Sunday, October 30, 2011

Duit Palsu VS Duit Koyak

Holla there, wahh..lama ni tak mengupdate belog yang semakin usang ni...blog ni dah macam sebulan sekali je update nyer..hahaha..walhal ada lah jugak a few thing yang nak di sharekan bersama-sama..well, sebelum aku melalut dan kelaut..ada baiknya aku share something kat ko orang semua, tapi sebelum tu aku nak tanya ko orang ar kan, ko orang kalau bershopping sakan sampai tak hinggat dunia, ada tak ko orang belek duit pulangan setelah ko orang membeli belah? errrrmm...dan, diantara duit palsu dan duit koyak mana satu ko orang rasa boleh diterima pakai kalau time darurat?

Contohnya seperti gambar dibawah ni.. :


Ini lah duit yang aku terima semasa membeli belah, bulan lepas, tanpa melihat dan blah..bila balik umah kira balik duit baru perasan duit ni dah terbelah..eerrmm...kalau duit ni Rm1 ke bolehlah lagi diterima pakai..memang tak bleh balh betullah.!! kalau duit RM50 terkoyak besar macam ni, aku rela terima duit palsu dari duit koyak ni..sah-sah kalau kes-kes darurat, contohnya dalam poket cuma ada RM50 jek, kena plak duit tu koyak, nak pi makan pun rasa cuak, sebab pikir macam mana nak bayar guna duit koyak besar cam ni? hahaha..kena pulak pikirkan macam mana nak ek nak bagi duit ni kat cashier atau kat pasar malam ker, contohnya lipat duit tu bagi tak nampak..tindih duit tu dengan duit lain...eeerrrmm..macam-macm hal.

Pesan aku kepada peniaga-peniaga diseluruh dunia, tolonglah jujur semasa menukar duit kepada pelanggan anda ya? advice juga kepada pekerja anda supaya jujur semasa memulangkan duit kepada pelanggan..dan kepada mereka-mereka yang pernah terkena macam aku ni, advice aku, selepas ini setiap kali anda berbelanja, make sure check walaupun anda didalam keadaan kelam kabut macam ribut setelah duit anda ditukar..paling penting gak, check balance..walapun sepuluh sen as per my colleague Apek Budget, semua tu duit lor...hahaha...his so funny man, tapi aku suka dengar dia membebel pasal duit, sebab apa yang dia kata tu memang betul pun..:D dan aku rasa cam better dapat duit tukaran palsu dari duit koyak sebesar tu gamaknya...haiihhh..tak baik tau!! T_T


P/S : Tak sabar aku nak update dengan tajuk " I knew what u did last February " seriously kena updated february next yearlah jugak!! nantikan..akan aku ungkai satu persatu...

No comments: