Tuesday, February 14, 2012

- Adakah customer always right? -




Holla there...fuhhh...nak wish valentine day..tapi takut lak kena boikot ;D so, nak wish happy birthday to all yang sambut bday hari ni Feb 14. and pada aku tarikh itu tak penting sebab setiap adalah hari untuk kita mengenal erti kasih dan juga sayang tidak kira dengan kekasih, family, tuhan dan rakan taulan..
Ok lah rasanya semua orang dah tengok rakaman dari you tube tentang kisah nak makan KFC sekali kena makan penumbuk ni..!!

Ok lah disini aku nak bagi beberapa pandangan dan idea tentang sikap orang kita ( tak kira melayu, cina dan india ) terhadap obsesnya jika nak makan sesuatu makanan...tapi sebelum aku memberi idea dan pandangan sisi meh kita tengok kisah pasai AYAM ni secara Am oleh orang yang download vedio ni :-

Rakaman Sebelum Pekerja KFC Membelasah Pelanggan :
Setelah pelanggan diberitahu kehabisan ayam }
Translator dari salah sorang komentar :-
-----} Pelanggan tu cakap dia dah tggu punya lama blh ckp soory ka..dia mau complain mengenai servis KFC I-city? kurang bgus..
-----} Pekerja dah bersabar, tapi pelanggan tu tetap berdegil nak dapatkan details KFC tersebut utk buat report, 1st round pekerja kfc dpt bersabar..
tapi bila dah kene provoke banyak kali tu yg ada yang baran dan dah hilang sabar keluar utk 'settle'..


Ok, dah dapat gambaran dan video sekali kan? Ok, tak nak panjang lebar memberikan hujah, * ewah * just nak cakap je lah...kalau rasa nak makan kat mana-mana kedai atau restaurant tapi tempat tu penuh orang, lupakan hajat tu dan cari benda lain untuk dimakan...tak mati lah tak makan betul tak? fastfood lain pun ada, lebih bagus masak kat rumah..buat apa bazir masa dan air liur untuk marah orang hanya kerana AYAM, walaupun customer yang bayar gaji atau customer banyak sangat duit tapi sebagai MANUSIA yang BERTAMADUN, sila lah HORMAT individu lain..HARGA DIRI dan MENGHORMATI orang lain adalah lebih BERHARGA dari wang ringgit!!

Aku sendiri pun pernah punya pengalaman bekerja disebuah restaurant fastfood, jujur aku cakap gaji memang ciput, nasib dapat makan free dan pakaian free, penat tak payah cakap lah, lebih-lebih lagi kalau hari tu kena kerja kat bahagian kitchen, atau mop lantai dari depan sampai belakang..fuhhh!! tapi disetiap restaurant fastfood ada procedure mereka sendiri, ayam mestilah FRESH, dan panas..si tukang masak ayam pun kena check ayam, time nak masak dan sebagainya dan paling penting mereka kena budget supaya ayam yang diamasak tidak dibazirkan sehingga restaurant tutup TAPI kalau stock ayam tu datang lambat tak kan lah nak masak daging kot?? so to all customer kena lah sabar..mereka akan buat kerja punya..kat kitchen pun ada cctv beb!!

Manusia juga ada limit kesabaran, dah penat kerja kena maki dengan customer depan orang ramai tentu sekali kita malu..betul tak? and diri kita sendiri kalau service tu lambat pergi counter dan cakap elok-2elok nak jumpa supervisor, informed them about apa yang kita tak puas hati, jangan sound maki orang dengan tak beradab...superior yang bertugas sepatutnya memantau keadaan customer, treat them as good as you can...bagi lah mereka duduk sebentar sementara menunggu ayam masak dan dan bagi mereka minum coca-cola ke untuk tenang kan mereka..confirmed mulut mereka senyap!!

And sebagai staff juga anda patut bersabar..sabar saja lah..ignore orang yang macam ni, and kalau boleh bincang dengan superior bagi je kentang lebih tanda maaf diatas keterlewatan..semua ini tak menjadi masalah...betul tak?? disini saya nak puji KFC Staff di KFC Setiawangsa yang menggunakan service sebegini, contohnya saya pernah pergi dah lewat malam, KFC tu tutup jam 2 pagi kalau tak silap, saya order set lunch, and nak cheezy wedges, tapi sayangnya cheezy wedges dah habis, saya rasa marah sebab sepatutnya semua benda kena ada betul tak? tapi pekerja disitu memberikan saya kentang secara FREE sebagai tanda maaf diatas kecewanya saya tak dapat chezzy wedges tersebut..!! WOW good job guys!!

Kita juga sebagai customer kena lah bijak, dah tau datang lewat nak makan fastfood kena fikir juga, makanan yang dah lama mereka masak dari petang hingga ke malam tu bagus ke untuk dimakan?eerrmmmm...kan bagus rakyat Malaysia semua memikirkan kesihatan dari bergaduh hanya kerana AYAM??
Ini bukan soal racist atau apa..kita ni dah 1 Malaysia...rasanya sama je sifat manusia ni, yang membezakan cuma bangsa dan agama, so hal ni sepatutnya tak perlu diperbesarkan..betul tak??

-----} Istilah "costumer is always right" Sekarang ada masanya Tidak Relevan !
 Please respect each Other person!!!!

Sekian Terima kasih!! ;D

1 comment:

ZWAN SABRI said...

Isi video kfc tu menunjukkan falsafah pelanggan selalunya betoi tu dah x boleh dipakai.. HUHU