Sunday, February 10, 2013

- Hadiah perkahwinan dari tetamu jemputan -


Holla semua!! ok, kali ni entry hadiah-hadiah yang aku dapat daripada para tetamu jemputan majlis aku tempoh hari, seriously aku tak kisah pun orang nak memberi hadiah ke tak, asalkan ikhlas memberi dan datang reramai meraikan majlis aku...so far alhamdulillah setiap hadiah penuh erti, penuh makna dan penuh berguna untuk aku pakai lepas kahwin, so masa balik kg tempoh hari aku pun sibuk membelek hadiah-hadiah yang diterima, tapi dalam banyak-banyak tu, ada juga yang aku tak bawa balik KL, feeling esok kalau pindah rumah baru amik balik kat kg tu, malas nak memberatkan bonet kereta..so, nak tahu apa dia? moh skodeng meh..



Rasanya yang bagi ni cik fariehan kita, kawan sekolah dulu..almaklumlah lepas kahwin aritu teruja buka hadiah, lepas tu segala nota/ucapan dilonggokan kemudian simpan, so tak ingat siapa yang bagi sudip segala benda ni. Sesuai diguna pakai pada non-stick pan...laki mak suka uolls..hahaha tapi tak diguna pakai lagi sebab sudip dan barang masak yang ada pun kurang disentuh..lagi orang bagi sayang nak guna..hehe


Dan set Pemanggang ajaib brand IKAN macam gambar diatas ni, gambar atas ni amik kat google, aku lupa nak snap benda alah ni, ada try sekali je pemanggang ni oleh laki aku, so nanti aku siarkan cara aku masak guna pemanggang ni di lain entry ok? brand IKAN ni femes dah kat FB and blog bagai, alhamdulillah untie and uncle aku kat Putrajaya ada buat business ni so, bila aku kahwin dia hadiahkan lah pemanggang ni..;-)


Yang ini cadar ye tuan puan..hahaha..hadiah ikhlas dari jiran depan rumah aku kat KL ni..TQ so much!! ;-)


Hahaha..yang ini pun lagi lah aku tak ingat sapa yang bagi, tapi boleh lah buat letak air masak suhu bilik ye tak? ;-) 


Yang ini kak Meera bagi, kawan masa kolej dulu sanggup datang tido JB semata-mata attend my wedding..TQ so much..TQ juga dengan hadiah yang diberikan... rasanya hampir 5 atau 6 tahun beliau berkahwin tapi masih belum punya zuriat, so aku doakan semoga cepat dapat baby juga..amin! 


Yang ini siapa lagi kalau bukan En.Aminor kita and the geng yang bagi ler..hahaha..TQ so much sanggup hadir walaupun cuti tak diluluskan...satu-satunya rakan tempat kerja yang sanggup datang dan turun JB...satunya-satunya rakan yang menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidup aku, pemerhati paling banyak memberi sokongan dan nasihat...satu-satunya rakan yang aku rasa umur muda tapi pemikiran matang..Terima kasih banyak kawan...aku tak kisah tak ramai kawan, sebab aku mencari kualiti seorang rakan bukan kuantiti..rakan yang memahami, hormat, saling menegur dengan ikhlas tanpa berselindung dibalik kepura-puraan..TERIMA KASIH banyak!! mak terharu uolss..;-)


Bila aku tengok gelas ni aku teringat seorang hamba Allah ni cakap esok kalau  kahwin mesti banyak dapat cawan/pinggan, lagi-lagi orang kg...ternyata sama sekali orang kg aku tak setanding orang bandar yang dia fikir mampu bagi set cawan/pinggan je..silap besar lah dia..rasanya masa dia kahwin je kot orang banyak bagi dia cawan/pinggan kan??hahahah..masa aku kahwin banyak yang bagi duit..Alhamdulillah, so far aku dapat Set cawan, gelas and coffee cup yang cuma 4-5 set tapi berlainan corak, rupa dan warna..cantik belaka..sayang nak guna..disebabkan kaca aku tak bawa semua..tinggal kat kg 4 set..TQ so much orang Kg aku la ni lebih moden...siap ada balas berbalas lagi...bukan bagi hadiah je malah sponser telur beratus, sponser ayam pun ada, kuih-muih dan pelbagai lagi..betul-betul  muafakat membawa berkat.
uniknya kg aku seunik namanya..hahahah ;-)


Dan paling best aku dapat Set mangkuk pinggan ni cuma ini sahaja tapi kat dalam  cukup set pinggan, mangkuk, pinggan kecik semua..memang superb complete..aku suka!! ;-) and so far, my bestfriend and my bridesmaid bagi duit je kat aku direct..TQ so much lah kerana sudi hadir, berpanas dan sanggup menunggu hujan reda nak tengok aku bersanding..love you all..;-)

Yang tak boleh blah mak aku tanya, nor...hotel kau takde bagi hadiah ke? 
aku balas, cantik ke mak orang nak bagi hadiah kat aku, orang yang kahwin 2 tahun sudah pun belum dapat ini kan aku? siap ada yang dah beranak pinak pun belum dapat lagi, lain lah kalau aku ni pangkat General Manager dan segala kerusi meja kat hotel tu boleh lah dapat apa-apa yang cepat, kalau kahwin kat london, paris ke atau jawa barat pun orang sanggup datang.. siap collect duit dari department ke depatment yang lain lagi...tambah mulut puaka tebing biru aku ni...jawabnya bila aku nak resign baru bagi kot..
tanda tahniah dah nak blah..hahahah 

Aik department kau sendiri tak bagi juga ke? aku jawab lagi kelas ke mak aku nak meminta-minta kat depatment hadiah kahwin? orang yang kahwin dulu dengan aku pun tak dapat lagi ini kan aku...nak collect duit pun terkentut mak oit..hahaha..jujurnya aku tak kisah pun bab bagi hadiah ni..lagi pun kalau bab memberi ni biar orang bagi dengan ikhlas, tak perlu meminta-minta..lagi pun hadiah yang ada pun tak terpakai lagi...syukur atas nikmat yang diberi dah memadai..;-) biasalah kan orang tua kita macam-macam ditanya mereka...layan je lah..;-)

Ok daaa..see next entry..good nite..!! 

No comments: