Wednesday, August 22, 2012

- Tidak balik raya 1 Syawal -

Holla semua, alhamdulillah dah masuk hari keempat syawal dah rupanya..cepat benar masa flies macam tu saje kan?..pagi-pagi buta ni aku emo sekejap..ntah ek? disebabkan tugas aku ni yang memang tradisinya bila waktu hari raya ada sistem giliran ikut tahun untuk beraya..maka aku REDHA ok? mak redha uollss...walaupun hati ni hanya tuhan sahaja yang tahu..insyaallah pula tahun ni tahun akhir aku bergelar single ko..pasni duet dah..itu lah penyumbang dasar aku emo pagi buta ni.

Mananya tak emo, bila buka TV semua cerita pasal hari raya, ada pula cerita sedih sana sini, cerita sedih anak lupa mak bapak la bagai..hello...im not that type ya?!! bila buka cerita lawak kat astro warna, ada yang lawak ada yang ntah apa merapu, pastu bila buka FB, semua cerita tentang raya..kuih muih raya, juadah raya, upload gambar raya itu dikira normal lah lagi..tapi bila ada yang post gambar posing maut tepi kubur, alamatnya memang maut ler..

Ok, aku bukan apa..tak manis rasanya kan, kita datang kekubur dengan niat membersihkan kubur, mendoakan untuk arwah, tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya..datang kubur pun nak posing..maaf lah kalau teguran ni agak ganas dimata ko orang..tapi persoalannya perlu ke? atau now day its a trend? kalau jawapan ok kan je uollss..jawapnya masuk kelas sivik je lah ya? ;D

Serius kadang rasa happy bila kita kerja jauh dari family, bila pulang ke kampung kita dirai..makan dihidang sedap-sedap semuanya..ppeergghhh i really miss that moment ok? eerrmm...tapi dalam pada itu im pround of my self coz tak sangka aku mampu berdikari sejauh ini..yup lor..atleast mampu mengatasi masa susah dan senang diri kita sendiri..tak de lah esok dah beranak pinak sikit-sikit datang rumah pak mak or pak mak mentua minta tolong itu ini kan? so childish lah macam tur...macam tu orang kata hidup masih bergantung dengan keluarga..kalau esok lusa keluarga dah takde macam mana? betul tak?


Bila dapat rasa ketupat, rendang daging, sambal kacang dan kuih conflakes air tangan mino, walaupun tanpa lodeh johor sehari sebelum raya...
tetap feeling...waaarrgghhh terharu ok? :-(
TQ so much lah kat minor kita ni yang rajin bawakkan makanan ketempat kerja untuk sesi rasa merasa...olololo...air tangan minor dan carl yang mantap wokehh..nangis chef i...hahahaha...terus feeling nak balik KG malam tu jugak wokehhh!!
dipagi raya pula aku kerja pagi..lepas tu apa lagi, sambung beraya rumah mino lah...melantak menu yang sama..dah orang suh datang makan..apa lagi..makan lah..nak beraya umah orang lain semua cuti balik KG..ditambah pula hari asyik sedu sedan jek ** hujan ** so takde feel lah..
feeling membuta kuak lentang kupu-kupu je lah...hhahhaa..
apa pun tak boleh!!


IKUT HATI MEMANG NAK PECUT KERETA BALIK KG..
TAPI HATIKU KENTAL DENGAN KESABARAN...

TERUS MENGHITUNG HARI NAK BALIK WEIII...
;-(

PADA SEMUA SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

Tunggu next entry lepas balik kg ya? ;D

No comments: