Tuesday, November 15, 2011

- Bersyukurlah -

 Holla there, lama dah tak berbelog ni...this month a little bit pening kepala hendak memikirkan pelbagai benda, but finally dengan kemahiran dan idea kreatif, maka bahan-bahan untuk end of this year ni telah settle dibeli..harap lepas ni boleh buka business benda alah tur..hehe, nama pun D'touch jejarinoury.com and hopefully everything become smooth for me, insyaallah..for my sahabat handai yang berada di KL and JB wait my invitation card ok?, insyallah....** Doakan kebahagiaan saya **

Ok now bila hari semakin hampir, aku macam demam nak mencuba pelbagai make up yang melambak dipasaran, tak kira dari yang mahal atau yang murah, dengan niat nak test mana satu yang sesuai diwajah, google punya google terjumpa article ni...rasanya isu semasa yang bagus untuk dikongsikan bersa...let's check it out....!!

Seorang wanita cantik Amerika mati akibat menyuntik lemak sapi panas ke wajah. Suntikan itu bertujuan untuk menghilangkan kedut di mukanya. Janet Hardt, 63, mungkin tak pernah membayangkan bahawa niatnya cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita asal Illinois, Amerika Syarikat, itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti dikutip dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.


Meskipun mengeluh wajahnya terbakar sesaat sebelum meninggal, kematian Hardt diduga kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada banyak orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.

Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi cenderung menyebabkan reaksi tempatan.Banyak orang yang mempunyai reaksi alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka terbakar. Mungkin itulah yang dialami Hardt.

Dah selesai membaca?? apa komen ada pula?pada aku lah, cantik macam mana pun dengan masa yang berlalu pantas ni..kita akan tua juga, kalau tak tua akan mati juga..paling penting amal dan takwa kita tur!! allahuakbar!! pedulilah pada mereka yang kata diri hebat!! handsome atau cantik!! nak mengata aku muka macam bulan kejora dipagar bintang ke bagai..sebab pada aku tak ada yang kekal didunia ni..yang penting mempelihara anugerah tuhan dengan sebaiknya..!! amin.!!

 ~ Renung-renungkan dan selamat termenung ~

P/S : Hidup ini kadangkala tidak perlu cemburu dan irihati dengan apa yang orang lain ada, tapi gunakanlah kelebihan yang ada untuk kebaikan semua orang, bukan menilai kelebihan orang dengan menyebarkan keburukan orang...kerana itu adalah fitnah!! - Kata-kata Mutiara - 

No comments: