Saturday, December 11, 2010

ciri ringan penyakit mental,emosi dan jiwa raga

Hola semua...nonor in the house!! dek kerana terlalu sibuk bercuti sambil bermain jet ski di KG, * berangan depan halaman ada snow, padahal lecak dek hujan sampai jatuh terkangkang * makanya nonor lambat sikit nak updated kisah-kisah lagi sensasi masa kini, almaklumlah pi mana pun sekarang ni orang dok tanya bila nak updated blog ko?* budget femes!! hampeh, * nonor cakap malas lah..asyik blog je..nanti orang cakap kawan terdekat je baca, sebab ada yang perli cakap, apa lagi tulis dalam blog, tulis dalam blog, so feel down ar cikit... walaupun blog ni saya yang punya, Apo2 yolah saya nak tulis pun, asalkan BUKAN RAHSIA KERAJAAN..hahaha...sambil baca Berita Harian terpandang satu artikel mengenai 3 Juta rakyat Malaysia terdedah penyakit mental, WOW!!!


Berita Harian bertarikh 5/Dec/2010


Bedah Bedu nak intrframe gaya sewel jap...;D

Biar aku ringkas kan kat sini, bahawa penyakit mental berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat permasalahan yang besar daripada peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang yang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi yang rendah.Penyakit ini boleh dikesan melalui tanda awal seperti perubahan tingkah laku, cepat marah, keresahan, sedih berpanjangan, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktivitti harian. Peerrrggghhh..memang gila kentang der!! tapi itu semua masalah penyakit mental @ GILA yang memang makin menjadi-jadi.

Ada kebarangkalian penyumbang kepada permasalahan ini sebenarnya, tapi ada beberapa kes jugak aku katagorikan sebagai GILA ringan yang kita tak perasan boleh menjadi FAKTOR GILA kalau tidak dibendung sedari awal..BASED dari pengalaman aku dengan orang-orang macam tu , jom check it out...

GILA SHOPPING

Hahaha..apo gila shopping?aposal ko kata gila shopping penyumbang pada permasalahan sakit mental?meh sini aku jelaskan, ko orang pikir ar beb, kalau dah kerja hari-hari nak shopping tapi poket kurang mampet, tak kegila namanya, walaupun just window shopping, tapi kalau dah hari-hari tu apa kejadahnya?sampaikan tempiasnya terkena kat aku?aku?apasal pasal aku?ppeeeggghh..terlalu banyak manusia yang aku jumpa kaki shopping nih, tapi tak macam sekor kawan aku ni, pantang ada sale aku diheretnya ke tokoh-tokoh barangan mewah, bila habis duit untuk shopping pinjam kat aku, tu ok lagi kalau ko bayar der, tambah lagi bila dia tak jumpa barang yang dihajati, pppeeerrrggghhh meroyan aku jadinya, sampaikan pernah sekali tu, kawan aku dah janji nak belanja aku teman dia pi shopping seluar jeans, last-last dia blah tinggal kan aku kat KFC dengan membayar sendiri makanan tersebut!! time tu aku yang JADI GILA der..bila dapat kawan GILA SHOPPING!! so, kalau ko orang dapat kawan macam ni, ko orang kena cari 1001 cara penyelesaian untuk tidak turut serta, biar barang kita pakai murah asal nampak bergaya.

GILA MENGUMPAT

Iskkhh..dari tadi dok mengata orang...sadis!!

Hal ni semua manusia kat dunia ni pernah buat, ye tak? tapi ada sesetengah spesis ni suka jadikannya HOBI, pantang ada cerita sikit, tak kira lah cerita malam tadi tido terkencing atas kucing ke..apo2 yolah, memang boleh around the board kecoh der!! satu hari punya cerita, 50 tahun tak habis cerita..silap hari bulan 7 keturunan keluarga kucing yang kena kencing tu pun tahu der!! kalau mengumpat berdasarkan fakta tu boleh diterima akal fikiran, ni kalau  mengumpat berdasarkan dengar dari mulut ke mulut, sambil cium molot, memang bertambah jijik nak dengar, siap campur air liur bacin nak cerita hal orang memang melampau, sedangkan hal diri sendiri, berbau longkang tahap TOKSIK, orang macam ni, suh balik rumah je der, cuci mulot dengan klorok, yang kaki cucuk tu pulak suruh je minum klorok, sebab lagi berbau longkang der mulut macam tu!! hah ko orang tahu tak apo masalah penyakit ni?ni masalah penyakit hati dan jiwa raga, kalau orang gila terdengar suara-suara alam ghaib yang suruh bunuh orang, tapi kalau orang normal yang jadi separa gila, sebab dengar suara-suara si kaki pengumpat versi pencucuk ni bercerita, peerrgghh sadis ooo!!! Jalan penyelesaian dari orang GILA MENGUMPAT ni der, aku rasa elok ko orang diam jer, ko orang jangan layan der, orang macam ni der, depan je baik der, belakang der...ppeeeggghhh bikin panas ler!! kalau ko orang tegur dia orang akan kata ko orang kurang ajar der, baik ko orang diam je der, walaupun dia orang kata ko tulis blog bikin panas, lucah atau apa je, tapi sekurangnya ko orang tak mengata der!! paling penting ko orang jangan percaya sangat kebaikkan orang-orang yang tunjuk hebat nak tolong ko orang menyelesaikan masalah beb, kena berhati-hati, sebab biasanya orang yang macam ni tak jujur menolong, pada aku 99% memang tak boleh dipercayai!! so kalau ko orang ada masalah berat atau ringan ko orang pi lah berjumpa pakar kaunseling, kalau setakat kawan-kawan sekolah, kawan-kawan sekerja tak payah der ko orang nak bercerita..!! serius cakap bila luahan ko orang just boleh dijadikan bahan umpatan je der!! baik tak payah der..!! 

  GILA HARTA

Gila harta pulak, dipendekkan cerita..ada bermacam-macam kategori beb, tapi kalau ko orang asyik dengar kawan-kawan ko orang bercerita diri mereka tu kaya raya atau hantu raya, itu ko orang jangan risau der, sebab mereka memang dah jadi GILA HARTA BENDA, hahaha....macam dah terjadi pada aku sebelum ni, minah ni kata anak orang kaya, duduk kajang, mak bapak tokeh jual kereta, kiranya kalau dia bercerita memang dunia ni dia yang punya ler, kalau aku beli coli murah pun siap dikata tak main der..main yang brand-brand je der...sekali rupanya duit sewa rumah yang aku bagi tiap bulan yang sepatutnya dia bagi kat owner tu dia buat beli coli dia yang mahal-mahal tu rupanya der....pppeeerrgghhh...kekadang orang yang macam ni buat aku pulak giler kentang bengang beb!! sabar je lah......T_T

MORAL of the story: Harap aku tak gila disebabkan masalah remeh orang disekeliling aku ni derrrrr....!!

5 comments:

Heidi Shafiq said...

taraf hidup makin tggi wat rakyat kite semakin tertekan.. :)

Suhami Ahmad said...

hihi...gila meroyan tak cakap pun?
apo2 pun, sabar k pasal hosmet tu

NUR HIDAYAH said...

Heidi Shafiq : Yup2...mmg...tapi kena ukur baju badan sendiri, betul tak?TQ blogwalking my Blog..;D

NUR HIDAYAH said...

ATOK : hahahaha./.yup2..gila keroyan terus, my housemate tgh packing barang dia ni, dah nak get lost dah...alhamdulillah..

rome said...

nonor ...apo ko merepek nie ???...ko cakap orang gila ke ??..ko yg gila ???..btw aku tak baca abis ..aku tgk pic jer...tur jer yg gempak !!!..lain kali jln tulis byk2 blh tak ..menyemak jer ...huuhuhu...malas aku nak baca ! LOL