau!
 aku pun tak tahu nape akak ni tak suka pakai korset, maybe pada beliau mengekalkan pemakain itu cuma sementara dan tak original selamanya..pada aku pula itu hak masing-masing.!! ;D tapi aku tabik kat akak ni sebab dia berani expose dan melakukan perubahan dengan cara yang betul!!

Macam aku pernah gak pakai korset morset ni dulu, tapi sayangnya kulit aku ni agak alergic, bila pakai je merah..dah la pakai nak bernafas macam robot, beli satu tapi nak pakai hari-hari pula tur, bilanya nak cuci dan kering? dah lah nak cuci ada aturan tak boleh ko buang je suh mesin basuh tu yang basuhkan..last-last tanya doctor, jawapan paling class aku dapat dari doctor : 
" awak muda lagi cik adik oit, tak beranak pinak lagi, pi lah sana main badminton ker dari beli pakai ntah apa-apa tu "
bebelan yang sama aku terima dari mak, untie and uncle aku..so, tak leh nak kata apa ar..last aku dapat rahsia boleh maintain kurus tapi jangan kurus sangat ni dari uncle aku je, aku percaya sebab dulu dia demok ok? sekarang..pergghh..eermm...haiihhh maluuu...:-( yang penting tak keluar sesen pun untuk slim!!
tapi kalau aku tak diamalkan tak guna gak..;D

Ok ini hari pertama aku berbuka pose hari tu..

Esoknya tur, masak meggi goreng, almaklumlah masa ni memang tak makan nasi, makan sesorang lak tu..;-(

Set Medium Pizza 2 pax

Time ni kuar dating ler..baru makan sesedap anak tekak jap!!
TQ Laling tiap kali kuar belanja i...hihihi ;D

Set Combo Ayam masak merah + nasi beriani + kangkung goreng + Cendol + air sirap

Dah lepas balik JB, jumpa pula my BFF yang rajin belanja aku makan gak!! terus pilih nasi beriani ko!! muahahaha......
makan kat Nyonya Penang Restaurant bukit tinggi !!
Cedap!! ;D

Popia + buah tembikai + keow teow goreng

Masa ni dapat makan FREE lagi, company hotel belanja..TQ so much juga!! makan ni je kot..and dessert..yang lain tu tak leh nak masuk sebab perut dah masuk angin, sahur pun kadang sempat kadang sempat minum air dan kurma jek..peergghh ikut sunah nabi beb!! ;D

Popia sardin + sosej

Last sekali semalam mr aminor kita yang rajin masuk dapur dah macam segman Bro..tolong masak!! rajin benorlah mamat ni bagi aku popia sardin siap dalam letak cendawan panjang lagi tur..haihh..TQ so much lah..ko lah kawan jantan aku yang rajin benor bagi makanan, melayan kerenah aku dan rajin jemput makan umah ko bagai dengan kawan-kawan kg ko..bukan tu jek..kepala pun best..rasa terharu pun ado..almaklumlah aku ni takde adik beradik jantan!! apa pun TQ ler..ada masa aku bagi entry KHAS untuk ko dalam blog aku ni..kompem pasni ramai yang komen blog aku kalau aku siarkan gambar ko!! hahaha ;D

Ok pesanan aku masa ramadhan ni jangan membazir, kalau boleh sebulan sebelum pose, senaraikan makanan yang ko orang teringin nak makan, beli sehari sekali je juadah yang teringin ko nak makan, jangan beli semua..membazir!! lagi satu, kalau ada orang invited makan free buka pose, pergi jelah..rugi tak pergi..muahaha

" SESUNGGUHNYA BERJIMAT DAN KEDEKUT ITU ADALAH BERBEZA "


P/S : Tahun ni dah dua kali dapat baju raya orang sponser ...
TQ so much my lovely sis!! ;D

No comments: