Monday, February 28, 2011

Apo2 Yolah February Gift...!!

Dimulakan dengan bismillah, apa khabar semua?? actually kan dah lama tau nak upload pasal hadiah kemenangan yang aku dapat dari Mr Suhami  http://anaknegori.blogspot.com/ tapi kan dek kerana tak de mood dan kesibukan kota, * ewah kesibukan kota * makanya hari ini aku just upload jelah beberapa hadiah yang aku dapat di bulan February ini, almaklumlah ini pun last bulan february kan?, so nak tahu tak apa aku dapat?lets check it out, BUT before that, aku nak peringatkan kat anda, engkau, aku, dia atau kamu, segala yang aku paparkan dalam blog ini hanyalah sekadar berkongsi manis2 buah jer ok? janganlah pula beranggapan aku nak menunjuk-nunjuk..sekadar berkongsi kemanisan kata orang..harap maklum lah yek seperti mana anda semua pernah baca blog orang lain selain dari i..;D    

Tara...ini lah dia hadiah kemenangan joint contest Apo2 Yolah Next Top Icon 1
Terima kasih lah Mr suhami yek?
Juara tau?hehehe

Selain daripada key-chain, apa yang boleh dibuat dengan benda ini ya?

On 3/Feb/ is my birthday so, every year hotel aku akan bagi sejibik cake to all staff yang lahir pada bulan-bulan tertentu pada setiap tahun...tahun ni dapat cake choclate..nice lar..coz of free lor..;D TQ..!!

Yup, Ratu Puteri Lindungan bulan bila berposing...;D
* ada lak pasni gelaran lain untuk aku? * hehe

Same month jugak hotel adakan annual staff party, tahun lepas tak dapat apa-apa pun, this year dapat lak hamper lucky draw lor....TQ..

Teddy Bear..huh, yang ini secreto ya...TQ so much to him..!!

Ok, ada satu dua hadiah yang dapat, termasuk lah hadiah on 14. Feb, tapi rasanya tak sesuai kot nak kongsi semua cerita kan? nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak!! bertambah gossip girly pula nanti,
apapun enjoy your weeked, senyum sokmo ye? ;D




P/s : Pernah juga ditegur muka senyum tapi tak nampak muda pun??
eerrrmm..pasni nak jadi robot lah..;D

Friday, February 25, 2011

Kini Bermusuhan

Jam menunjukkan angka 04:51a.m, mata masih lagi tak boleh tido, meluahkan perasaan aku pada abg SAARI JUSUH, mungkin ramai yang tak kenal beliau tapi bila sebut SAARI AMRI, pasti jugak anak-anak muda era moden tak berapa nak kenal, tapi cuba pi pusat-pusat karaoke mana pun pasti lagu-lagu beliau menjadi siulan sehingga kini yang dah menjangkau 15 tahun...beliau memberitahu saya karya lagu-lagu beliau more than 300 song lor..!!


Namakan sahaja penyanyi terkenal era 90-an daripada Ziana Zain (Madah Berhelah, Setiaku Di Sini, Kekal), Azie (Pelamin Anganku Musnah, Kau Tetap Dalam Anganku), Ukay's (Terasa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Seksa), Umbrella (Ramalanku Benar Belaka), Scan (Kau Dipaksa Aku Terpaksa) Zabarjad (Karam), Slam (Kembali Terjalin, Gerimis Mengundang), Spring (Butakah Cinta, Sejujur Manakah Kata-Kata), Aris Ariwatan (Lamunan Terhenti), Wings (Lena Diulit Intan), Awie (Bara), May (Meniti Suratan, Suci), Nash (Zahir Tak Terucap) sehinggalah Ella (Sembilu, Kabus Dan Sirna), semua adalah hasil ciptaan Saari Amri.


Tapi beliau paling ngam dan serasi dengan abg amir uks...paling banyak mendapat sentuhan lagu abg saari adalah untuk kumpulan ukays...kini abg Saari muncul pula dengan album kompilasi terbaru berjudul Tajam Berbisa yang memuatkan 22 buah lagu ciptaannya dendangan 21 orang penyanyi.
Album yang turut memuatkan lagu Lena Diulit Intan (Wings), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan) Madah Berhelah (Ziana Zain), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exist), Warkah Buat Kekasih (Way's), Luka Seribu Rindu (Fotograf) dan sebuah lagu baru berjudul Curang Dalam Terang nyanyian Renggo daripada kumpulan Arrow itu telah berada di pasaran sejak 7 Januari lalu pada harga RM29.90 (2 CD) dan RM19.90 (VCD Karaoke)..dapatkan dipasaran ya?
* padahal aku sendiri lum beli lagi..jgn marah ye pakcik amri..nanti nori beli..;D *


Pic baru with Edry.

Ko orang pernah tak dengar lagu dari kumpulan slam, tajuk KITA TERPAKSA BERMUSUHAN, actually lagu tu memang lagu frust tertonggeng kata abg saari, most of the song adalah al-kisah dirinya sendiri, berbalik pada kisah aku..dapatlah aku siapkan satu lirik ini, melodi nya pula ikut dari melody kumpulan slam ini dengan tajuk kita terpaksa bermusuhan, tapi aku tukar sikit jadi KINI BERMUSUHAN..wahh..gempak lak..tak sabar ni nak menulis lirik lagi...TQ to abg saari amri coz of memberi tunjuk ajar and tips buat lirik..ok lah jumpa lagi..sebelum berundur terimalah lirik lagu asal dari saari amri tetapi telah diolah oleh nori dengan tajuk :

KINI BERMUSUHAN..
Apa cerita nak kau hebah lagi
Setelah diri ku di simbah fitnah
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Paling jahat dimata engkau
Kemanakah
Hendak aku luahkan
kisah sebenarnya yang kau mahukan..

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
orang fitnah diri ini
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku hormat
Oleh insan digelar sahabat
Kini bermusuhan...



Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau nasihatku
Bila aku menduga mu
Kuat nya persahabatan mu
Pada aku
Di ketika itu


Sayang seribu kali sayang
Akhirnya terlerai jua
persahabatan yang lama terjalin
Mudah sungguh kepercayaan mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya
Engkau ucapkan


Kau bersahabat kerna apa..
Kau terluka ada makna..
Kau membenciku ada penyebab nya...

Lirik : Nori ( di olah ) / Saari Amri ( original )



P/S : L.A usa im coming soonnnnn...!! :D

Friday, February 18, 2011

Terima Kasih kawan-kawan!!

Hye there..fuhh...lama giler tak on9 and berblog..konon2 nak tutup blog ni sebab ramai yg skodeng bikin cerita panas kat belakang..time kerja lak tu..tak sesuai....tapi sekali tengok ada pulak yang follow blog ni lagi, walaupun tuan punya blog dah menyepi...TQ walaupun tak mengenali saya tp masih follow saya..TQ again...kenapa tetiba nak on9 berblog ni cik nonor oit? eh..saja jek, sebab nak bagitahu kat uolls semua yang saya ada dapat present special dari kawan baik saya, tapi saya tak tahulah sebab sekarang ni dia kata 
KO NAK CAKAP AKU NIE KAWAN BAIK KO ....????? LAYAK KER KO ?????????????PEREMPUAN ????????????????????..makanya aku tersedar dari lamunan..tapi tak pe lah..saya masih ingat pesanan beliau supaya menjadi positive..!!

Percaya tak kawan-kawan blogger? hidup kita ni bila setengah orang tengok kita happy setengah orang akan cemburu, bila hidup kita sedih setengah orang akan ketawakan kita, malah ada juga yang mahu mengaibkan, memfitnah dan melagakan kita dengan teman-teman rapat kita hanya dengan kata-kata yg mungkin sama ada kita sedar atau tidak kita TIDAK pernah menyatakan perkara tersebut, apa lagi kalau nak kata LELAKI itu sial..!! tapi tidak mengapa, itu cuma mainan mereka yang mahu melihat kita jatuh dan kita TIDAK PUNYA KAWAN..

KALAU CANTIK TAK PER ...DAH LA PERANGAI BURUK ...MUKA MACAM BULAN !!!!!!!!!!! ..lawakkan orang yang mengata saya sebegini, pada saya itu penyakit jiwa yang selama ini mereka pendam..saya tak kisah pun, tak luak duit poket saya orang nak mengata saya, muka cam bulan?hahaaha..atleast saya ni PUTERI LINDUNGAN BULAN...;D

KALAU CANTIK TAK PER ...DAH LA PERANGAI BURUK ...MUKA MACAM BULAN !!!!!!!!!!!...ITU ADALAH SALAH SATU CAKAPaN ORG TERHADAP KO ...NAK LAIN ...SEMUA KAT DEPARTMENT AKU TAK BERAPA BERKENAN KO SIKAP BURUK KO TU ....SEMUA YA ....SO ..HATI2 LA .....BUKAN AKU CAKAP TAPI MANUSIA YG ADA MULUT CAKAP .....

Hahahahaahaa....so kawan-kawan, hati-hati ye dengan saya..kerana saya seorang kaki gaduh, yang suka menjaja cerita dan seluar dalam orang..makanya anda semua harus siap bersedia..!! yup!! ;D Jika anda seorang LELAKI yang GENTLEMAN YANG BERFIKIRAN MATANG BUKAN MS, sila tampil kehadapan membuat perakuan..jangan memanjangkan cerita yang tak kesampaian...!! be positive and matured!!

akan tetapi sekalung TERIMA KASIH kerana beliau memenuhi janjinya yang ingin memberi saya hadiah, tidak saya sangka beliau memberi hadiah tersebut, saya tahu beliau seorang yang baik tingkahnya, lemah lembut caranya malah saya akui saya senang dengan sikap dan cara beliau TAPI saya tidak tahu mengapa sejak dua menjak ini beliau seakan tidak berpuas hati terhadap saya kerana mungkin mendengar kutukan, fitnahan orang terhadap saya, tambah manis sepeket ajinamoto ditambah bagi menambah perasa untuk beliau membenci saya, tidak mengapa walaupun saya dengan TIDAK SENGAJA terdengar rintihan beliau kepada orang lain diikuti gelak tawa, tapi pada saya semua ini hanya misscommunication..tak guna nak panjangkan cerita yang akhirnya tak dapat apa pun.

Jika kita seorang yang telah dewasa, diberikan akal fikiran, bertindaklah sewajarnya, tak perlu mengelabah memikirkan apa yang orang cakap tentang kita, just ignore, tapi itu lah ..bila saya diam orang akan kata saya penakut, bila saya melawan orang kata saya kurang ajar, mana patut saya pilih wahai kawan-kawan??? bila difikirkan balik semua ini lawak semata..sebabnya, bukan dapat apa pun..duit??? jauh sekali..makanya adalah lebih baik diam, yang pasti kita tahu arah hidup kita, azam kita goal kita..;D itulah positive!!!
tak perlu memanjangkan cerita yang memasing tak akan mengaku punca dan pengakhirannya..bak kata orang siapa yang nak mengaku berak tengah jalan???

Tarraa....my bday on3.Feb. yg lepas, tapi kwn baik saya telah beri lewat seminggu rasanya, tak budget pun dia nak bagi..

Wahhhhh....TQ ya kawan?? saya akan simpan dan ingat sampai bila-bila kerana kita pernah bergurau, bergaduh, happy sesama..itu lah namanya Rumlah persahabatan..sya syg kwn saya walau mungkin kawan saya tidak mengaku lagi saya ini sbg kawan baiknya...

Besarnyer...TQ..!! tak pernah dapat teddy bear sebesar ini..


Posing jugak...!!


TQ ya kawan......cuma saya
berharap dan jujurnya maafkan saya sekiranya ada gurau senda saya selama ini membuat anda tidak puas hati atau marah..sesungguhnya saya juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan khilafnya, percayalah kata-kata maaf itu tidak akan merendahkan keegoan diri dan tak luak kata maaf pada seseorang walaupun setiap hari kerana dengan maaf itu manusia menjadi hisab kepada dirinya sendiri..amin!

Cuma pesan dan harapan saya, bersikaplah seperti orang dewasa yang matang fikirannya...siapa pun anda, dimana pun anda yang pernah berkawan dengan saya, yang pernah bergurau senda, bermasam muka, yang pernah memfitnah saya, mengumpat saya mengata pelbagai perkara, melaga-lagakan saya dengan kawan-kawan saya, mengutuk rupa paras saya, membuat spekulasi tentang personal life saya dan kehidupan saya, atau hasil kerja saya dan segala baik buruknya..ingin saya lafazkan secara rasmi,
 saya Nur Hidayah dengan rendah diri dan lapang dadanya memaafkan anda semua wahai kawan-kawan..buruk baik anda terhadap saya tidak akan saya lupakan, kerana anda pernah menjadi sebahagian orang yang pernah menceriakan hidup saya, apa guna nak meluahkan isi hati kesana kemari yang akhirnya tak kesampaian pun kisahnya..besar harapan saya kerana hidup kita ini hanya sekali, takut dah mati esok tak sempat nak maaf memaafin.


P/S : Volkswogen beetle melambai-lambai sudah..saya pergi dulu.....;D