Tuesday, November 15, 2011

- Bersyukurlah -

 Holla there, lama dah tak berbelog ni...this month a little bit pening kepala hendak memikirkan pelbagai benda, but finally dengan kemahiran dan idea kreatif, maka bahan-bahan untuk end of this year ni telah settle dibeli..harap lepas ni boleh buka business benda alah tur..hehe, nama pun D'touch jejarinoury.com and hopefully everything become smooth for me, insyaallah..for my sahabat handai yang berada di KL and JB wait my invitation card ok?, insyallah....** Doakan kebahagiaan saya **

Ok now bila hari semakin hampir, aku macam demam nak mencuba pelbagai make up yang melambak dipasaran, tak kira dari yang mahal atau yang murah, dengan niat nak test mana satu yang sesuai diwajah, google punya google terjumpa article ni...rasanya isu semasa yang bagus untuk dikongsikan bersa...let's check it out....!!

Seorang wanita cantik Amerika mati akibat menyuntik lemak sapi panas ke wajah. Suntikan itu bertujuan untuk menghilangkan kedut di mukanya. Janet Hardt, 63, mungkin tak pernah membayangkan bahawa niatnya cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita asal Illinois, Amerika Syarikat, itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti dikutip dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.


Meskipun mengeluh wajahnya terbakar sesaat sebelum meninggal, kematian Hardt diduga kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada banyak orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.

Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi cenderung menyebabkan reaksi tempatan.Banyak orang yang mempunyai reaksi alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka terbakar. Mungkin itulah yang dialami Hardt.

Dah selesai membaca?? apa komen ada pula?pada aku lah, cantik macam mana pun dengan masa yang berlalu pantas ni..kita akan tua juga, kalau tak tua akan mati juga..paling penting amal dan takwa kita tur!! allahuakbar!! pedulilah pada mereka yang kata diri hebat!! handsome atau cantik!! nak mengata aku muka macam bulan kejora dipagar bintang ke bagai..sebab pada aku tak ada yang kekal didunia ni..yang penting mempelihara anugerah tuhan dengan sebaiknya..!! amin.!!

 ~ Renung-renungkan dan selamat termenung ~

P/S : Hidup ini kadangkala tidak perlu cemburu dan irihati dengan apa yang orang lain ada, tapi gunakanlah kelebihan yang ada untuk kebaikan semua orang, bukan menilai kelebihan orang dengan menyebarkan keburukan orang...kerana itu adalah fitnah!! - Kata-kata Mutiara - 

Friday, November 4, 2011

- Tips Astro Vs Hujan -

Holla around the world...nak tahu something yang intresting? now days semua orang mesti beli dan pakai Astro kan? tapi bila time hujan je, mulalah..boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu, apa lagi time tengah tonton movie yang syok habis, mesti stress kan? so, nak tahu tak macam mana nak bagi line clear je walau waktu hujan?sila lah scroll dan lihat gambar dibawah ini:-

Amacam?? bagus tak idea ni? hahahahaa...;D

P/S : Credit to sukahatilah.

Thursday, November 3, 2011

- Utusan Raja Sehari -

Holla there, good morning, November datang lagi..tup-tup dah 3hb sudah..cepat betul masa berlalu, sungguh menakutkan, bila tersedar kita semakin berusia..betul tak? tapi tak perlu takut dengan usia bukan? harus jalani aja kehidupan ini seperti adanya, macam biasa kalau bab musim perkahwinan ni, bulan November dan Disember akan memenuhi undangan hampir tiap minggu, tak kira lah dimana pun, paling wajib kena attend bila rakan or saudara terdekat yang akan berkahwin.

Kali ini aku teruja dan tak sangka rakan dari blogger yang aku kenal pun masa attend Rizalman punya fashion show last year ada invite me for her wedding day..really appreciate for her invitation card..insyaallah akan attend but tak sure coz of cuti pun tak boleh nak amik sangat, lepas tu next week pula saudara terdekat pun akan menjadi raja sehari, so-so lah jadinya..T_T

Menyentuh hal undangan atau utusan kad perkahwinan ni ramai yang komen di blog mereka tentang kad kahwin, dalam majalah pun tak kurang hebatnya bila mereka berdebat tentang kad kahwin yang sempoi, yang serabut, yang bermegah..macam-macam ada, ada tu kata tak perlu berhabis hanya sekeping kad kahwin..eermm..apa pandangan anda?

Pandangan aku pula, depent lah ko orang punya budget, itu paling penting dan kad itu mesti lah ikhlas, tak perlu ayat Al-quran yang panjang berjela, kerana belum tentu orang yang menerima kad tersebut akan menyimpan kad tersebut dengan elok, dan kad perkahwinan yang mempunyai gambar pasangan pun rasanya kureng sikitlah..sebab apa aku kata kureng? coz of tak surprise lah wedding tu nanti...kalau rakan taulan yang jauh menerima kad tersebut mesti dia orang sudah tahu dan berkata..ohh..ni rupa orangnya..dah tahu just hantar hadiah je lah..coz ini pernah terjadi dikalangan rakan aku juga. Lebih elok jangan disiarkan gambar pasangan didalam kad jemputan kerana baru lah surprise dan kawan-kawan akan teruja nak mengetahui siapa pasangan kamu itu!!

Ini adalah contoh undangan kad kahwin yang pada penilaian aku, sempoi , simple tapi padat!!

Sebab apa aku kata simple? lets check it out..
Dia utuskan untuk aku from JB to KL..
TQ dear..

Memula buka je, straigt forward tertulis undangan perkahwinan,
Nama pengantin & pasangan tapi bukan nama timangan
Tarikh Perkahwinan
Warna card dan corak boleh dapat rasakan perkahwinan maybe tema english classic, or fairy tale, or garden..eeermmm..suprise!! membuatkan kita teruja nak tahu and attend her wedding isn'it?

Pembuka bicara dengan lafaz Bismillah sahaja.
Nama ibu bapa menjemput tetamu kemajlis anak perempuan/Lelaki mereka,
Nama tetamu undangan, sekali lagi nama pasangan dan tarikh beserta alamat keluarga.

Aturcara Majlis dari jam berapa ke jam berapa, paling penting waktu bersanding, serta nama mereka yang boleh anda hubungi sekiranya anda sesat mencari lokasi rumah pengantin.

Last but not least adalah pelan atau peta rumah pengantin.
Simple tapi padat, itu yang aku suka..!!

Inilah dia my blogger friend, Ms Nazirah yang akan bernikah this coming 11/11/11 and masjlisnya seperti card invitation diatas,
wish you, semoga selamat nanti..moga kekal hingga hujung nyawa..

Remind me the sweet memory at Rizalman Ibrahim fashion show last year,
dari kiri adik angkat Datuk siti Nurhaliza, sebab tiap kali siti ada apa-apa programme mesti muka dia ada, and siti mesti invite dia punya coz of tengok FB dia je semua pic Siti..your trully, hanim, Nazirah, and the favourite Rizalman Ibrahim punya blog reader, si Hatim ler..and the last but not least, aku lupe nama mamat ni..boleh?hahahah
Miss u guys!! hopefully dapat jumpa lagi di lain event!!


P/S : 60% sudah settle, ooohhh..peningnya..menantikan eve of New Year this year..!! hopefully everything become smooth for me!!!