Sunday, June 26, 2011

~ Bersanding masa bertunang ~

Holla there, hari ni aku just nak share something yang aku rasakan menarik tertarik untuk dikongsikan KHAS  bersama-sama mereka yang plan nak bertunang sama ada dalam jangka yang terdekat ini atau dimasa akan datang...skodeng punya skodeng aku tertarik dengan isu ini untuk dikupaskan bersama-sama, sekadar meluahkan sisi pendapat untuk pembaca diluar sana memikirkan perkara tersebut, mungkin agak klise disini, tapi aku tertarik, kerana aku belum lagi melangkah apa-apa alam pertunangan jauh sekali alam perkahwinan, so blog dua gadis yang sempat aku skodeng ni membuat aku terpikir semula, adakah harus, wajib, atau haram? :D eeerrmm, will see lah my majlis pertunangan and perkahwinan nanti macam mana yek? hehehe

Sekadar Hiasan, yang real coming soon... * ramailah PEMBENCIKU yang skodeng pasni *

Moh kita ikuti luahan pendapat dari blog http://noipunyablog.blogspot.com/ :

Kepada yang dah bertunang,diucapkan tahniah.
Kepada yang sudah berumahtangga,harmonikanlah ia setiap hari.
Bertunang hanyalah satu transit sementara menunggu ikatan lelaki dan perempuan yang halal dan sah.

Tapi,saya ada satu pertanyaan..Mengapa trend sekarang semasa majlis bertunang,si Tunang Lelaki akan hadir dengan berbaju Melayu lengkap bersampin sedondon dengan si Tunang Perempuan. Rata-ratanya selepas majlis mereka akan bergambar bersama dan ada juga yang duduk di atas kerusi bersama ala-ala bersanding.Nasib je tak sarung cincin sekali. Mungkin akan ada yang berkata "Eleh, ko tak buat macam tu sudahla, janganlah nak kutuk orang"..atau "eh,majlis aku,suka hati akulah..ada aku mintak duit kau?" atau juga "Ko tu bagus sangatke."


Blog kedua yang memberikan pendapat : http://lekatlekitgurl.blogspot.com/ 
Kalau dulunya Sang Teruna jarang nak datang atau bertandang kerumah pihak perempuan semasa istiadat bertunang di langsungkan. Dorang hanya hanya menunggu dengan penuh debaran kat rumah jer. Di terima ke? Di Tolak ke? Hantaran murah ker? Mahal ker? Pendek kata dorang hanya main teka silang kata atau teka teki je kat rumah sementara menanti rombongan meminang pulang untuk tahu keputusan dari perjumpaan tu. Betul tak??

Tapi tidak lagi berlaku di masa sekarang. Kebanyakkan Sang Teruna akan ikut serta dalam operasi menyerbu kerumah pihak perempuan untuk sesi peminangan di jalankan. Siap berpakaian sedondon lagi dengan Si Gadis. Ala - ala orang nak nikah & bersanding pula. Lepas sah jer bertunang mula la acara mengambil gambar didepan keluarga kedua belah pihak. Berkepit mengalahkan sesi bergambar suami isteri yang baru sah di nikahkan jer. Lepas tu ada lagi satu sesi potong kek. Tangan mu tangan ku bersatu kat pisau.. Senyum.. action nak potong kek & snap!

Bertunang, bernikah & bersanding dah takde beza lagi sekarang ni. Mungkin beza halal dengan tak halal jer kan?? Tapi aktiviti yang di jalankan kalau dulu bertunang takde sesi2 bergambar ala2 bersanding, potong kek berdua duaan macam tu tapi kini adat & budaya itu telah di upgrade. Sang Lekit tak cakap salah atau tak salah. Terpulang pada individu itu sendiri untuk melabelkan manis atau tak atau nak ikut adat lama atau budaya baru cuma sang lekit nak tekankan disini dengan munculnya budaya baru macam ni maka makin hilanglah adat yang atuk nenek, mak bapak kita pegang selama ni. Bab hukum hakam ni kita serah kepada yang lebih pakar jer yer.. Ilmu sang lekit ni terlalu cetek nak cakap bab2 tu kang jadi pertikaian pula.

Entri ni sekadara kupasan untuk pembacaan & perbincangan secara umum jer. Sekadar ingat mengingati diri sendiri & sesama kita. Apa yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Biarpun pepatah ni pepatah lapuk tapi rasanya masih relevan untuk di guna pakai.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger yer. Andaikata tempias ni terkena kat batang hidung sesiapa anggap la entri ni cuma kebetulan bukan nak mengaibkan korang. Apapun tersilap kata, terkasar bahasa sang lekit dengan rendah diri mohon maaf.



So, amacam? ko orang dah skodeng blog dia orang? yang aku copy paste tu sedikit intipati dari blog dia orang...HUH!! kalau pada sisi pandangan aku pula, suka ko orang lah nak bertunang macam mana gaya sekalipun kan? memang pun duit ko orang, tapi apa yang ditekankan dalam 2 blog di atas adalah tentang ADAT..biasalah, sampaikan ada pepatah mengatakan biar mati anak jangan mati adat..makanya mereka tidak mahu adat orang lama dilupakan dan diperlekehkan..tak gitu pembaca sekalian? ;D
Cuma pada aku, tak perlulah melebih sangatkan? kalau nak pose kat FB tu bukannya tak boleh, molek bebenorlah nak umumkan pada kawan-kawan yang lain, betul tak? tapi kalau majlis bertunang mengalahkan majlis perkahwinan, amat lah tidak senonoh untuk dipertontonkan..anda faham maksud tersirat den ni? hahaha..den pun tak lah kobar macam-macam, den ni pun sedang merancang, kang terlebih gaya nanti den pula dituduh lelebih pula, jadi THINK POSITIVE and be yourself, * tapi janganlah over poyo sangat kan? *

Renung-renungkan dan selamat termenung...;D



P/SAda juga masa bertunang dan kahwin nak menunjuk-nunjuk dengan rakan taulan yang pertunangan dan perkahwinan mereka itu gempak giler, kiranya macam baru dapat laki kaya...huk..huk..

3 comments:

Farie said...

sob sob... terkena batang hidung saya dgn entri ni! tapi takpe, good advise... and i ll take it as a lesson for the next generation...

Saya Noury said...

FARIE : bukan ko jek..aku pun merasa terasa..baru berangan nak buat..terpikir pulak..skodeng pnya skodeng jumpa 2 blog tulis cam tu..hhahaa..apa lagi..betul gak klo difikir2kan..hehehe..takut kalau time tunang grand giler,pastu putus...lagilah haruuu..T_T

Unknown said...

itu la pasal kan...dah berlaku pembaziran kat situ....satu kampung nak ajak hanya untuk majlis pertunangan sajok..