Tuesday, January 3, 2012

" I'am Single But Unavailable "

Holla semua, pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga saya kepada ibu-bapa saya dan seluruh keluarga, teman dan sahabat handai dan Cik puan Nery yang sanggup drive dari Senai J.B balik kerja datang semata-mata kerana ingin menjayakan majlis saya, TQ so much my dear Nery dan semua kerana telah memeriahkan dan menjayakan majlis saya beberapa hari yang lalu dengan begitu tenang, dan mudah sekali, alhamdulillah...mohon maaf andai ada yang terkurang, yang silap dari kami, yang baik dari Nya...saya cuba untuk membuat semua tetamu merasa dan berkongsi akan kegembiraan bersama saya, makanya untuk itu terima lah puisi tak berapa nak puisi, dan sajak pun tak berapa nak sajak dari saya untuk pembaca blog setia saya.
** Yang skodeng kaki gossip + dengki sila tutup mata ya? **

Anak cina makan tauhu,
sambil curi sambal cili,
Tersimpul malu nak memberitahu,
Kad undangan penganti diri.


Anak Ani order majalah Avon lagi,
Datang rumah minta pamplet pelbagai collection,
Baju tergantung akan dipakai dipetang hari,
Hasil rekaan butik Datin Ani & Reen Collection.

Cantik terletak bagi yang memandang,
Sentuhan As tiada tandingi,
Ku merenung masa akan datang,
Tarikh dipilih penutup tahun kontroversi dari kisah hati.

Pening kepala nak cari kanopi,
Kanopi dipilih atas tema diberi,
Lalu ku suruh makcik mencari,
Terima Kasih tak terhingga ke pada untie ku Roslina Yin


Cantik terpasang idea kreatif,
Tema Moroccan / Arabic menjadi Pilihan,
Pelbagai sudut menambah seri,
Hanya mahu mencari kelainan.

Walaupun diri bersedia kini,
Perasaan malu masih menguasai diri,
Empunya diri gementar sekali,
Menanti ketibaan belah lelaki,

Hati didalam bergedup kencang,
Hantaran dari pihak lelaki telah pun tiba..
Perbincangan pun bermula..
Errmm..apakah agaknya ya?

7 Hantaran telah diberi,
sebagai balasan 9 dibalasi,
terima kasih daun keladi,
harap berjodoh berbalaslah lagi.

Berdegup-degup rasa hati..
tatkala cincin tersarung rapi..
alhamdullillah selesai kini..
walaupun saham merundum kini..;D

Hantaran adat melayu dijalani,
Asas hantaran melayu wajib diberi,
Berisi cincin dan minyak wangi,
Duit pula tanda diberi.

Ibu disisi terus memerhati,
Meraikan anak sulung yang disayangnya,
Memohon restu keluarga dicintai,
Agar ikatan bahagia selamanya.

Jauh dekat datang merai
Saudara dan sahabat ceria sekali,

Bermacam dugaan ditempuh jua,
Pelbagai perkara orang berkata tentang kita,
Setiap hari aku berdoa dan berserah padanya,
Agar dirahmati Tuhan yang ESA,
Persetankan apa yang mereka kata,
kerana mereka TIDAK tahu pokok pangkal kisah kita..


Terima Kasih daun keladi, sekali lagi kepada krew, saudara, sahabat dan seluruh family yang bertungkus lumus menjayakan majlis sempoi, simple tapi bersungguh dari saya ini, Ikhlas dilubuk hati dari saya Noury & Family...;D
Happy New Year, moga tahun ini diberkati Allah yang maha Esa..!!


P/S : Yang pasti saham sudah jatuh merundum kini...aauww!! ;D

1 comment:

Unknown said...

wah, selamat bertuanang nonor!....hihi