Wednesday, May 23, 2012

" Kenapa mesti AKU? "


Holla there, nonor ingat nak post entry pasal trip bacheloratte holiday tempoh hari, tapi emosi nonor sekali lagi dicantas oleh orang-orang yang mulut kaki superb bau longkang, kali ini memang tiada tapisan dibuat..sebab aku naik menyampah + muak dah dengan corat-coret belakang tabir..makin aku diam makin ada je kaki cucuk satey kiri kanan, so entry tersebut mungkin nonor post esok atau lusa, dah draft just gambar je tak muat turun lagi..!!

Entry ni berkisar tentang satu hamba tuhan ni biarla aku gelarkan huruf " A " dan kisah ni aku ringkaskan je lah..sebab buang masa taip benda merepek ni..cuma aku manusia biasa, perlu juga luahkan kat blog ni sebab kalau nak cerita kat manusia kaki cucuk satay memang lagi dasyat dari blog, blog ni lah sahaja medium untuk aku luahkan perasaan dan orang yang memang terasa je WAJIB baca blog ni bagi memahami situasi aku dan jangan dok sondol tuduh melulu kata aku itu ini!! ** ADA FAHAM? ** yang tak terasa je rajin balas komen bagi nasihat!!

Si "A" ni dah berusia dah pun, orangnyer memula suai kenal sokmo OK jer, dipendekkan cerita si "A" ni nak jual satu barang KHAS untuk perempuan kekal langsing, aku menolak dengan cara baik, bukan disebabkan aku tak mampu nak membeli product tersebut, tapi memang aku tak nak dan tak akan amik product tersebut dek kerana pembayaran mestilah melalui AEON credit card what so ever, bila aku dengar cara pembayaran melalui bank ni sah-sah lah ada intrest / bunga betul tak kawan-kawan?  macam gak kita beli kereta dan rumah, kalau bakal laki aku jutawan atau aku pun jutawan aku tak akan beli product ni dengan cara pembayaran sedemikian, sebabnya cukup lah nak membayar tunggakan credit card aku tur, tu pun dah tutup!! sebab aku tak suka banyak HUTANG!! nak langsing punya pasal hanya untuk berhutang anda mahu ker? worth it lah kalau ko orang rasa mampu untuk melakukannya
TAPI TIDAK UNTUK AKU!!

Mungkin si "A" ni nak cari duit sangat so, dengan cara begini dia pun offered and introduced kat kawan-kawan sekerja, aku tak kisah pun baguslah bila rakan-rakan rajin cari duit sampingan dek nak sara keluarga, so untuk apa aku nak menyibuk betul tak? satu hari tu, si "B" cerita kat aku si "A" ni jual barang dok push-push dia je, ikutkan dia tak nak beli tapi disebabkan kesian si "A" ni bersusah payah datang umah tanya itu ini, dia beli je lah, dah submit nama bagai..then bila satu hari tu kami kerja bertiga si "B" ni asyik buat memek muka dengan mata melirik-lirik ke arah si "A" aku pun bertanya apahal yang ko orang bualkan ni? macam bergaduh jer?
** Perbualan mereka dalam bahasa tamil **

Si "B" diam walaupun mata dan memek muka macam bengang, lalu aku tanya si "A" nape kak? Si "A" balas..tak yang..ni pasal business tur...so, aku tanya "B" ko dah belikan? so apa yang kecoh sangat? si "B" masih diam tapi yang jawab si "A" dah beli yang..cuma i nak dia punya slip gaji je...yang haritu dia bagi tak jelas, tapi aku mencelah dan berkata dah beli tapi kenapa nak bagi lagi slip gaji? yang dulu dah approved kan? AEON nak slip gaji tu ker? harga tu RM3000 lebih kan? untuk tempoh 3 tahun? tapi mestilah AEON ada intrest. Untonglah AEON..lalu SI "A" mencelah..mana ada yang, AEON tolak tiga ribu tu jek, then aku cakap balik, mana ada, tiga tahun tu monthly tu lah yang wajib kita bayar sampai 3 tahun, tiga riban lebih tu untuk bayar barang tur..contohnya cuba darab rm160 X 36 bulan? bpe dapat? tolak harga barang tiga riban tu je lah..yang lebih itulah intrest untuk AEON.

Si "B" tercengang dengan skill ceramah aku, lalu muka bertambah masam, si "A" lagi muka bengang dengan aku, lepas si "B" balik jer si "A" kata aku kena kan dia depan "B" Helloooo..apa aku buat? aku ceritakan benda betul..mana ada benda FREE lagi kat dunia ni, bersyukur, oksigen dan udara yang kita hembus ni masih FREE, kalau berbayar?? so aku ignore jelah hal makcik-makcik ni kan...aku sangka kan hal tu dah settle antara mereka, tapi lain pula ceritanya, si "B" mengadu lagi kat aku si "A" minta duit RM140 sebab barang tu dah keluar, dan nama dah approved di AEON, dan si "B" kata dia nak sambung belajar atau mungkin nak berenti kerja cari kerja lain, dia bimbang sekiranya bayaran bulanan dia tak mampu nak bayar, sebab pinjaman barang tu dah terikat 3 tahun..dan paling dia risau kalau sangkut tak bayar nanti dia susah nak buat pinjaman beli kereta.

Lalu sebagai seorang rakan sekerja yang mendengar luahannya aku pun cakap lah, kalau ko rasa mampu ko beli "B"..kalau tidak ko cakap elok2 dengan mereka, cakap dengan aku tak guna, sebab bukan duit aku pun..betul tak kawan-kawan? then, keesokkannya aku datang bertugas seperti biasa..
Dipagi hari yang indah aku dapat cerita dari "B" bahawasanya semalam si "A" dan si "C" bercerita pasal business mereka, si "C" ni adalah orang yang excited dalam business ni dan membawa si "A" terjun sama dalam bidang MLM ni. "B" bagi tahu si "C" tanya dia dengan ayat begini "B" betul KE si NOR tak bagi ko beli barang ni? lalu si "B" kata apa kena mengena nor dengan barang tur????

OK fine, bila aku dengar je macam tur aku rasa time tur memang aku dah bengang tahap vavi dah..hellooo orang baru nak belajar jadi businesswoman, meh sini " C " aku nak cakap, whatever lah ko dengar mulut vavi mana kata pasal aku, boleh tak ko sendiri tanya aku secara
 PROFESIONAL KO SEBAGAI BUSINESSWOMAN??
tak kisah lah ko dengar aku benci ko ke, tak suka ko ker, what so ever, tapi boleh tak ko yang mengelarkan diri ko PROFESIONAL tu datang nicely tanya aku elok-elok?? Ko memang tak peranh buat, tapi judge aku memang dasyat!!

Disebabkan satu tempat kerja dikuali rezeki yang sama aku pun tak nak bergaduh hanya benda remeh temeh macam ni, memang old school cara nak mengumpat ber"SMS" ni wei...apapun ko gelar nama aku dan saved nama aku kat mobile phone ko tu pun aku tak kisah lah wei...ini kan nak masuk campur hal business ko!! memang sesuai ayat ni " ADA AKU KISAH? " jujur aku cakap memang aku tak suka cara ko!! itu lah cara ko dari dulu yang suka dengar cakap orang yang suka cucuk lubang hidung ko melangit puji ko, TANPA ko sedar orang yang puji ko tu keji ko depan aku..!! ada ko tahu?

TAPI untuk aku, biarlah....biar tuhan yang balas!! lagi pun aku malas nak layan makcik-makcik yang anak dah berderet tapi masih lagi dok bergossip life orang lain dan merasa life mereka macam superb ala Kim kardashian!! Apa pun ko orang nak gossip pasal aku, aku tak heran, business ko orang aku nak jealous? lagi lah aku tak heran, sebab apo?? BUKAN AKU DAPAT DUIT pun..aku amik business kecil-kecilan dengan artis pun aku tak gebang, life aku superb ke tak superb pun aku tak gebang!! ko tau sebab apa? because i'am not perfect but i'am limited edition!! ;) ada faham?

Ko nak kata life aku macam kisah fasha sandha ke siti ke apa ker aku tak kisah, sebab apo? SEBAB YANG DATANG MINANG AKU ADALAH MAK, AKAK, SATU KELUARGA DIA!! yang KO TU SAPA? pula tu sibuk dok cerita hal kawan-kawan aku dulu kahwin dengan bangla lah, itu ini lah...ko siapa? cuba duduk kat umah tu pikir balik dan tengok muka anak ko sorang-sorang....tengok..dan tengokkk...jangan sampai apa yang ko dok kata orang terbalik kat muka anak ko sendiri!! itu je lah amanat aku ni!! dan kalau ko nak tahu aku pun tak pernah amik tahu pun hal ko, tak kira lah apa pun jadi kat ko wahai "C" aku cuba respect ko sebab ketua kat tempat aku, bicara hal kerja lebih bagus, lagi pun bukan semua juga ko perfect dalam hal kerja, dan bukan semua juga aku perfect dalam hal kerja, jadi respect lah rakan sekerja ko, bukan nak mengata orang ini dan orang itu..gosip pun janganlah mendatangkan fitnah!! fikir sikit!!

Dan yang paling penting aku guna telepon bila hal penting untuk call family kat tempat kerja tu ko charge dan aku bayar, bukan aku guna call tempat kerja, call untuk buat business!! dan guna internet buat business time bekerja,
TAKE NOTED ya?!! kalau nak tahu business MLM ni ibarat ko jual putung rokok tapi orang sanggup beli bukannya jual ikan haruan ko kata ikan keli!! fikirkan...

Fuhhh..lega dah luah..kang stress takut bagi penangan terus kat orang-orang macam tur..meditasi begini lebih baik!!

Sekian, TERIMA KASIH BLOG!!

No comments: